Bab 89

875 60 8
                                    

Terima kasih untuk 100K views *terharu* meskipun di mata orang lain, ianya tak banyak tapi bagi saya yang tulis tak seberapa ni, ianya sangat2 banyak.

Chukkahamnida for you alls that reads this Fanfiction and increases the views. Thank you. I lahv you so dahmn muchh *^O^*

Bab 89


"Dan beri kami soda untuk tiga belas orang ya." Itulah yang Chanyeol pesan setelah memesan set menu Hanwoo, Korean Beef yang semua orang berkenan walaupun harganya sangat mahal. Akan tetapi, apabila Chanyeol ternampak akan beberapa tin minuman bukan soda yang sedang disediakan oleh pelayan lelaki di hadapannya, Chanyeol terus berasa tidak selesa.

"Saya minta maaf, tetapi saya tak pesan ini." Pantas sahaja Chanyeol berkata, sambil menujukkan tin minuman keras yang berada di hadapan matanya itu.

Pelayan yang sedang berhenti meletakkan tin minuman di atas meja buat yang lain kelihatan keliru apabila ditegur oleh Chanyeol. "Tapi minuman ini termasuk dalam set yang encik pilih tadi." Beritahunya sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Sebenarnya Chanyeol mahu menolak minuman-minuman tersebut dan menggantikannya dengan soda tanpa alcohol tetapi Xiumin terus melambai-lambaikan tangannya ke muka Chanyeol.

"Kwaenchana, Chanyeol-ah. Hyung akan ambilnya." Ujar Xiumin seraya tangannya mengambil tin minuman yang dimaksudkan oleh Chanyeol sementara Chanyeol hanya mendiamkan dirinya tidak mampu berbuat apa-apa jika Minseok Hyungnya yang mahukannya.

Sejurus sahaja pelayan lelaki tadi berlalu pergi menyambung kerjanya melayan pelanggan lain, Chanyeol terus membuka mulutnya. "Hyung, ingat ya. Kita di sini bukannya nak berpesta tetapi disebabkan hyung nak berbual dengan Hyeran." Pesannya kepada Minseok yang sudah meneguk minumannya tanpa mempedulikan langsung kata-katanya.

"Hyerannie, awak tak boleh minum tahu. Kai ambil ya." Lembut sahaja suara Kai ketika bertutur dengan Hyeran sambil menayangkan 'eye-smile'nya.

Minuman keras yang terletak di sebelah sodanya hanya dibiarkan diambil oleh Kai kerana Hyeran sememangnya tiada merancang untuk 'tidur awal' pada malam itu. Dia memang tidak dapat langsung meneguk air itu kerana tidak mahu menanggung risiko.

Mata Chanyeol mengecil ketika memerhatikan Kai yang seakan cuba menggoda isterinya menggunakan senyumannya yang sememangnya sangat menawan. Hyeran yang pada masa yang sama tersenyum dengan sangat lebar kepada Kai juga membuatkan Chanyeol berasa tidak keruan duduk di tempatnya. Matanya lalu melirik pada Sehun dan Tao yang sibuk memanggang daging di atas api.

"Jongin-ah, kenapa kau tak gril daging tu? Cubalah tolong Sehun dan Tao tu sekejap." Tegur Chanyeol yang menggunakan pangkat 'hyung'nya pada Kai yang lebih muda daripadanya.

Sempat juga Kai menjeling tajam Chanyeol sebelum berdiri dan meletakkan seberapa banyak bulgogi yang boleh di atas api yang sedang marak. Tao yang sedang memarahinya kerana membuat kerja dengan tidak rasional membebel di telinga Kai yang mana membuatkan Kai tambah menyumpah seranah Chanyeol dalam hati.

Tidak sempat Chanyeol menarik nafas lega setelah berjaya menyingkirkan Kai, Xiumin sudah memulakan soal jawabnya dengan Hyeran. Hyeran dengan wajah yang tidak pernah dilihat oleh Chanyeol sebelum ini, sibuk menceritakan semua pengalamannya berkahwin dengan Chanyeol kepada Xiumin. Semua orang yang biasanya sibuk berbual berhenti bercakap seketika untuk menadah telinga mendengar kisah Hyeran yang dirasakan sangat menarik itu.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now