Bab 52

1K 59 7
                                    

Kepala mereka yang sama paras membuatkan mereka senang untuk saling berpandangan. Kedua-dua mereka tidur di atas cadar dengan menghadap antara satu sama lain. Bantal Hyeran yang hanya ada satu menyebabkan mereka berdua harus berkongsinya dan juga selimut, nampaknya. Chanyeol mengeluh seketika seraya meletakkan tangannya di bawah kepalanya. Hyeran membesarkan kepalanya memberi isyarat kepada Chanyeol kenapa Chanyeol mengeluh.

"Kenapa awak cantik sangat ni? Walaupun dalam gelap." Soal Chanyeol seraya tangannya mengelus pipi Hyeran yang membuatkan Hyeran menutup matanya sambil tersenyum.

"Saya hanya cantik dalam gelap? Tak cantik bila terang? Tak cantik semalam?" Soal Hyeran iaitu soalan yang semestinya wajib ditanyakan kepada lelaki saat dipuji.

"Tak." Chanyeol menggeleng. "Awak cantik hari ini seperti semalam. Tak tak, awak lagi cantik hari ini." Puji Chanyeol lagi.

"Geotjimal! (Tipu!)" Balas Hyeran sambil memuncungkan bibirnya.

Chanyeol melemparkan senyuman nakalnya sebelum mencubit pipi Hyeran membuatkan Hyeran mengaduh kesakitan. Hyeran lalu memukul lengan Chanyeol untuk membalas dendamnya.

"Sekarang giliran awak pula puji saya." Pinta Chanyeol yang memang suka pujian itu.

Lama juga Hyeran memandang wajahnya membuatkan Chanyeol berasa berdebar. Walau hanya dengan pandangan, sudah dapat menghentikan degupan jantungnya.

"Adakah sedang bermimpi adakah sedang jaga?
Terlalu maujud untuk menjadi mimpi
Terlalu indah untuk menjadi nyata
Namun mimpi atau jaga tiada bezanya.
Hanya wajahnya mengekori di mana-mana
Andai hanya mimpi
Jangan dikejut dari jaga
Jika ini semua nyata
Benarkan ku dengannya selamanya." Hyeran juga tidak tahu bagaimana semua perkataan itu boleh terkeluar dari bibirnya sendiri. Dia seakan tidak percaya. Mungkin pandangan Chanyeol yang benar-benar berharap yang membuatkan semuanya diluahkan dengan indah.

"Awak apa? Yoon Hyeran atau penyair? Atau isteri saya?" Soal Chanyeol tersenyum sampai ke pipi.

"Penyair? Wajah awak kan seni?" Jawab Hyeran.

Ketawa tersembur keluar dari mulut Chanyeol sebelum dia menekup kedua belah tangannya dengan tangan disebabkan terlalu malu.

"Hyeran, tolong jangan mengurat saya. Saya tak sanggup nak terima." Ucap Chanyeol yang masih menutup mukanya.

Tangan Chanyeol ditarik Hyeran sambil ketawa agar dia dapat melihat wajah Chanyeol. Tetapi Chanyeol mengeraskan tangannya supaya tidak dapat ditarik oleh Hyeran.

"Awak malu ke? Kenapa? Saya belajar dari awaklah," Ujar Hyeran sebelum sambung ketawanya. "Macam inilah yang saya rasa bila awak keluarkan ayat-ayat jiwang awak tahu, tak? Menggigil satu badan!"

Akhirnya Chanyeol mengangkat bendera putih. Walaupun dia sudah tidak menyembunyikan wajahnya tetapi dia masih tidak boleh memandang mata Hyeran.

"Yah, Jarhanne... Saya mengalah." Beritahu Chanyeol.

"Takkan dah mengalah? Jomlah, jiwang lagi. Jaemiitne... (Seronoklah...)"

"Apa yang seronok sangat?"

"Seronoklah, Op-pa!" Panggil Hyeran sambil mengenyit matanya kepada Chanyeol.

Chanyeol menggigit bibirnya. "Aigoo, nampaknya awak dah sembuh dari demam." Teka Chanyeol sambil melihat Hyeran atas bawah dan atas bawah.

Tangan Hyeran menemui jalannya ke tangan Chanyeol sebelum memasukkan jari jemarinya antara jari jemari Chanyeol. "Awaklah penawar saya..."

"Andwaegetta! (Tak boleh jadi ni!)" Chanyeol terus membenamkan mukanya ke bantal sebelum menjerit dengan perlahan.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now