Bab 15

2.2K 106 8
                                    

Malam pun tiba. Setelah mencari masa yang sesuai untuk menelefon Seo Haewon dan memberitahu wanita itu perkara tentang dia sudah mengubah fikiran. Dan Hyeran berasa bahawa malam itu merupakan waktu yang sesuai. Dia pun tidak tahu mengapa. Namun, Hyeran kini mula mencari nombor telefon Seo Haewon di call log telefon bimbitnya. Nombor yang telah dijawab itulah nombor telefon perempuan itu.

Dengan berdebar-debar, Hyeran menekup telefon bimbitnya ke telinga.

"Yeoboseyo?" Ucap Hyeran.

"Ya. Nak apa?"

"Saya Yoon Hyeran."

"Saya dah tahu."

Hyeran menggigit bibir bawahnya.

"Ada apa-apa yang awak nak cakap tak? Saya sibuk ni."

"Ya. Ada. Maaf kerana menganggu. Saya..."

"Cepatlah cakap."

"Saya akan tanda tangan kontrak itu."

"Huh? Cepatnya ubah fikiran."

Hyeran hanya diam tidak menjawab.

"Baiklah, datanglah esok ke bangunan smALL dengan kontrak itu."

"Besok saya tak boleh... rasanya." Hyeran memang tidak ada apa-apa jadual pada besok hari tetapi, dia tidak boleh juga datang. Ada sesuatu yang perlu dilakukannya.

"Bila-bila jelah!" Seo Haewon mendengus sebelum meletakkan panggilan.

Fuh! Hyeran menghela nafasnya. Kalau tiada aral melintang, dia akan pergi ke pejabat Kim Chiwon lusa hari kerana ada sesuatu yang perlu dilakukannya besok iaitu berjumpa dengan Hyunae. Dia masih belum menceritakan Hyunae tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari ini yang berlaku kepadanya.

Dia boleh menceritakan semua itu melalui telefon tetapi dia rasa lebih senang untuk dia menceritakannya apabila berhadapan dengan sahabatnya itu. Mereka akan bertemu di kafe, seperti biasa, jika mereka berdua ada masa lapang dan hadir di kolej. Tambahan pula, dia perlu datang ke kolejnya untuk berjumpa dengan professor kerana ada sesuatu yang perlu dia beritahu.

*****

Atas permintaan ibunya yang tersayang, Chanyeol memutuskan untuk tidur di rumahnya dan bukan di dorm untuk seminggu. Dia tidak mahu menggores hati ibunya dengan menolak permintaan wanita itu. Dia juga malah sangat rindukan Ummanya. Oleh kerana dia akan balik ke rumah, Chanyeol kini sedang menolong ibunya mengurus Restoran Vivapolo dari petang sehingga malam disebabkan pelanggan terlalu ramai hari ini. Well, EXO Chanyeol ada kat Vivapolo, siapa tak nak serbu?

Baekhyun, Kyungsoo dan Sehun pulak? Mereka bertiga dah lama pergi balik ke dorm. Kira-kira Sembilan jam lepas, mungkin. Sekarang ini sudah hampir ke tengah malam. Sebelum mereka bertiga pulang ke dorm, Chanyeol sempat menyuruh mereka menyampaikan pesanannya kepada Leader mereka, Suho.

“Jangan lupa beritahu Suho aku tak boleh balik dorm hari ini. Aku akan tidur di rumah. Mungkin seminggu?” Dia berpesan kepada sahabat-sahabatnya. “Hah. Jangan lupa, hati-hati balik.” Tambahnya lagi.

Mereka bertiga hanya mengangguk sambil mengucapkan selamat tinggal kepadanya sebelum pulang Pasti mereka bertiga sudah memberitahu Suho pesanannya itu. Entah apa reaksi Suho nanti? Marah ke? Atau tak ambil kisah?

Lagipun kan sekarang ini waktu cuti mereka. Pasti Suho membenarkannya untuk tinggal di rumah buat beberapa hari dan member yang lain pasti akan merancang untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti ke mana-mana tempat memandangkan banyak masa yang terluang. Kalau Suho marah sekalipun, pasti Suho sudah menelefonnya dan menyuruhnya pulang tetapi Suho tidak berbuat demikian. Suho pasti tidak kisah. Maknanya, selamatlah dia kali ini.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now