Bab 50 (pembetulan)

904 62 5
                                    

Saya rasa Wattpad dah gila... Ada ke patut Wattpad padam bab 50 saya... nasib baik ada softcopy kalau x mmg merana lah... 


Sekali lagi Hyeran menolak untuk makan malam dengan LUV. Lantaklah, pedulikan orang nak kata dia sombong, poyo ke asalkan dia tidak pernah mengacau hidup orang lain. Dahyun yang datang ke biliknya untuk mempelawanya makan dengan baik ditolaknya dengan baik juga. Namun, Dahyun memberikan pandangan risau kepada Hyeran.

Tangan Hyeran menemui jalannya ke tangan Dahyun lalu menggenggamnya dengan kemas. "Kwaenchanayo, unnie." Jamin Hyeran yang Dahyun tidak perlu terlalu risau akan dirinya. Dia tidak boleh membiarkan orang lain risau tentangnya. Dia pandai menjaga dirinya sendiri.

"Jinshimhiya? Bae angopa? (Betul ke ni? Perut tak lapar ke?)" Soal Dahyun yang masih lagi risau akan Hyeran. Dia cukup tahu mengapa Hyeran menolak untuk makan semeja dengan mereka namun, kali ini Hyeran menolak makanan yang mahu diberikan oleh Dahyun.

Hyeran mengangguk. "Geokjeongmayo, Unnie geundae ramyeon-ga isseoyo? (Unnie ada ramyeon tak?" Soal Hyeran kepada Dahyun. Mana tahu Dahyun ada stok Ramyeon, bolehlah dia menjamu selera mala mini.

Nampaknya dia benar-benar kempunan Ramyeon sehinggakan makanan lain tidak mahu dijamahnya.

"Ramyeon?" Soal Dahyun pelik.

Orang nak beri makanan tak mahu, ramyeon pula diminta. Hyeran tahu dia tidak sedar diuntung.

"Ne, jenama samyang." Jawab Hyeran yang amat berharap yang dia dapat menikmati Ramyeon kegemarannya malam ini.

Dahyun yang menggeleng kepalanya lantas membuatkan Hyeran berasa hampa. Betul-betul hampa.

"Maaf, Hyeran. Tapi Unnie bukan penggemar ramyeon." Beritahu Dahyun manakala Hyeran mengangguk faham.

Setelah Hyeran memyakinkan Dahyun yang dia benar-benar tidak apa dan tidak terlalu lapar, Hyeran meninggalkan Hyeran di biliknya. Tutup sahaja pintu biliknya, Hyeran segera baring di atas cadarnya. Dia memandang sekelilingnya. Bagaimana hidupnya boleh bertukar menjadi seperti ini.

Jika dulu, dia duduk di sebuah apartment baru dan cantik yang diberikan oleh SM kepadanya dan managernya juga amat baik kepadanya dan sudah menganggapnya sebagai adik. Makan dan minumnya dijaga teratur sekali oleh manager lama, Jiyoon Unnie. Tapi sekarang? Serba-serbinya tidak lengkap. Dia terpaksa tidur di dalam stor, tidur berlantaikan karpet tanpa bertilam dan lampu Hello Kitty menjadi peneman. Makan dan minumnya seakan menjadi sesuatu yang perlu dirisaukan.

"Berapa harga sebuah tilam, ya?" Hyeran berfikir apabila dia menyentuh karpet yang menutupi lantai keras dan dingin di bawahnya. Sampai bila dia harus tidur tanpa bertilam? Tulang belakangnya terasa sakit kadang kala. Mungkin dia harus membeli sebuah tilam. "Tapi nak beli di mana? Naik apa? Nak angkat macam mana?"

Banyak pula kerunsingan yang difikirkan Hyeran namun akhirnya dia hanya baring di atas cadar tanpa tilamnya itu. "Tak boleh, kau kena simpan duit yang appa bagi. Mana boleh boros. Mungkin tilam tak begitu penting. Nampaknya boleh tidur kat atas karpet selagi tulang belakang tak patah." Kata Hyeran.

Hyeran yang masih lagi baring di atas cadarnya, mendengar lagu 'Growl' yang sedang dimainkan oleh perutnya dengan rancak. "Baegopa... (Laparnya...)" Keluhnya.

Dia mendapati dirinya terus bangun dari baringnya dan menyelongkar mencari makanan di dalam storage box miliknya. Dia mengambil sebungkus roti berinti coklat lalu menjamahnya sedikit.

"Tapi aku nak samyang..." Fikirnya.

Lalu dia mempunyai satu idea. Kenapa fak pergi ke kedai dan beli je? Bukankah lebih senang? Dia segera mengambil telefon bimbitnya. Skrin telefonnya menunjukkan jam pukul 12 tengah malam. Dia menggigit bibirnya sambil berfikir haruskah dia menelefon suaminya untuk memberitahu yang dia ingin pergi ke kedai semata-mata untuk membeli sebungkus Ramyeon?

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now