Bab 71

778 56 13
                                    

Tangan Hyeran mencapai dadanya. Mengapa jantungnya berdetak lebih laju daripada biasa? Kenapa dia berasa sangat gementar sekarang? Hyeran mula merasa tidak sedap hati namun dia cuba membuang perasaannya itu jauh-jauh. Mungkin sahaja dia berasa gementar kerana akan muncul di Weekly Idol buat kali pertama.

Hyeran cuba untuk tersenyum dan berusaha untuk tidak menampakkan dirinya berasa canggung selama menjalankan penggambaran walaupun jantungnya sedang bedegup bagai nak gila. Slot yang popular di rancangan iaitu 'Random Play Dance' tiba membuatkan Hyeran lebih gementar. Dia takut kalau-kalau dia salah langkah ketika menari kerana perasaan yang sedang melanda hatinya itu.

Seluruh tumpuannya diberikannya kepada tarian kerana dia mahu tunjukkan kepada semua orang yang dia boleh menari dengan baik. Namun apabila tumit kasutnya patah, Hyeran jatuh terduduk di atas lantai. Semua orang terkejut dengan situasi itu namun mujurlah kakinya tidak cedera. Bagaimana dia boleh terjatuh sedangkan langkah yang diambilnya betul? Hyeran mula merasakan yang perasaannya tentang sesuatu yang buruk akan berlaku ialah benar.

Muzik yang tidak akan berhenti membuatkan Hyeran terus mencabut kasut tumit tingginya dan meneruskan tariannya walaupun Producer mula menyuruh untuk kru memberhentikan lagu. Hyeran tidak akan menyerah, kerana itulah motto hidupnya. Hyeran tidak pernah mahu kelihatan lemah di mata sesiapa. Semuanya bermula apabila ibunya meninggal. Semua kawan-kawannya berasa simpati terhadapnya waktu itu membuatkan Hyeran berasa menyampah yang teramat. Dia tidak mahu meminta simpati sesiapa pun dan sejak itulah dia cuba menguatkan dirinya agar tidak kelihatan lemah di mata orang. Mungkin disebabkan itu jugalah Hyeran tidak mempunyai teman yang ramai, kerana sifatnya yang suka menjauhi orang ketika orang mengasihaninya.

"Kaki kau okey?" Haemi menyoal ketika Hyeran dan ahli kumpulan yang lainnya sudah masuk ke dalam Royal Starex.

Hyeran yang sedang merenung ke luar tingkap kereta terus memandang Haemi dan mengangguk. "Okey," Dia menjawab ringkas.

"Maafkan saya, Unnie sebab kasut tu-" Hyeran menggigit bibirnya. Walaupun hakikatnya kasut yang tercabut itu bukan sepenuhnya salahnya. Boleh sahaja tumit kasut itu longgar ataupun kasut itu tidak berkualiti.

Haemi menggeleng kepalanya. "Sanggwan eobseo." Katanya. "smALL masih ada bergunung duit lagi walaupun kau rosakkan sepasang kasut." Tambah Haemi lagi membuatkan Hyeran tersenyum mengangguk.

Benar kata Haemi, smALL memang kaya. Terlalu kaya.

Lagu moonlight yang berkumandang membuatkan Hyeran menunduk melihat telefon bimbit di atas ribanya. Nombor yang tidak dikenali. Siapa agaknya? Tak silap Hyeran, nombor itulah yang menelefonnya berulang kali sejak dari tadi tapi Hyeran tidak menjawab kerana tidak mengenali pemanggilnya. Kali ini Hyeran mengubah fikirannya, mungkin saja pemanggil itu ada sesuatu penting yang perlu di beritahu.

"Yeoboseyo?" Hyeran menekup telefon di telinganya. "Nuguseyo?" Dia menyoal si pemanggil yang masih bisu.

"Sa-Saya, Hyeran. Baekhyun." Jawab pemanggil di hujung talian.

Walaupun orang itu tidak mengenali dirinya, dari suara sahaja Hyeran sudah dapat mengenali si pemilik suara. Buat seketika Hyeran terfikir bagaimana Baekhyun mempunyai nombor telefonnya. Mungkin sahaja Chanyeol yang beri. Tetapi kenapa Chanyeol memberi Baekhyun nombor telefonnya? Apa tujuan Baekhyun menelefonnya berulang kali? Kelihatannya penting sekali.

"Oh, Baekhyun-" Hyeran dapat menangkap mata yang memandangnya apabila dia menyebut nama Baekhyun. "Ada apa awak telefon saya?" Dia menyoal lagi, tidak peduli tentang mata yang merenungnya.

"Hyeran, awak ada di mana? Boleh jumpa saya?"

Suara Baekhyun yang kedengaran cemas di corong telefon bimbitnya membuatkan Hyeran meneguk liurnya. Baekhyun tidak menjawab, malah kembali menyoal kembali Hyeran. Hyeran tahu ia ialah perkara yang penting apabila Baekhyun mengajaknya untuk berjumpa.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now