Bab 79

850 61 3
                                    

"Ceraikan saya, Chanyeol..."

Permintaan Hyeran bagaikan peluru yang ditembak ke dadanya dan tepat tertanam di hatinya. Begitulah bagaimana yang dirasakan oleh Chanyeol ketika mendengar kata-kata Hyeran itu. Sama sahaja seperti Hyeran cuba membunuhnya tetapi melalui lisan. "Awak... tak maksudkannya, Hyeran. Saya tahu awak tak maksudkannya." Chanyeol cuba memandang ke dalam mata Hyeran, mencari ketulusan di dalam kata-kata Hyeran tadi. Dia tahu Hyeran pernah berkata yang perkahwinan mereka tidak akan berkekalan lama namun dia tidak pernah sangka yang Hyeran akan betul-betul meminta cerai padanya.

Kedua-dua tangan Hyeran meraup mukanya sambil Hyeran menenangkan fikirannya. Dia cuba berlagak tenang walaupun dia sendiri gementar dengan apa yang baru dia katakan tadi. "Saya... dah fikir benda ini masak-masak Chanyeol. Tolong lepaskan saya." Hyeran memberi kata putus walaupun separuh hatinya masih lagi meragui keputusannya itu.

"Bukan ini yang mendiang ayah awak mahukan." Kepala Chanyeol menggeleng. Chanyeol cuba untuk memujuk Hyeran agar tidak melakukan perceraian ini namun suaranya entah bagaimana tersekat di kerongkong.

"Saya memang tak mahukan perkahwinan ini dari mulanya. Ayah saya yang nak saya berkahwin dengan awak dan sekarang ayah dah tiada jadi..." Kata-kata Hyeran terhenti di pertengahan ayatnya. Dia tahu dia tidak perlu meneruskan kata-katanya kerana Chanyeol faham apa yang dia mahukan. Kini Hyeran diam sambil matanya tunduk ke bumi kerana dia tahu Chanyeol sedang menatap wajahnya dengan dalam.

Mata Chanyeol hanya tertumpu kepada Hyeran namun Hyeran masih lagi tidak mahu memandang wajahnya. Hyeran kelihatan serius dengan apa yang dikatakannya membuatkan Chanyeol berfikir mungkin ini apa yang Hyeran mahukan daripadanya. Chanyeol mengeluh dengan berat. Dia tidak akan pernah sanggup melepaskan Hyeran pergi dari hidupnya tapi kalau ini apa yang dimahukan oleh Hyeran, dia akan lakukannya asalkan Hyeran bahagia dengan keputusannya. Apa yang Chanyeol mahukan ialah tak bukan dengan membahagiakan Hyeran. Dan kalau membahagiakan Hyeran memerlukan mereka untuk mengikuti haluan masing-masing, Chanyeol akan mengundur dirinya.

"Bagaimana saya nak hidup tanpa awak, Hyeran?" Chanyeol seakan berpaut di tempat yang sama. Dia benar-benar tidak mahu menceraikan Hyeran namun apa yang boleh dia lakukan?

"Saya tak kisah. Saya tak peduli." Hyeran menggeleng kepalanya berulang kali seraya mengatakannya dengan dingin sekali. Hyeran sengaja memeluk tubuhnya agar Chanyeol tahu yang dia benar-benar memaksudkan setiap perkataan dari ayatnya tadi.

"Awak boleh ke hidup tanpa saya?" Soalan yang terpacul dari mulut Chanyeol itu seakan membuat Hyeran seakan dicekuk dengan kata-katanya sendiri.

Hyeran hanya mampu menggigit bibirnya sambil membayangkan kehidupannya setelah bebas daripada Chanyeol. Adakah bahagia? Atau derita? Namun ego Hyeran yang sebesar lautan itu membuatkan Hyeran berpegang kuat dengan nalurinya yang dia tidak akan perlukan Chanyeol.

Sebenarnya, Hyeran cuma tidak boleh menerima sebab Chanyeol berkahwin dengannya ialah dirinya dikasihani kerana menjadi anak yatim piatu. Dia tidak perlukan simpati daripada sesiapa. Siapa pula yang sanggup hidup dengan lelaki yang hanya mengasihaninya? Ya, dia pasti boleh hidup dengan sendiri dan bahagia. Dia yakin dengan keputusannya.

"Saya bencikan awak sejak mula lagi! Berambus dari hidup saya!" Mata Hyeran menjeling tajam Chanyeol seraya mendengus dengan kasar.

Kata-kasar Hyeran membuatkan Chanyeol bangun dari duduknya dan terus mencengkam lengan Hyeran. Seperti biasa, Hyeran meronta dan mengelak dari bertentangan mata dengannya tetapi Chanyeol memegang dagu Hyeran agar memandangnya.

"Kerana menikahi awak, Yoon Hyeran, Saya harus mengotakan janji saya untuk menjaga awak seumur hidup saya. Ternyata bukan sebab janji sahaja saya menikahi awak tetapi disebabkan saya... sejak pertama kali saya jumpa awak, saya dah mula tertarik kepada awak. Saya cintakan awak, Yoon Hyeran." Kedua-dua tangan Chanyeol terus terlepas dari memegang Hyeran. "Dan sekarang? Awak nak saya ceraikan awak? Awak ingat mudah? Ya, saya tahu awak boleh hidup tanpa saya tapi macam mana saya nak hidup tanpa awak Hyeran? Saya cin... Tak, awak tak akan faham punya."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now