Bab 92

678 62 3
                                    

Typos ahead...

Bab 92

"Hyeran, kenapa awak pulangkan balik cincin kahwin kita?"

Chanyeol yang cemas dengan situasi tersebut hanya mengetap bibirnya apabila soalannya tidak bersahut. Cincin tunang dan cincin kahwin, kedua-duanya yang sepatutnya tersarung di jari jemari Hyeran kini berada di dalam tangannya. Tangannya menggenggam cincin-cincin tersebut apabila dia dapat meneka mengapa Hyeran tiba-tiba memulangkan cincin-cincin tersebut.

"Ran-ah, maafkan saya. Saya tak boleh buat apa yang awak mahukan ini." Kepala Chanyeol menggeleng berulang kali seraya dia memulangkan kembali cincin tersebut ke dalam tangan Hyeran. "Saya tak sanggup."

"Park chan, dengar dahulu apa yang saya nak beritahu." Hyeran menampar dahinya apabila dia menerima semula cincin yang diberikan tadi. Lengan Chanyeol terus ditariknya apabila Chanyeol tidak mahu mendengar kata-katanya namun pantas ditepis oleh Chanyeol.

Sambil meraup mukanya, Chanyeol menggelengkan kepalanya berkali-kali. Sementara itu, Hyeran dapat menangkap ayat yang diulang berulang kali apabila sehingga kedengaran seperti kata-kata yang tidak masuk akal. Apa yang telinganya dapat tangkap ialah Chanyeol mengatakan yang dia tidak sanggup dan tidak mampu.

"Chan, dengar. Awak kena dengar penjelasan saya." Pinta Hyeran namun Chanyeol tidak mahu menghiraukannya.

"Saya tak nak dengar penjelasan awak, Hyeran. Saya dah penat nak dengar awak asyik minta cerai daripada saya je." Chanyeol dengan geram, berkata. Sebenarnya Chanyeol sangat bengang ketika itu. Dia tidak boleh terima apabila Hyeran mengutarakan tentang penceraian mereka yang tidak akan pernah berlaku. Dia marah kerana Hyeran seakan tidak menghormati dirinya sebagai seorang suami di antara mereka berdua. Dia merasakan yang dia seorang suami yang dayus. "Saya dah beritahu awak, Hyeran dan saya akan beritahu awak sekali lagi. Saya tak akan ceraikan awak. Saya sayangkan.."

"Pasangkan jelah cincin tu pada jari saya, pabo-yah!" Hyeran terus menguatkan suaranya membuatkan kata-kata Chanyeol serta merta terhenti. Dia menguntumkan sebuah senyuman buat Chanyeol apabila Chanyeol mengerutkan keningnya. Tangannya terus menekup mulut Chanyeol apabila Chanyeol mahu mengatakan sesuatu. "Sarungkannya pada jari saya dan saya tak akan pernah bukanya lagi." Ulang Hyeran sekali lagi tetapi kali ini lebih jelas.

Lega hati Hyeran apabila Chanyeol membalas senyumannya pada akhirnya. Senyuman yang memberi maksud yang Chanyeol mengerti dengan apa yang dimaksudkannya. Akur dengan kata-kata Hyeran, Chanyeol terus menggapai tangan Hyeran.

Pandangan Chanyeol terus tunduk meneliti jari jemari Hyeran yang kosong. Cincin yang menjadi pilihannya untuk pertunangan mereka berdua terus diambil dan disarungkan pada jari kelingking kiri Hyeran manakala cincin kahwin yang dipilih oleh ummanya disarungkan pada jari manisnya. Kedua-duanya tersenyum apabila Chanyeol siap menyarungkannya.

"Awak tak akan buka lagi, kan?" Soal Chanyeol sambil menekup pipi Hyeran.

Sambil menggeleng, Hyeran berkata, "Saya janji."

Chanyeol terus mendepakan kedua-dua tangannya dengan tiba-tiba membuatkan Hyeran terus mencebik bibirnya. Hyeran tahu apa yang Chanyeol mahu namun dia hanya mahu bermain tarik tali. Hyeran yang berpura-pura tidak tahu terus membuang pandangannya ke bumi manakala Chanyeol yang sudah lenguh mendepakan tangannya daripada tadi terus menghentakkan kakinya.

"Ah.. peluklah saya." Rengek Chanyeol dengan manja membuatkan Hyeran mencebik bibirnya lagi.

"Saya gigit bibir tu nanti!" Akhirnya, Chanyeol menggunakan cara terakhirnya iaitu dengan mengugut Hyeran tetapi Hyeran terus merenungnya dengan tajam. Dia yang masih mendepakan tangannya terus melambai-lambaikan tangannya di hadapan Hyeran bagaikan seekor penguin. Tetapi penguin sepatutnya Do Kyungsoo, Park Chanyeol ialah sloth.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Место, где живут истории. Откройте их для себя