Bab 49

941 59 12
                                    

Sebab ramai kutuk tajuk Novel saya, saya teringat nak tukar tajuk kepada [Sebenarnya Chanyeol]... Atau awak ada apa-apa idea yang sesuai untuk dijadikan tajuk Novel saya? Kongsilah dengan saya.


Sampai bila agaknya boleh bertahan dengan perangai Minhee tu? Fikir Hyeran dengan sebal kerana perangai Minhee tadi. Dia cuba menenangkan dirinya sambil duduk di atas karpet. Semuanya ini dugaan untuknya apabila dia melangkah ke alam baharu, alam trainee. Biasalah, menjadi trainee mesti penuh dengan liku-liku kehidupan yang kadang di atas dan kadang di bawah. Kita tidak boleh terlalu kecewa dan sedih apabila berada di bawah namun kita tidak boleh terlalu berasa gembira apabila berada di atas.

Semuanya yang ada di dalam dunia ini silih berganti datang dan perginya. Itulah yang menyeimbangkan kehidupan kita.

Ketika mempunyai masalah, tiada siapa yang dia ingat melainkan seseorang. Telefon bimbitnya segera diambil lalu membuka contacts dan menelefon seseorang yang sangat-sangat dirinduinya.

"Yeoboseyo, Hyeran-ah?" Sapa seseorang membuatkan Hyeran tersenyum dengan serta-merta.

Lama tidak mendengar suara itu membuatkan Hyeran berfikir alangkah indahnya jika dapat bertemu dengan pemilik suara itu. "Yeoboseyo, eomeoni. Geonganghaseyo? (Hello, Ibu. Sihat?)" Soal Hyeran dengan takzimnya.

"Ah, Hyeran. Ibu sihat je." Balas Ibu Chanyeol iaitu ibu mertuanya. "Kamu mesti nak cakap dengan ayah kamu, kan? Sebentar ya Ibu carikan Ayah kamu."

Tahu-tahu sahaja Ibu bahawa tujuan dia menelefon pada pagi itu kerana ingin bercakap dengan ayahnya. "Ye, Eomeoni. Buttakhaeyo." Balasnya pantas.

Lama juga ibu mertuanya itu membawakan telefon bimbit kepada ayahnya sehinggakan Hyeran tertanya-tanya apa yang membuatkan masanya terlalu lama. Ayahnya pergi ke mana? Atau ayahnya belum bangun tidur. Entah mengapa perkara yang sekecil itu boleh membuatkan Hyeran berasa sangat risau.

"Yeoboseyo? Hyeran-ie?" Soal Ayahnya di corong telefon.

Walaupun Hyeran tahu yang Ayahnya tidak mungkin dapat melihatnya, namun dia tetap mengangguk menjawab soalan itu. "Ya, Appa. Ini Hyeran bercakap." Beritahunya dan corong telefon, dia mendengar hembusan ayahnya. Pasti ayahnya sedang tersenyum sekarang.

"Appa, macam mana kesihatan Appa?" Soal Hyeran, prihatin. Itu sahajalah soalan yang sama yang diajukan kepada ayahnya ketika dia menelefon ayahnya itu.

"Baik sangat, Hyeran-ah. Tapi ayah letih sikit disebabkan kedai buku appa mendapat sambutan kebelakangan ini. Ramai orang dah berkunjung ke kedai buku appa sehinggakan stok-stok buku dah habis. Ibu kamulah ni, dia yang tolong appa beritahu semua pelanggan di kedainya supaya jangan lupa untuk datang ke kedai ayah." Cerita Appa panjang lebar.

Hyeran tersenyum tawar. "Oh ya, Appa? Baguslah. Baik betul eomeoni. Appa pasti gembira ramai yang datang ke kedai."

"Hyeran pula, macam mana kehidupan Hyeran di sana?" Soal Appa pula membuatkan Hyeran terdiam sebentar.

Bibirnya digigit sambil mindanya mereka ayat yang elok untuk diberitahu kepada ayahnya. "Hyeran..." Lidah yang kelu membuatkan Hyeran jeda. Setelah menarik nafas, dia membalas. "Hyeran baik-baik sahaja di sini, Ayah. Gembira sangat dapat jumpa Chanyeol setiap hari. Dia layan Hyeran dengan baik sangat. Hyeran tak boleh minta lebih dari apa yang dia dah bagi." Beritahu Hyeran.

"Sejak Appa mula-mula lihat Chanyeol dahulu, Appa dah tahu yang dia boleh jaga kamu lebih dari apa yang Appa boleh. Dia boleh bahagiakan kamu lebih dari apa yang appa sanggup. Ayah gembira ternyata dialah yang Appa boleh percayai." Panjang lebar Appa berkata pada pagi itu seperti kebiasaannya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now