Bab 75

854 58 8
                                    

Chanyeol yang berasa geram terus menepuk meja makan dengan kuat. Tepukan itu membuatkan semua orang terkejut. Kai hampir-hampir sahaja tercekik makanannya. Kesakitan yang menjalar di tangannya tidak dipedulikan oleh Chanyeol. Dia memandang muka managernya meminta kepastian namun lelaki itu hanya menayangkan muka selambanya sahaja. Chanyeol mendengus, berasa tidak adil.

"Bukan salah aku." Lelaki itu mengangkat bahunya bagaikan tidak bersalah.

Tangan Chanyeol menampar dahinya. "Takkanlah hyung tak boleh sediakan masa lapang untuk saya walaupun satu jam?" Chanyeol menunjukkan angka satu kepada hyungnya sambil membuat muka comel, mana tahu dapat mencairkan hati lelaki itu.

Walaupun bagi Chanyeol satu jam tidak cukup untuk dia berjumpa dengan Hyeran, tetapi asalkan dia dapat berjumpa dengan Hyeran daripada tidak berjumpa langsung. Chanyeol juga tidak tahu mengapa jadualnya lebih padat daripada ahli kumpulannya yang lain. Penggambaran filemnya kali ini memerlukan masanya satu hari. Satu hari! Lawak antarabangsa apa ini? Hari ini ialah hari pengebumian ayah mertuanya jadi mestilah dia harus datang walau apapun.

"Tak boleh! Set penggambaran kau tu nun jauh di sana! Perlukan masa dua jam untuk memandu. Dua jam, kau tahu tak! Kalau pergi dan balik empat jam. Kalau kau kena marah dengan kru di sana nanti, tak ada maknanya aku nak bela kau! Lagipun, aku kena hantar kawan-kawan kau yang lain pergi ke sana sini! Senang-senang je kau cakap macam tu." Tegas managernya itu berkata tanpa memberi peluang langsung kepada Chanyeol. Nampaknya muka comel Chanyeol langsung tidak berkesan padanya.

Pinggan Chanyeol yang masih penuh dengan makanan ditolak ke tepi sebelum dia menghantukkan dahinya ke meja. Nampaknya memang tiada harapan lagi. Bagaimana harus dia memberitahu Hyeran nanti? Chanyeol terus menggaru kepalanya dengan kasar sambil menjerit hampa. Macam mana ni? Macam mana ni? Takkan sekali lagi dia kena tinggalkan Hyeran.

Xiumin yang duduk di sebelah Chanyeol terus mengangkat pinggan mangkuknya untuk menyelamatkan makanannya. "Yah! Yah! Rambut kau tu!" Xiumin menjerit ketakutan apabila Chanyeol menggaru rambutnya.

"Ah, Bencinya!" Chanyeol berteriak bagaikan mahu satu dunia mendengarnya.

Baekhyun yang sedang menikmati makanannya hampir melompat kerana mendengar jeritan itu. Dia memandang Chanyeol dengan muka hairannya. Nampaknya Chanyeol benar-benar mahukan masa lapang. Mungkin Chanyeol mahu menemani Hyeran di pengebumian ayahnya.

"Xiumin hyung, hyung gembiralah! Hyung cuti sepanjang hari! Saya kena kerja sepanjang hari! Bolehlah Hyung cakap macam tu." Chanyeol yang tiada sesiapa mahu disalahkan terus menyalahi Xiumin yang paling dekat dengannya.

"Kau dah kenapa ni Chanyeol? Tiba-tiba salahkan aku?" Xiumin menggigit sudunya sambil membuntangkan matanya kepada Chanyeol. Kalau diikutkan hati, dah lama sudu di dalam mulutnya itu dibaling ke muka Chanyeol.

"Ah, saya cuma nak cuti!" Chanyeol berteriak membuatkan semua orang di sekelilingnya hanya mampu menggelengkan kepala sewaktu memandangnya.

"Aku tak ada apa-apa jadual sekarang jadi aku akan terus pergi ke sana. Jangan risau, Chanyeol. Aku akan tolong beritahu kepada Hyeran yang kau tak boleh datang." Suho berkata, mana tahu dapat melegakan hati Chanyeol. Kai dan Chen juga terus mengangkat tangannya untuk mengikuti Suho.

Dengan hampa, Chanyeol menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangan. Semua orang akan pergi ke majlis pengebumian itu kecuali dia kerana hanya dia yang sibuk sepanjang hari ini. Kenapalah set penggambaran filemnya itu jauh sangat? Kalau tidak dah lama dia merancang untuk curi-curi keluar.

Baekhyun menepuk-nepuk belakang Chanyeol sambil tersenyum lebar. "Geokjeongmara, chingu-yah. Aku ada masa untuk pergi ke sana tengah hari nanti. Jangan risau. Jangan risau." Ujarnya dengan nakal sengaja mahu membuatkan Chanyeol bertambah risau.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now