Bab 42

1K 75 3
                                    

Siling biliknya hanya direnung dengan kosong. Tiada apa yang dia dapat lakukan selain berbaring di atas katilnya dari pagi sehingga tengah hari. Jikalau tidak pemandangan di luar tingkap yang menandakan hari sudahpun tengah hari, Hyeran tidak akan tahu. Sudah empat hari dia memerapkan diri di dorm itu dan dia juga jarang keluar. Sejak perbuatannya yang tidak memuaskan hati Kim Chiwon, dia dihukum oleh Kim Chiwon untuk digantung kelas-kelasnya dan tidak dibenarkan hadir ke bangunan smALL selama berapa hari pun entah dia tidak tahu. Mungkin apabila Kim Chiwon sudah mula berfikir dengan matang dia akan berhenti memperlakukan Hyeran seperti itu dan menyuruh Hyeran menghadiri kelas-kelasnya seperti biasa.

Namun, jauh di lubuk hati Hyeran, dia berasa sangat berterima kasih kepada Kim Chiwon kerana tidak menamatkan kontraknya walaupun Hyeran sendiri tidak pasti. Hyeran tahu yang Kim Chiwon sedang dalam penimbangan untuk meneruskan atau menamatkan kontrak Hyeran atau tidak dan apa yang Hyeran harapkan ialah kontraknya masih diteruskan. Perasaan appa mesti didahulukan walaupun harus membiarkan perasaan sendiri. Appa mesti sangat kecewa terhadapnya kalau appa tahu dia tidak lagi menjadi artis smALL walaupun hakikatnya dia merasakan yang menjadi artis tidak sesuai dengannya dan buat masa sekarang dia tidak mahu berjumpa dengan Chanyeol.

Chanyeol. Hati kecilnya menyebut nama itu. Jujur dikatakan yang Hyeran sangat merindui lelaki yang dia sudah terima sebagai suaminya itu namun, hatinya sangat keras seperti batu dan dia tidak mahu memberitahu lelaki itu sendiri. Jujur dikatakan yang dia sangat peduli dan prihatin tentang Chanyeol. Kadangkala dia berfikir apa yang Chanyeol sedang lakukan tetapi hatinya sangat ego sehingga dia tidak mahu menelefon Chanyeol walaupun nombor telefon Chanyeol sudah tersimpan di dalam telefon bimbitnya. Dia tidak tahu bagaimana nombor telefon itu boleh ada di telefon bimbitnya namun misteri itu hanya dihiraukan oleh Hyeran kerana dia tidak mahu menambahkan bebanan fikirannya.

Malah Chanyeol juga tidak pernah menelefonnya. Ia membuat Hyeran berfikir yang Chanyeol sudah tidak mempedulikannya lagi. Chanyeol tidak memikirkannya lagi. Air matanya pasti bergenang di tubir mata apabila berfikir sedemikian dan dia berharap Chanyeol bukannya seperti itu. Mungkin Chanyeol sibuk? Mungkin Chanyeol terlupa? Namun, apakah dia tidak layak untuk sesaat berada di fikiran Chanyeol sehingga lelaki itu terlupa akannya? Benarkah? Mungkin juga betul apa kata Chanyeol yang mereka hanyalah 'sepupu'. Sepupu, tidak lebih dan tidak kurang.

Sepupu? Perkataan yang amat biasa itu tidak sangka dapat menggores hati Hyeran dengan begitu dalam. Dengan perkataan itulah Hyeran mengeraskan hatinya. Dengan perkataan itu jugalah Hyeran berpura-pura tidak menghiraukan Chanyeol walaupun sebenarnya Hyeran penat untuk meneruskan kepura-puraan itu.

Sudahlah. Sudah cukup hatinya berfikir tentang Chanyeol. Jika dia terus berfikir tentang Chanyeol, tidak mustahil dia akan menangis dan merintih. Hyeran mula bangun dari katilnya. Dia berasa lapar. Kini dia tidak mahu menipu yang dia tidak lapar yang mula dia dilakonkan olehnya sejak empat hari lepas. Walaupun puas Jiyoon memujuknya untuk makan, tetapi dia tetap sahaja menolak. Kalau tidak menolak pun, dia akan makan tetapi suapannya boleh dikira itupun kalau Jiyoon membebel siang malam.

"Jiyoon Unnie!" Panggil Hyeran setelah dia keluar dari biliknya dan matanya terus melilau mencari Jiyoon yang sudah dianggapnya sebagai unnienya sendiri itu. Namun, entah mengapa dia merasakan yang dorm itu sangat senyap tidak seperti biasa. Dorm itu sunyi bagaikan tidak berpenghuni kecuali dirinya sendiri. Hatinya mula berasa tidak sedap. Mungkinkah sesuatu telah terjadi.

Oh, tolonglah jangan sesuatu buruk yang berlaku. Kakinya pantas sahaja melangkah menuju ke bilik Jiyoon yang hanya terletak di sebelah biliknya namun, kosong. Tiada sesiapa yang didapatinya di dalam bilik itu. Mana Jiyoon? Mungkinkah berada di ruang tamu? Fikiran itu lantas membawa Hyeran ke ruang tamu namun, kosong. Dapur juga kosong. Namun, sesampai di dapur, entah mengapa mata Hyeran dapat menangkap satu nota yang tertampal di pintu peti sejuk. Dia terus mendekati dirinya dengan peti sejuk itu untuk membaca tulisan di nota kuning itu. Tidak pernah Jiyoon menampal apa-apa nota sebelum ini membuatkan Hyeran terus berasa pelik.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now