Bab 31

1.2K 81 3
                                    

Hyeran menyandarkan dahinya pada dinding kereta yang sedang menyusuri jalan raya. Hembusan nafasnya yang turun naik membuatkan tingkap kereta itu berwap. Di mengelap wap yang menghalangi pandangan dengan tapak tangannya. Pemandangan di luar tingkap hanya dipandang Hyeran dengan pandangan kosong. Kemanakah mereka akan membawanya? Apabila sekali lagi teringat akan nasib appanya bersendirian di rumah itu, Hyeran teresak kecil namun dia segera menutup mulutnya agar bunyi esakan tangisnya itu tidak kedengaran. Dia juga menggigit bibirnya. Dia tidak mahu tangisannya kedengaran kerana dia malu. Yelah, umur baru awal 20-an, dah besar dan sepatutnya boleh menjaga diri sendiri dan berjauhan dengan keluarga.

Appa... Pasti appa menangis tersedu sedan seperti dia juga, kan. Baru sahaja sepuluh minit dia berjauhan dari appanya tetapi dia sudah merindukan appanya itu. Bagaimana pula harus dia meneruskan kehidupannya nanti?

"Sudahlah tu. Jangan menangis lagi."

Kepala Hyeran menoleh ke arah seorang wanita yang sedang duduk di tempat duduk penumpang di hadapan. Wanita itu lalu menghulurkannya sekotak tisu. Tanpa ragu-ragu lagi, Hyeran mengambil kotak tisu itu dari tangan wanita itu lalu mengambil sehelai tisu dan mengelap air matanya.

"Kamsahamnida." Ucap Hyeran dengan hormat kepada wanita yang berumur lewat 20-an itu.

"Tak payah nak terlalu formallah dengan saya, Hyeran. Panggil Unnie je, okay? Jiyoon Unnie." Ujar Jiyoon Unnie.

Hyeran mengangguk-angguk tanda faham. "Ye. Komawoyo, Jiyoon Unnie." Ucapnya lalu menangis lagi.

Kening Jiyoon terangkat melihat Hyeran yang tangisannya bagaikan infiniti, bagaikan tiada penghujungnya. "Nangis lagi? Sudah-sudahlah tu, Hyeran. Pertama kali ke berjauhan dengan ayah? Memang tak boleh tinggalkan ayah, ya?" Agak Jiyoon.

Soalan Jiyoon dijawab Hyeran dengan anggukan. "Saya memang tak boleh tinggalkan appa. Kasihan appa. Appa hanya ada saya. Sekarang ni, saya dah pergi jadi dia kena tinggal seorang diri. Saya harap Umma betul-betul akan bawa appa tinggal dengannya." Hyeran meraup mukanya.

Jiyoon mengerutkan dahinya lagi apabila matanya menangkap sesuatu. Cincin... Dua bentuk cincin terletak kemas di jari jemari Hyeran. Sebentuk cincin emas bertatahkan berlian tersarung di jari manis Hyeran manakala sebentuk cincin perak dengan corak infiniti tersarung di jari telunjuknya. Biasanya orang yang pakai cincin di jari manis orang yang dah berkahwin je, bukan?

"Awak dah berkahwin, ke?" Soal Jiyoon Unnie.

Hyeran tersentak akan soalan Jiyoon Unnie. Dia mendongakkan kepalanya dan mendapati Jiyoon Unnie sedang merenungnya semacam. Lidahnya pula seakan kelu. Dia ingin membuka mulutnya untuk menjawab soalan tersebut tetapi dia hanya menelan jawapan itu. Tak mungkin. Dia tidak boleh beritahu sesiapa yang dia dah berkahwin. Tetapi, macam mana Jiyoon Unnie boleh tahu pula rahsianya itu?

"Unnie... Waeyo, Unnie?" Soalnya gugup dan takut.

"Tu, Hyeran ada pakai cincin. Dua pulak tu. Ke Hyeran dah ada boyfriend?" Jiyoon menunjuk cincin yang dipakai oleh Hyeran dengan jari telunjuknya. Hyeran menggigit bibirnya lalu menampar dahinya. Memanglah orang dapat tahu kalau dah terang lagi bersuluh dia sedang memakai cincin.

Pantas Hyeran menggeleng kepalanya. "Tak. Saya tak ada boyfriend, Unnie." Jawabnya membuatkan Jiyoon menghela nafasnya kerana lega. "Baguslah kalau macam tu. Hyeran dah baca kontrak, kan? Ada tertulis dalam kontrak smALL tu yang Hyeran tidak boleh ada kekasih." Beritahu Jiyoon.

Sekali lagi Hyeran tersentak. Dia sebenarnya bukannya baca sangat kontrak yang panjang lebar tu. Dia cepat je tanda tangan kontrak tu pun sebabfikirkan Appanya.

"Ka-Kalau kahwin pula macam mana, Unnie?"

"HAH?!" Mata Jiyoon terbeliak macam tak boleh besar lagi apabila dia mendengar kata-kata Hyeran. "Hyeran dah kahwin ke? Atau Hyeran ada hajat untuk berkahwin? Hyeran dah ada calon? Dia tahu yang Hyeran akan jadi trainee?" Soal Jiyoon bertalu-talu bagaikan mesin bola tenis yang mencampakkan bola tenis dengan pantas.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Where stories live. Discover now