Bab 48

1K 70 18
                                    

Yeay! Happy 100 k words!

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Yeay! Happy 100 k words!

Awak suka tak kalau saya update sekali duahari? Atau sehari sekali? ^^ -Chakkanim.

Lampu bilik itu dibuka membuatkan bilik itu segera terang benderang. Hyeran bersyukur kerana lampu itu masih baik kerana tidak mungkin dia mahu tidur di bilik stor itu dengan keadaan tiada lampu atau lampu berkelip-kelip. Namun, lampu yang terang itu membuatkan dia pasti tidak lena pada malam itu. Namun, dia hanya membiarkannya sahaja. Biarlah, semalam sahaja. Besok pagi-pagi lagi dia kena bangun untuk pergi ke kedai dan membeli lampu. Dia tidk boleh tidur sendirian tanpa lampu yang malam apatah lagi di stor.

Dia tahu ramai yang memandangnya pelik apabila dia mengutarakan keinginannya untuk tidur di bilik stor.

"Betul ke dia nak tidur di stor?"

"Kasihannya Hyeran, kita patut ajak dia tidur di bilik sekali,"

"Barang-barang kat stor nanti nak letak kat mana pulak? Habis kat mana tempat kita nak letak barang yang kita dah tak nak guna?"

"Kau ni pergi risaukan stor pula, barang tak guna pergi jelah buang, apa yang susah?"

"Alah biarkan jelah dia kat sana!"

Itulah beberapa yang dapat didengari olehnya namun Hyeran hanya buat tak endah sahaja. Dia rasa tak perlulah mereka merisaukan apa yang sedang dia lakukan ini. Dia lakukan ini semua juga untuk keselesaan mereka juga.

Mujurlah rumah itu baru lagi dan hanya ada beberapa sahaja kotak di bilik itu membuatkan stor itu ada 50% keupayaan untuk menjadi bilik tidur. Apa yang dia perlukan cumalah mengemasnya sedikit dan tadaa! Bilik tidur siap untuknya.

Setelah menjelajah rumah itu, barulah dia jumpa penyapu yang dia cari. Rupa-rupanya ada di balkoni. Peliknya, macam mana pula penyapu ada di balkoni. Sepatutnya selepas guna mereka harus letak di dapur.

Langit malam Seoul kelihatan cantik dengan bertaburan bintang dan bulan yang setia memancarkan cahanyanya ke muka bumi. Sedang dia memuji kecantikan bintang itu, dia mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Segera senyumannya menghiasi wajah apabila dia membuka skrin lock telefonnya.

Mwohae? -Chanyeol

Mesej balasan segera ditaip oleh Hyeran.

Tengah tengok langit. Bulan malam ni cantik sangat. -Hyeran.

Kebetulan saya pun tengah tengok langit juga ni... -Chanyeol

Yelah tu kebetulan. Saya percaya sangat. -Hyeran.

Awak cakap bulan cantik malam ni, tapi kenapa saya tak nampak? -Chanyeol.

Hyeran mengangkat keningnya saat membaca mesej Chanyeol itu. Takkan Chanyeol tak nampak? Bulan betul-betul berada di langit di hadapannya.

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz