Bab 72

919 62 18
                                    

Sebab saya sangat sukakan Byun Baekhyun (sorry Chanyeol) sangat so saya buat bab ini di mana err... selamat membaca ;)

"Hyeran, awak okey?"

Suara Baekhyun yang memanggilnya kedengaran sayup-sayup di telinganya walaupun dia dapat merasakan kehadiran Baekhyun di sebelahnya. Pandangannya yang menjadi gelap tadi bertukar menjadi sayup-sayup apabila dia memaksa dirinya agar tidak pitam. Dia masih dapat melihat katil di mana terbaringnya ayahnya di hadapannya. Hyeran terus bangun dari duduknya untuk mendekati ayahnya yang sudah tidak bernyawa lagi.

Kakinya yang tidak dapat bertahan membuatkan Hyeran hanya melutut di sebelah katil ayahnya. Wajah ayahnya dipandang dengan air mata yang mengaburi pandangannya. Tidak mungkin ini akan jadi kali terakhir dia memandang ayahnya. Dia bagaikan tidak percaya semua ini berlaku. Mengapa? Kenapa?

"Appa, jangan tinggalkan Hyeran." Hyeran merayu saat dia memegang tangan ayahnya yang sudah bertukar pucat. "Appa, kenapa appa tak nak bangun ni? Hyeran kan dah ada di sini? Appa kata appa nak jumpa Hyeran, kan?" Soalan Hyeran yang tidak terjawab membuatkan Hyeran teresak-esak. Dia melihat tangan ayahnya yang berada di dalam genggamannya. Pegangannya langsung tidak berbalas. Mengapa ayahnya tidak membalas genggaman tangannya seperti biasa?

"Bukalah mata. Sekali sahaja. Sekali sahaja. Jangan biar Hyeran bercakap sendirian. Hyeran nak bercakap dengan appa. Tolonglah. Hyeran dah lama tak dengar suara appa." Tangan Hyeran memegang erat tangan appanya. Dadanya sakit apabila panggilannya masih tak berjawab. Pipinya sudah basah dengan air mata yang bagaikan tidak mahu berhenti menitis. "Bangun, appa. Jangan berlakon lagi. Tak lawaklah!" Hyeran menjerit sambil menggerak-gerakkan tubuh ayahnya yang terbujur kaku.

Puan Park yang sudah tidak dapat menahan melihat Hyeran menangis di sebelah mayat ayahnya terus keluar dari bilik itu. Walaupun dari luar bilik, dia tetap dapat mendengar suara sayu Hyeran memanggil-manggil ayahnya. Suaminya yang menyusulnya keluar dari bilik wad terus dipeluknya erat.

Tangan Hyeran terus menghalang tangan jururawat yang mahu mencabut alat pernafasan ayahnya. "Ja-Jangan! Appa saya masih perlukannya lagi. Tolonglah, doktor. Kalau doktor cuba lagi appa saya masih boleh diselamatkan. Jangan cabut. Tolonglah."

Sedaya upaya Hyeran mencuba halang jururawat dari mencabut semua wayar dari badan ayahnya. Dia tidak boleh biarkan. Ayahnya masih boleh bertahan jika mereka cuba lagi. Hyeran yang sedang menjerit kepada jururawat dan doktor agar menolong ayahnya terus ditarik oleh Baekhyun agar tidak mengganggu tugas jururawat tersebut.

"Baekhyun, lepaskan saya. Lepaskan saya. Saya kena selamatkan appa saya." Hyeran meronta-rontakan lengannya yang berada di dalam genggaman Baekhyyn . Genggaman erat Baekhyun yang erat menyakitkan lengannya namun, hati Hyeran lebih sakit dari apapun.

"Hyeran, jangan buat macam ini. Saya merayu. Saya tak boleh tengok awak macam ini." Baekhyun turut menangis apabila dia melihat keadaan Hyeran seperti itu. Dia tidak pernah melihat Hyeran sebegitu kasihan yang amat menyakitkan hatinya.

Mata Hyeran dan Baekhyun yang masing-masing berkaca-kaca berpandangan buat seketika. "Baekhyun, jangan-jangan awak pun percaya kata-kata mereka. Ayah saya masih hidup lagi, Baekhyun."

"Hyeran!" Baekhyun tidak tahu mengapa dia boleh menjerit kepada Hyeran. Dia mengesat pipi Hyeran yang basah dengan air mata. "Tolong hentikan semua ini. Tolong sedar, Hyeran. Ayah awak dah tak ada."

The Inevitable Chanyeol [EXOVELLE] [IN EDITING]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt