BAB 1

89.4K 4.9K 663
                                    

"IYA, mak. Hujung bulan ni Along bayarlah duit sewa rumah tu. Sabarlah sikit. Gaji Along pun belum masuk lagi. Tuan rumah bukannya minta duit lagi pun, kan? Sekarang ni Along nak kena beli macam-macam bendalah, mak. Barang keperluan sekolah adik tu. Macam-macam dia minta. Nak kertas lukisanlah, buku ulangkaji matematik lah... mak sabarlah sekejap..." Bebelku sambil tangan lincah mengemas barang di atas meja. Bersepah dengan buku masakan. Semalam, terpaksa aku tidur lewat gara-gara mencari menu resepi baru. Bos kata, hari ini ada tetamu istimewa yang akan datang ke restoran. Dan yang dia pasti, tetamu istimewa itu tidak mahu masakan sekadar menu biasa. Kalau boleh, dia mahu yang paling special. Malah, bos juga ada beritahu yang lelaki itu bakal menentukan peningkatan pelanggan dalam restorannya. Mungkin tetamu istimewa itu merupakan seorang yang sangat terkenal. Jadi aku kena lebih peka dalam setiap masakan. Tambah pula, aku adalah seorang tukang masak di dapur itu. Jadi bos pun memberikan harapan yang tinggi kepadaku.

"Bukannya Along sengaja tak nak bagi duit, mak. Masalahnya sekarang Along pun tak ada simpan duit untuk diri Along sendiri. Rasanya minggu lepas Along dah beri mak 500 ringgit. Takkan dah habis? Itu pun Along guna duit kecemasan along, tahu tak? Eh, bukannya Along nak mengungkit mak... Maksud Along..." Tak sempat aku hendak menghabiskan bicara, talian sudah dimatikan oleh orang di sana. Sempat juga aku menangkap bunyi dengusan sebelum mak mematikan talian. Nampak sangat yang mak sedang marahkan aku.

Aku mengeluh. Sedang tadi aku elok, kini tiba-tiba kepala terasa berdenyut. Tertekan. Aku pandang skrin telefon yang kini gelap. Macam manalah aku nak pujuk mak nanti?

"Stressnya..." Keluhku. Telefon canggih dicampak ke atas meja. Malas nak hadap telefon lagi. Penat. Bukan penat bermain dengan telefon, tapi penat melayan karenah ahli keluarga sendiri. Si mak sibuk meminta duit, si ayah pula sibuk membuat kerja amal di masjid. Adik-beradik yang lain masih lagi bersekolah, takkan nak mengharapkan bantuan dari mereka yang masih kecil? Hendak mengharapkan adik lelakiku yang sudah berumur 20 itu untuk menguruskan keluarga, dia pun kadang-kadang menghilang seperti bunian. Balik rumah bila perlu sahaja.

Penat sungguh menjadi seorang Nayra Rausa. Akulah tu. Harap nama sahaja sedap di dengar, tapi hidup tak 'sesedap' yang dibayangkan.

Ting!

Sedang aku mengeluh dan memicit kepala memikirkan nasib diri sendiri. Tiba-tiba satu mesej muncul di paparan skrin telefon canggih milikku. Kepala kembali diangkat. Telefon itu kucapai semula.

Unknown number.

Kening Nayra berkerut.

"Siapa pula ni?" Soalnya, pelik. Tanpa berfikir panjang, mesej itu ditekan. Ingin melihat mesej apa yang disampaikan. Manalah tahu jika bos guna nombor baru.

"one day, I will make sure you forget all this misery. I will. I will. I will. Everything for you."

Kening Nayra semakin berkerut. Bingung. Siapa pula orang misteri ini? Tiba-tiba mesej aku dan bercakap yang bukan-bukan? Nayra geleng kepala. Mungkin silap nombor agaknya. Nayra menghembus nafas kecil. Diabaikan sahaja mesej dari orang misteri itu, lalu Nayra sambung mengemas mejanya yang bersepah. Sekilas kepala terdongak memandang jam di dinding. Hanya berbaki masa setengah jam sebelum aku tiba di restoran. Tetamu istimewa itu mungkin belum tiba lagi.











HAMPIR dua bulan juga aku bekerja di Perfectionist Restaurant. Aku masih ingat lagi, bagaimana ragu-ragunya bos untuk menerima aku bekerja di sini. Dengan rekod yang telah mencatatkan 10 kali aku dibuang kerja dalam bidang yang berbeza-beza. Aku pun tak pasti kenapa. Nak kata ada buat silap, tak pernah. Ponteng kerja pun tak pernah. Mungkin ada salah silap yang aku terlepas pandang semasa melakukan kerja. Apa-apa pun, sekarang aku dah diterima berkerja dan lagi mengejutkan aku dipilih menjadi tukang masak pula. Tak sangka, kali pertama bos merasa air tangan aku. Dia terus cakap setuju untuk ambil aku bekerja.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now