BAB 3

60.6K 4.5K 250
                                    

TEPAT pukul 7, mereka mengemas semula ruang Perfectionist Restaurant itu. Dipintu utama sudah tergantung papan tanda bertulis 'close', cukup memberi isyarat kepada pelanggan yang baru tiba bahawa restoran ini sudah tutup. Elly dan Mel sedang melakukan kerja mencuci di ruang dapur basah, manakala aku pula sedang menaikkan kerusi ke atas meja hadapan. Ada kala aku mengelap terlebih dahulu meja yang sedikit kotor. Mungkin ada pelanggan yang tidak sengaja menumpahkan air ke atas meja tadi.

"Nayra."

Aku berhenti mengelap meja apabila tersedar nama dipanggil. Kepalaku toleh ke kiri. Melihat bos yang sedang berdiri dibucu meja.

"Kenapa bos?" soal Nayra, ada sedikit getar. Entah mengapa apabila aku tengok wajah bos, ia seolah-olah ingin menyampaikan satu berita buruk. Keluhan berat keluar dari mulut bos sebelum dia kembali bersuara.

"Ikut saya ke bilik sekejap." Usai memberi arahan, bos terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Nayra pula masih lagi terpinga-pinga. Kenapa muka bos nampak serius aje? Tanpa menjawab sepatah pun, Nayra lekas berlari mengekor bos dari belakang.

"Duduk." Sekali lagi bos mengarah. Nayra sekadar mengangguk kepala sebelum melabuh punggung di atas kerusi berhadapan dengan bos.

"Kenapa bos panggil saya masuk?"soal Nayra, curiga. Kedua-dua belah tangannya saling bergenggam, ketakutan.

"Kita perlu berbincang sesuatu." Bos bersuara. Penuh serius. Nayra sudah teguk air liur. Bincang? Spontan sepasang kening nipis Nayra terangkat ke atas.

"Bincang tentang apa?" Nayra masih lagi bingung.

"Tentang kerja awak."

Nayra diam. Ini pasti ada kena-mengena dengan kejadian pagi tadi. Bos menarik nafas panjang lalu dihembus dengan perlahan. Nampak gaya seperti berat betul apa yang dia ingin luahkan kepada Nayra. Ditarik sedikit kerusinya lebih dekat dengan wanita itu.

"I'm so sorry, Nayra. Memang susah saya nak cakap benda ni but... I have to! Awak perkerja saya yang paling bagus. Saya tahu masakan awak sedap. Semenjak awak bekerja dekat sini, makin ramai pelanggan yang datang ke restoran saya. And I really like the way you work Tapi..." Kata-kata bos berhenti sampai di situ. Dia menunduk kepala. Mukanya tampak serba-salah ingin meneruskan ayat.

"Tapi apa?" Nayra masih lagi menunggu sambungannya.

"Saya terpaksa pecat awak."

Membeliak. Jatuh rahang Nayra saat mendengarnya. Langsung tak sangka,perkataan 'pecat' itu sekali lagi terdengar di telinganya. Nayra geleng kepala. Tak boleh terima! Kenapa dia perlu dipecat? Takkan hanya kerana seorang pelanggan sahaja, dia terus dibuang kerja? Ini tak adil!

"Tapi kenapa bos? Takkan disebabkan VVIP customer tu saya terus kena pecat? Lagipun, ini pertama kali saya buat hal dekat restoran ni takkan bos tak boleh bagi saya peluang? Alright, macam ni... saya janji dengan bos yang saya takkan lagi bantah mana-mana arahan customer. I'm promise! Apa-apa sahaja arahan diaorang, saya akan turutkan asalkan bos tak..."

"Nayra, relax... calm down..." Ujar bos, cuba untuk menenangkan Nayra yang semakin gelisah. Nayra geleng kepala. Macam mana aku nak tenangkan diri dalam situasi seperti ini? Apa lagi kerja yang aku ada?

"No. Saya tak boleh! Bos tahukan saya bukan orang yang senang? Saya ada ramai adik-beradik! Ada yang masih kecil. Dan saya tak boleh harapkan mak ayah saya sebab diaorang pun minta duit dari saya, bos. Kalau bos pecat saya, dekat mana lagi saya nak cari kerja? Bos bukan orang pertama yang pecat saya tau. Dalam rekod kerja yang lain pun saya dah banyak kali kena pecat tanpa sebab yang munasabah! Semua orang nak pecat saya sedangkan saya tak tahu apa salah saya yang sebenarnya? Kenapa semua orang buat saya macam ni?"

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now