Bab 45

43.4K 3.6K 747
                                    

                     KELIRU. Aku tak pasti apa yang telah terjadi kepada Brayan. Bangun sahaja daripada tidur, Puan Nora Elena terus mengajak aku ke hospital. Kelam-kabut juga situasi tadi. Semasa di dalam kereta, aku dapat melihat kenderaan lain dipotong dengan laju. Satu demi satu dipotong. Tak kira bahaya yang menanti. Jelas mereka begitu tergesa-gesa ingin ke hospital.

Kini, aku hanya tercongok di sisi katil pesakit. Menatap wajah Brayan yang pucat masih belum sedarkan diri dengan kepala berbalut. Kenapa agaknya Brayan jadi begini?

"Bila bos saya akan sedar doktor?" Suara Puan Nora Elena menjengah ke telinga. Jelas sekali kerisauan. Aku menoleh ke hujung katil, memerhati Puan Nora Elena yang berdiri di hadapan doktor lelaki itu. Menantikan jawapan.

"Saya tak pasti. Sepatutnya Tuan Brayan dah boleh sedar sekarang. Maybe sekejap lagi. Puan jangan risau ya?" kata doktor itu. Puan Nora Elena mengeluh berat. Bagaimana dia tak risau jika melihat keadaan Brayan yang masih lagi tidak sedarkan diri? Sekilas dia menoleh memandang Brayan yang terbaring di atas katil pesakit. Lelaki itu serupa mayat hidup sudah dimatanya. Hanya kaku tak bergerak.

"Tapi sebelum tu..."

Puan Nora Elena kembali memandang doktor itu.

"Kenapa doktor?"

"Perkara yang melibatkan mencederakan diri sendiri ni, pihak hospital mewajibkan kami untuk buat mental health test kepada pesakit. Mungkin bila dia dah sedar nanti, kami akan adakan sedikit uji kaji tentang mental health Tuan Brayan. Sebab Puan kata, Tuan Brayan tiba-tiba sahaja cederakan diri tanpa sebab. Kemungkinan besar Tuan Brayan ada penyakit berkaitan dengan mental. Perkara ni tak boleh dibuat main."

Puan Nora Elena hampir sahaja ketawa mendengarnya. Apa yang doktor ini cuba sampaikan? Nak kata Tuan Brayan ni gilakah?

"Doktor cuba nak kata bos saya ni gila ke?" soal Puan Nora Elena sedikit tidak puas hati. Sedangkan doktor itu menggeleng menafikannya.

"Tak semestinya penyakit mental ini adalah gila, Puan. Kadang-kadang disebabkan stress, trauma, or genetic boleh menyebabkan seseorang itu kemungkinan besar ada masalah dengan kesihatan mental. Kalau boleh, kami cuba rawat sebaik yang mungkin. Kalau dibiarkan sahaja berlarutan tanpa melakukan fisioterapi, amalkan ubat... benda ni akan jadi makin teruk. Lagi-lagi kalau Tuan Brayan memiliki bipolar atau dissociative identity lagilah perkara ni harus diambil serius."

"Kenapa pula?'

"Bimbang jika halusinasi mereka akan menghantui setiap masa. Pesakit akan lebih rasa tergganggu dan ada kemungkinan besar untuk mereka cuba bunuh diri sendiri atau bunuh orang lain."

Puan Nora Elena terdiam sejenak.

"Sekurang-kurangnya, kalau kita dapatkan rawatan. Psikiatri boleh bantu untuk hilangkan apa yang mengganggu mereka sedikit demi sedikit supaya mereka boleh jadi seperti orang normal semula." Sambung doktor itu.

Suasana tiba-tiba sahaja menjadi sunyi. Puan Nora Elena kematian kata. Apa yang doktor itu katakan semuanya masuk akal. Apatah lagi nak dibandingkan bidangnya dan bidang doktor itu memang jauh beza. Perawat lebih mengetahui apa yang mereka harus lakukan jika seseorang itu mengalami sakit. Dia pula? Langsung tak tahu apa-apa.

"Saya minta diri dulu jika dah tiada apa-apa lagi." Pamit doktor itu, mengatur langkah ke pintu keluar.

"Sekejap doktor!" halang Puan Nora Elena. Langkah doktor itu berhenti di pintu. Dia memusing memandang Puan Nora Elena yang meluru ke arahnya.

"Saya ada beberapa soalan lagi nak tanya doktor tentang DID."

"Kalau macam itu, kita boleh berbual di luar. Bagi ruang untuk Tuan Brayan berehat." Cadangnya. Puan Nora Elena mengangguk setuju. Kemudian, dia memusing memandang Nayra yang berada di sisi katil.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now