Bab 10

51.9K 3.8K 125
                                    

"ARGHH!!" Terjerit pelanggan perempuan itu apabila tubuh Rezza tiba-tiba melayang ke sisi mejanya. Kelam-kabut mereka semua bangun dari kerusi beredar ke tempat lain. Ketakutan. Masih tak faham dan keliru dengan apa yang berlaku. Suasana menjadi huru-hara akibat pergaduhan mereka. Sekali tendangan sahaja, tubuh Rezza melayang begitu sahaja. Terbatuk-batuk dia menahan senak diperut. Betullah kata Fahmi tadi, jangan disangka muka innocent dan nerd seperti lelaki itu lemah. Mungkin dia dua kali ganda lebih kuat.

Dan disaat lelaki itu tidak mengenakan kaca mata, memang jauh beza. Muka innocent itu terus hilang sekelip mata. Malah yang kelihatan sekarang adalah muka bengis, serius dan tegang.

"Rezza... Rezza..." Kepala lelaki itu tergeleng-geleng dengan senyuman sinis. Setapak demi setapak dia mara ke hadapan. Jelas sekali air muka Rezza berubah cemas dan takut-takut.

Lelaki itu menundukkan sedikit badannya. "Kenapa? Takut? Bangunlah... aku nak tengok kau tumbuk muka aku sekali lagi." cabarnya penuh lagak. Rezza pantas menggeleng. Sebelah tangannya menyentuh perut yang terasa senak. Cukuplah sekali dia dah kena. Inipun dah sakit apatah lagi jika ditendang sekali lagi mungkin patah riuk tubuhnya dikerjakan.

"I said... mash me again!" Kolar baju T shirt Rezza dicekak kuat. Sampai terangkat tubuhnya. Terkial-kial kaki yang menjengkit cuba menstabilkan badan yang terhuyung-hayang.

"Kau jangan ajak aku bermain dengan kau, kalau kau tak nak berakhir dengan kematian." Bisik lelaki itu dengan rahang bergerak-gerak menahan amarah. Berderau darah Rezza mendengarnya. Ayat lelaki itu satu ugutan atau amaran?

"Kau cuma bernasib baik sebab kau adik Nayra."

"Kenapa dengan Nayra?" Dalam sakit-sakit sempat lagi Rezza bertanya. Dia betul-betul tak faham. Apa hubungan lelaki ini dengan kakaknya?

Secarik senyuman menyenget muncul di bibir lelaki itu. "Because I want her so much. Only her. Tak termasuk keluarga dia yang tak terurus macam kau. Sekarang aje aku akan hormat kau, tapi bukan selepas ni."

"Kau gila ke?"

"More than that." Terus tubuh Rezza ditolak kasar sehingga jatuh ke atas lantai. Tak sempat dia mengelak, kepala sudah terhantuk ke meja. Rezza mengerang sakit. Lelaki itu menjeling. Malas nak ambil peduli. Dia terus memusing ke belakang, melihat secawan air yang dipesan tadi sudah pun diletakkan di atas kaunter. Staf perempuan itu juga tidak berani ingin memanggil namanya. Tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhatikannya, dengan selamba dia melangkah ke arah kaunter mencapai air yang di oder tadi.

Ditilik sebentar nama yang ditulis pada cawan itu. NAYRA. Dia senyum dan kembali memandang wajah staf perempuan itu yang sudah pucat, ketakutan. Takut salah eja pula. Mampus!

"Thanks." ucapnya. Kemudian, anak mata melilau mencari cermin mata yang terpelanting tadi. Oh di bawah meja sana! Lekas dia berlari mendapatkan kaca mata yang berada di bawah meja. Dibelek depan dan belakang. Mujur tiada sebarang keretakan pada cermin. Hujung baju ditarik lalu mengelap habuk yang melekat pada cermin matanya. Ditiup dan dilap beberapa kali sebelum dipakai.

"Ingat. Cuma kali ni sahaja aku lepaskan kau." usai memberi amaran kepada Rezza, dia terus keluar dari kafe itu seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi.











HARI berganti malam, usai membersihkan diri. Nayra mengenakan pyjamas berwarna biru. Dia melangkah ke arah meja solek lalu melabuh punggung di hadapan cermin. Krim malam dicapai lalu disapu pada muka dan diikuti pula dengan serum pelembab. Bab penjagaan kulit, memang kena jaga betul-betul. Kemudian, Nayra mencapai tuala seraya mengelap rambut yang masih basah.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now