Bab 11

50.9K 3.9K 490
                                    

                         PINTU kaca ditolak perlahan, Nayra menapak masuk ke dalam kedai serbaneka 24 jam. Tiada orang lain kecuali staf lelaki yang berada di kaunter pembayaran. Jam pun  menunjukkan pukul 9 pagi. Masih awal. Lagipun, semalam Puan Nora Elena ada kata yang pemandu peribadinya bakal menjumput aku di sini. Jadi, aku harus menyiapkan diri dan sarapan awal-awal supaya tak kelam-kabut.

Waktu pagi begini, jarang ada kedai makan yang sudah buka. Kalau ada pun, jauh nun di sana. Baik aku beli makanan di kedai serbaneka ini sahaja. Ada macam-macam jenis makanan segera. Ketuhar makanan pun ada untuk dipanaskan. Malahan ruang makan pun turut disediakan di bahagian kanan. Selepas beli, boleh terus makan dan duduk di meja.

Sandwich berintikan tuna dan setin minuman Soya dicapai lalu aku terus menuju ke kaunter pembayaran.

"Total Rm7.50."ucap staf lelaki itu. Lantas, Nayra menghulur sekeping Rm10 kepadanya. Staf lelaki itu mengambil dan mengembalikan baki semula.

"Seorang je?" tanya Staf lelaki itu. Nayra angkat muka memandang wajah staf itu dan mengangguk.

"Ya, seorang aje." Balas Nayra. Entah mengapa Staf lelaki itu tanya yang dia berseorangan atau berdua? Mungkin sekadar ingin tahu.

"Bukan dengan teman lelaki?" soal dia lagi. Saat ini kening Nayra sudah berkerut tidak faham. Mata staf lelaki itu tak lepas dari memandang skrin komputer menayangkan rakaman CCTV yang sedang berjalan sekarang. Memaparkan beberapa tempat yang berbeza. Satu diluar kedai, satu di kaunter, satu di bahagian ruang makanan segera dan satu lagi dibahagian air. Akan tetapi, matanya tertumpu pada satu figura lelaki yang memakai hoodie berdiri di luar kedai, seolah-olah sedang menunggu seseorang keluar. Gayanya seperti seorang pencuri. Mungkin jika Nayra keluar sekarang, lelaki itu akan terus meragut beg tangan yang Nayra bawa.

"Saya cuma datang seorang. Kenapa?" soal Nayra masih lagi bingung. Staf lelaki itu mengalih perhatian kepada Nayra.

"Macam ada seseorang tengah tunggu awak dekat luar. Saya ingat awak datang dengan teman lelaki. Kalau dia bukan teman lelaki awak, mungkin awak patut stay dulu dalam kedai ni sampai dia pergi."

"Lelaki? Mana?"

"Ini dekat CCTV ada tunjuk.... eh?" Dia tergamam sejenak. Susuk tubuh yang sedang berdiri di luar kedai tadi sudah pun menghilangkan diri. Ah, rasanya dia dah salah sangka.

"Mana dia?" Soal Nayra sambil menjenguk ke arah skrin komputer yang menayang rakaman CCTV. Tak nampak apa pun, selain dirinya dan si penjaga kaunter itu.

Dia tersengih sambil menggaru kepala. "Mungkin saya silap. Dia nak berteduh aje kot?"

Nayra geleng kepala. Haih, buat aku risau sahaja tadi. Mati-mati aku ingat ada orang sedang intip aku. "Awak ni lain kali janganlah mudah syak sesuka hati."

"Bukan macam itu. Dekat sini sebenarnya pernah terjadi kes samun. Saya risau kalau awak pula yang jadi mangsa keseterusnya nanti. Lagipun, awak seorang diri aje kan? Bahaya."

"Danger will never come if I'm here."sampuk suara garau itu secara tiba-tiba. Serentak Nayra dan Staf lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah lelaki yang memakai hoodie hitam yang baru sahaja menapak masuk ke dalam kedai.

Kening Nayra bertaut.

"Yan?" Nayra meneka. Dia hampir sahaja tak cam yang lelaki itu adalah Yan apabila mengenakan hoodie. Hanya kaca mata yang dipakai lelaki itu meyakinkan Nayra bahawa dia adalah Yan. Pakaian serba hitam yang dikenakan oleh lelaki itu memang nampak macam seorang pengintip.

"Eh, encik inilah yang berdiri depan kedai tadi kan?" Staf lelaki itu menegur.

Yan mengangguk kepala. "Yeah, it's me. I'm so sorry. Nampak macam pencuri ke? Saya sebenarnya tengah tunggu kawan saya. Dia janji nak datang sini. Tapi batang hidung pun tak nampak." Ujar Yan, memberitahu perkara sebenar mengapa dia berdiri di hadapan kedai tadi. Boleh jadi itu satu alasan atau satu penipuan untuk menutup hasrat sebenarnya.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now