51

35.9K 3.2K 158
                                    

                             “BOSANNYA..." keluhku perlahan. Tak tahu ingin buat apa di dalam rumah besar ini. Hanya tahu makan, selepas itu balik ke bilik, mandi dan keluar semula untuk makan. Begitulah jadual yang aku harus tempuh pada hari-hari yang akan datang tak lama lagi.

Kalaulah ada telefon, boleh juga aku buka permainan video. Tidak pun... hubungi Mel atau Elly? Khabar mereka pun langsung tak dengar selepas meninggal kawasan ini. Apa agaknya yang mereka lakukan sekarang?

Mungkin hidup bebas dan bahagia.

Bagaimana pula dengan emak dan adik-adik? Mereka tak risaukah tentang aku?

Dan ketika kepala mendongak memandang ke arah cermin yang bertentangan denganku, terkejut aku dibuatnya saat figura lelaki itu terpacak di belakangku seperti patung. Tak berkutik. Matanya pula tepat merenung ke wajahku yang jelas pucat. Entah sejak bila dia berada di  belakang. Aku pun tak sedar. 

"Awak..."aku menghela nafas. Nak luruh jantung dibuatnya. Mengapalah si Brayan ini suka sangat muncul macam hantu dalam filem?

"Bi... Bila awak balik?" Soal Nayra, hanya memandang ke arah cermin yang menampakkan lelaki itu sedang bergerak ke hadapanku sekarang. Ada sebungkus beg plastik ditangan. Dia letakkan ke atas meja, sebelum kerusi ditarik melabuh punggungnya di situ. Menghadapku.

"Pukul 2:35 tadi." Katanya.

Terus aku dongak melihat jam di dinding. Sudah 10 minit rupanya dia ada di sini! Aku kembali berpaling memandangnya. Sekejap!

Mengapa Brayan pakai kaca mata? Setahu aku... oh, tidak! Dia Aryan. Kenapa lambat sangat aku menangkapnya?

Tiba-tiba suasana terasa canggung pula. Apatah lagi apabila teringat kejadian di hospital semalam. Lagilah buat hatiku tak berhenti berdebar dengan hebat. Janganlah dia ungkit, tolong! Bisik hatiku berkali-kali. Takut.

"Nayra..." Panggilnya.

Entah kenapa tiba-tiba bulu romaku naik. Terpinga-pinga aku memandang dia dengan muka tanda tanya.

"Do you hate me?" Soalnya.

Aku terdiam. Pandangan Aryan kali ini seolah-olah sedang merayu kepadaku untuk berkata benar. Tapi, kalau aku jujur rasanya selamat tak?

"Kenapa awak tiba-tiba tanya soalan macam tu?"

"Because you always slap me." Jawabnya, laju.

Alamak! Aku gigit bibir. Nak jawab apa sekarang? Andai kata aku boleh berjalan waktu ini, sudah lama aku pecut langkah seribu daripada sini!

Dia tarik nafas dan bergerak sedikit ke hadapan sebelum bersuara semula.

"Tell me, Nayra... Kenapa awak lebih suka jumpa Brayan daripada saya?" Soal Aryan lagi. Dia memandangku dengan pandangan redup. Sedangkan aku masih lagi diam tak menjawab. Entah mengapa lidah tiba-tiba terasa kelu.

"Semuanya sebab saya berkasar dengan awak ke sebelum ini?" dia tak berhenti menyoal.

Aku geleng kepala. "Tak. Bukan sebab itu."

"Habis?"

Aku mengeluh. Mungkin aku patut jujur supaya lelaki itu tidak lebih mengamuk. Daripada aku diam, nanti tak pasal-pasal suara dia pula yang meninggi.

"Sebab awak lukakan Brayan." Jawabku, ringkas. Aryan berdecik begitu sinis. Dia bersandar pada belakang kerusi sambil kedua belah tangannya memeluk tubuh. Matanya masih tak berkalih memandangku.

"Jadi kau sanggup gantikan aku dengan dia hanya kerana sebab itu? Kau dah jatuh cinta pada Brayan huh?" Soal Aryan dengan suara tidak puas hati.

Jatuh cinta? Dia fikir senangkah untuk jatuh cinta kepada orang yang telah merubah hidupku sejak kehadirannya? Aku yang dulunya elok, sihat kini terpaksa duduk di atas kerusi roda 24 jam atas angkara si dia. Bolehkah aku jatuh cinta secepat itu?

Aku geleng kepala. Sudah tentu tidak!

"Ini bukan soal cinta. Tapi... tentang awak dan dia. Bukan senang saya nak suka dan bencikan diri awak dalam masa yang sama! Kalau saya layan awak dengan baik, Brayan akan mengamuk. Kemudian, jika saya layan Brayan dengan baik, awak pula yang tidak puas hati. Saya cuma... tak nak buat diri awak terseksa hanya kerana saya. Saya tak nak awak bergaduh dengan diri sendiri. Awak patut berbaik dengan Brayan, supaya saya tak perlu buat begini kepada awak..."

"Berbaik?" Aryan menjuih bibir dengan muka mengejek. Ada gelak tawa halus dibibirnya. Tak lama. Kemudian, mukanya kembali berubah serius.

"Nayra... awak patut tahu sesuatu, saya dah banyak bantu Brayan sepanjang hidup dia. Kalau tak kerana saya, hidup Brayan akan terus terperangkap dalam dunia yang kejam dulu." Ujar Aryan. Lantas, dia bangun dari kerusi berjalan menuju ke arah potret besar yang tergantung di dinding. Tangannya pula bergerak membelek barang-barang antik yang tersusun kemas di atas kabinet sepanjang laluan.

Aku sekadar memerhati sambil memasang telinga.

"Dia, bukan seorang yang pandai berterima kasih." Sindir Aryan. Kakinya kini berhenti dihadapan potret besar itu. Menatap gambar dirinya bersama dua orang tua itu. Kemudian, bibirnya tersenyum senget.

"Masih belum cukup baik ke, saya dah jauhkan orang tua kejam ni daripada hidup dia?" Soal Aryan, tanpa menoleh ke belakang.

Sedangkan aku masih lagi diam. Tak punya jawapan. Namun, lebih tertanya-tanya apa yang Aryan lakukan kepada dua orang tua itu sehingga mereka menjauh dari Brayan? Dan pasti ada sebab yang kukuh mengapa Brayan tidak pernah berterima kasih kepada Aryan atas kehadiran dia yang telah mengubah nasibnya 360 darjah.

"Ap... Apa yang awak buat?" dalam takut, tetap juga mulutku berani ingin menyoal.

Jelas. Ada senyuman penuh misteri di bibir lelaki itu sebelum dia perlahan-lahan memusing memandangku. Pinggangnya disandar pada kabinet, sambil sebelah tangannya mencapai pisau kecil yang juga menjadi perhiasan di situ. Tangannya bermain dengan pisau itu, lincah sekali. Tetapi aku pula yang risau jika bahagian tajam itu terkena pada kulitnya.

"Hmm...what have I done?" Soalnya.

Dan aku pasti, soalan itu bukan untuk aku. Tetapi kepada dirinya sendiri.

"Maybe... you should ask Brayan."

ZRAPP!!

"Arghh!" Aku terjerit kecil. Pantas kedua-dua tanganku bergerak menutup mulut yang terlopong. Mataku terbeliak. Luas. Terkejut dengan perbuatannya yang tiba-tiba menoreh tapak tangan sendiri. Laju. Sehingga aku sendiri tidak sempat menahannya. Darah pekat mula  menitis-nitis jatuh ke lantai.

"Erghh..." dia mengerang sakit. Kepalanya tertunduk memandang luka ditapak tangan kanannya.

"Apa aku buat ni?" Soalnya, penuh kebingungan. Langsung tak sedar apa yang sedang berlaku. Tahu-tahu sahaja tangannya terasa pedih.

"Brayan?" Aku cuba menebak namanya. Dan, lelaki itu angkat muka memandangku. Tanda respon. Benarlah, dia Brayan. Tak tunggu lama, laju tanganku menolak roda kiri dan kanan menuju ke arah laci meja. Tidak silap, ada kain di situ. Jumpa sahaja kain yang kucari itu terus aku bergerak ke arah Brayan.

"Mari sini tangan awak." Pintaku. Lantas, tangan Brayan ditarikku perlahan. Dibalut dan diikat kemas agar pendarahan itu boleh terhenti. Entah mengapa aku pula yang risau melihatnya. Tetapi Brayan kelihatan tenang sahaja seolah-olah sudah terbiasa dengan semua ini.

Dan tiba-tiba, tanganku yang sedang membalut itu disentuhnya. Semerta perbuatanku tadi terhenti. Kepala mendongak memandangnya yang juga menatapku dengan penuh bimbang. Perlahan-lahan tangan yang dibalut kain itu terangkat menyentuh wajahku. Dapat aku lihat, sepasang anak mata hijaunya turut bergerak-gerak ke sekitar wajahku seperti mencari sesuatu.

"Aku... Aku ada lukakan kau ke?" Soal Brayan dengan suara bergetar. Mukanya turut berubah gelisah. Takut jika sewaktu dia tidak sedar tadi, dia telah menyakiti wanita di hadapannya sekali lagi.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now