64

30.6K 2.6K 576
                                    

                    PEJAM celik pejam celik, takku sangka masa sepantas ini. Kamera daripada tadi tak berhenti bunyi berklip. Mataku sudah sakit menahan silau cahaya kamera saat gambar kami berdua ditangkap. Bibir juga tak lekang dari senyuman selama beberapa minit. Brayan juga nampak gembira hari ini. Semasa menangkap gambar, tanganku tak lepas dari pegangannya. Ya benar, hari ini aku sudah rasmi menjadi milik Brayan Alpha Herman.

Majlis diadakan secara tertutup di sebuah dewan hotel lima bintang. Yang dijemput pun orang-orang ternama dan pekerja-pekerja di syarikat korporat milik Brayan. Tidaklah ramai mana, namun cukup sekadar memeriahkan majlis.

"Okay, done!" Ucap si photographer itu. Akhirnya, selesai juga dia mengambil gambar. Aku mengeluh lega.

"Are you okay, Nayra?" Soal Brayan, ada kerisauan terpamer diriak wajahnya saat dia menoleh memandang mukaku yang jelas kepenatan.

"Okay aje. Penat sikit." Balasku. Baru sahaja aku lihat bibir Brayan terbuka ingin mengatakan sesuatu tiba-tiba ada suara lain yang mencelah. Serentak pandangan aku dan Brayan menoleh ke arah beberapa lelaki tua yang menghampiri ke arah kami. Aku pasti mereka golongan Dato' dan Tan Sri. Lihat pada pakaian pun sudah tahu orang kaya.

Brayan automatik tersenyum mesra menyambut tetamu. Dia bingkas bangun dari pelamin lalu berjabat tangan dengan mereka sebagai tanda hormat.

"Congratulations, Brayan. After many years you finally got married." Puji orang tua itu dengan gelak tawa.

"Yeah, Thank you for coming, Dato' Khairul. Tan Sri Zahid and Tan Sri Adam" Ucap Brayan, masih lagi tersenyum lebar.

Orang tua yang digelar Dato' Khairul itu menjenguk sekilas kearahku yang masih duduk di pelamin. Aku hanya mampu menyapa dengan senyuman walaupun jelas nampak kekok di situ. Kemudian, dia berpaling memandang Brayan pula.

"Kenapa dia tak bangun dari pelamin? Dia tak nak sambut kedatangan kami ke?"

"Oh, kaki dia sakit. Dah boleh berjalan sikit-sikit tapi doktor lebih nasihatkan untuk duduk dari berjalan. Itupun masih guna tongkat." Ujar Brayan, menceritakan tentang keadaanku kepada orang tua itu.

Ya, sebelum tiba ke hari perkahwinan ini Brayan sudah mengupah seorang doktor peribadi buatku untuk belajar berjalan semula. Mula-mula agak payah dan kurang keyakinan diri sewaktu hendak jejakkan kaki ke tanah. Lama-kelamaan aku semakin terbiasa sehingga mahir menggunakan tongkat. Itupun, aku masih perlukan bantuan Brayan untuk memapah sepanjang jalan supaya tidak jatuh.

Terangguk-angguk Dato' Khairul mendengarnya. Dia jeling lagi kearahku dari atas sampai ke hujung kain gaun yang labuh kupakai. Sinis sekali.

"Kadang saya pelik juga dengan awak, Tuan Brayan. Saya rasa awak ada banyak pilihan untuk pilih yang lebih sempurna. Dia nampak biasa sangat untuk awak.  But it's okay... ia pilihan awakkan?"komen Dato' Khairul tanpa Brayan bertanyakan apa-apa pendapat. Dia gelak lagi. Penuh angkuh.

"Dato' tak sepatutnya cakap macam itu." Tegur Tan Sri Adam.

"What? Saya seorang yang jujur aje."

Kini aku sedar riak muka Brayan mula bertukar sedikit. Mungkin tidak suka dengan cara orang tua itu mempertikaikan pilihan hatinya. Namun, Brayan masih lagi mampu mempamerkan senyuman. Walaupun jelas ia satu kepalsuan. Sebelah tangan Brayan naik menyapa bahu orang tua itu. Ditepuk-tepuk berkali-kali sebelum dia membuka suara.

"Don't say that to my wife. Respect my wedding or please get out from here." Bisik Brayan. Lembut tetapi menghalau. Terdiam terus Dato' Khairul apabila dia disinis begitu di hadapan dua rakan sekerjanya.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now