Bab 49

34.9K 2.9K 203
                                    

                      THIS is wrong..." Dengan pantas pen di atas meja dicapainya lalu membetulkan kesalahan yang dapat ditangkap pada fail yang dihantar kepadanya untuk diteliti. Sambil tangannya menari-nari diatas kertas, mulut juga turut bergerak memberitahu dimana kesalahan yang dia jumpa kepada pekerja wanita itu.

Tatkala sepasang mata wanita itu pula tak lari daripada  menatap ketampanan lelaki dihadapannya. Apa yang diterangkan langsung tak masuk ke telinga. Terbuai seketika. Dalam diam dia tersenyum sendiri. Sebaliknya, dia sengaja biarkan beberapa kesalahan disitu agar dapat bersemuka dengan Tuan Brayan. Lagipun, inilah tektik pekerja-pekerja wanita disini untuk mengambil kesempatan duduk berdua di dalam bilik kerja walaupun cuma untuk beberapa detik. 

"Are you understand?" Soal Brayan, dia menoleh memandang pekerja wanita yang langsung tak berkelip.

"Hey, I ask you... understand or not?" Tekan Brayan lebih keras. Terpinga-pinga wanita itu mengangguk kepala biarpun dia tidak faham.

"Fa... Faham, Tuan Brayan." Ucapnya sambil tersengih.

"Don't smile at me, get out." Halaunya. Fail ditutup lalu ditolak kearah pekerja wanita itu. Tertunduk-tunduk dia meminta maaf sebelum fail itu dicapai dibawa pergi bersama. Namun, tetap ada senyuman ceria dibibir saat dia berpaling ke lain. Kena marah pun seronok!

"Eh, eh senyum-senyum... sawan ke apa minah tu?" ejek Teo. Menyampah pula setiap kali terserempak dengan pekerja wanita yang baru keluar dari bilik kerja bosnya bakal tersenyum seperti kerang busuk. Gatal dan perasan! Tunggulah, bos kahwin nanti, menangis air mata darah korang semua! Omel Teo di dalam hati.

Lantas, dia bangun dari meja kerja bergerak menuju ke bilik yang jelas tertulis nama Tuan Brayan. Diketuk dahulu sebelum dia melangkah masuk. Kelihatan bosnya sudah bersandar di kerusi sambil membelek bingkai gambar teman kekasihnya.

"Tuan, saya dah buat apa yang Tuan suruh tu." Kata Teo sambil menarik kerusi di hadapan meja Brayan lalu melabuh punggung di situ.

"Ada aku suruh kau duduk?"

Lekas Teo berdiri. Alahai, lupa pula nak minta izin.

"Boleh saya duduk, bos?" Pinta Teo dengan penuh sopan dan lembut. Brayan angguk kepala. Barulah dia boleh letak punggung dengan selesa.

"Terima kasih." Ucap Teo.

"Apa yang kau nak cakap tadi?" Soal Brayan, tak menoleh memandang Teo. Anak matanya masih melekap pada bingkai gambar yang dipegang. Melihat gambar Nayra, buatkan dia rasa nak balik sekarang juga. Mahu melihat wajah wanita itu seperti mana yang dia lakuka  sebelum ini. Tak dapat lihat depan-depan, dengan cara godam telefon pintar Nayra pun dia boleh lihat apa yang wanita itu buat dari jauh. Namun apakan daya, dia harus tahan perasaan itu buat seketika.

"Tentang kahwin tu, sebenarnya saya dah siapkan semua benda. Bulan depan bos dah boleh kahwin dengan dia. Itu sahaja tarikh yang paling cepat saya boleh dapatkan untuk bos."

"Sebulan. Bagi aku terlalu lama."komen Brayan.

Teo mengeluh.

"Bos, sekarang ni pejam celik pejam celik dah sebulan. Tak rasa lama pun. Lagipun, bukannya dia boleh lari dari bos pun. Bos dahlah kaya, pandai, ada syarikat, ada museum patung, ada macam-macam benda yang 1 juta lelaki dekat luar sana pun belum tentu ada seperti bos. Rugi kalau dia tak kahwin dengan Tuan Brayan Alpha Herman. Tak cukup dengan itu, dapat suami dua dalam satu pulak tu! Kalau merajuk dengan bos, dia boleh mengadu dengan Aryan... tak ke best?"

Melambung-lambung pujian diberikan kepada lelaki itu sehinggakan tak sedar ada yang terlepas kata dari mulutnya. Tanpa sedar, Brayan sudah merenung ke arah dia seperti hendak ditelannya hidup-hidup.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now