77

28.3K 2.5K 985
                                    

                     JARI telunjukku tidak habis-habis mengetuk mangkuk berisi pek ais yang semakin mencair. Setelah beberapa minit berlalu, pancuran air yang jatuh mengena lantai tidak lagi kedengaran. Menandakan Brayan sudah habis menyucikan diri. Ah, aku jadi makin tak senang duduk.

Lantas, aku bangun dari duduk di atas katil. Mangkuk pek ais masih dipegang. Entah mengapa aku jadi gugup sangat.

"Why are you standing at there?" Tegur Brayan dari belakang. Pintu bilik air juga kedengaran tertutup pada masa yang sama. Aku terus pusing ke belakang dengan senyuman ikhlas ingin merawat lebam di tubuhnya. Namun, semua itu hilang sekelip mata saat terpandang dia yang tidak berbaju. Hanya mengenakan seluar panjang berwarna coklat gelap.

Kening Brayan berkerut apabila melihatku yang kaku tak bergerak. Sambil tangannya menggosok tuala pada rambut, kaki bergerak mendekati. Kini, dia berhenti betul-betul dihadapanku. Aku telan air liur bila terpandang dada bidangnya itu. Cepat-cepat aku dongak kepala melihat ke matanya untuk hilangkan rasa debaran di dada.

"Are you okay?" Soal Brayan lagi apabila aku diam tak bersuara. Wajahnya jelas menunjukkan kerisauan. Lantas, sebelah tangannya naik menekup pipi kiriku yang sudah mula membahang. Malu.

"Sa... Saya okay." tergagap-gagap aku menjawab. Mata masih tidak berani hendak mencerun ke bawah. Lebih rela menatap anak mata hijau milik Brayan. Dia tunduk sekilas melihat mangkuk ditangan.

"Apa yang kau pegang tu?" Soalnya, kembali mengangkat wajah memandangku menantikan penjelasan.

Oh! Aku hampir lupa tentang itu. Terus mangkuk berisi Pek Ais itu diangkat ditunjuk ke arah Brayan.

"Pek ais. Saya cadang nak tolong tekapkan dekat kesan lebam tadi. Salah saya sebab semua ni berlaku jadi saya kena bertanggungjawab." Ujarku dengan bersungguh-sungguh.

Brayan terdiam seketika. Namun tak sampai berapa saat, dia meletuskan tawa. Kain tuala yang disangkut pada lehernya ditarik lalu dilipat menjadi kecil.

"Aku ingat apalah tadi... you're so cute when you feel guilty." ejeknya sambil hidung mancungku dicuit sebelum dia melangkah ke sebelah kiri ingin menyimpan kain tuala yang digunakan tadi. Tatkala aku hanya memerhati si dia yang kini sedang membelakangi aku.

"Don't worry, Nayra. Aku tak salahkan kau pasal lebam ni. Kan aku dah cakap dekat restoran tadi, semua ni bukan salah kau tapi salah Doktor Maira. Kau tak perlu bertanggungjawab pun." katanya.

Namun aku tetap menggeleng tidak setuju. Dia mempertahankan aku daripada terkena balingan batu, jadi tetap salah aku juga! Lantas aku  terus berjalan menghampirinya, sebelah tangan Brayan digapai lalu ditarik mengikut aku sama-sama menuju ke katil dan melabuh punggung di situ.

"Tapi awak dapat lebam banyak disebabkan saya. Awak terpaksa batalkan perjumpaan dengan VVIP pun disebabkan saya. Jadi memang salah saya." Tegasku. Tetap tidak mahu mengalah. Mungkuk tadi diletakkan ke atas meja. Bahu lelaki itu ditarik agar memusing menghadapku. Tanpa menunggu lama, terus aku tekapkan pek ais itu pada kesan lebam ditubuhnya dengan berhati-hati dan lembut.

"Maaf kalau ada rasa sakit sikit..." Rayuku. Malah dia hanya tersenyum kecil. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi sakit, bahkan hanya merenung aku. Lama.  Menyebabkan jiwa kali ini rasa sedikit resah.

"Sekarang aku dah boleh yakin..." dia bersuara perlahan. Sesekali tangannya naik menyentuh rambutku lalu disebak ke belakang telinga. Matanya masih lagi merenung. Tidak beralih ke lain.

"Yang kau cintakan aku juga." sambung Brayan.

Semerta menghentikan perbuatanku. Perlahan-lahan aku langut kepala, memberanikan diri untuk membalas pandangannya. Dia tersenyum lagi. Buat seketika aku terpesona dengan senyuman ikhlas yang baru dilhat sebentar tadi. Tanganku yang masih berada di dadanya ditarik lembut lalu pek ais yang berada di dalam genggamanku diambilnya.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now