71

28.6K 2.5K 351
                                    

                        DI sebuah restoran agak terkenal, aku hanya memeluk tubuh memerhati Aryan yang sedang menjamu selera di hadapan. Hampir separuh pinggan nasi goreng telah disuap ke dalam mulut manakala aku pula langsung tidak menyentuh hidangan yang berada di depan mata. Mataku tumpu melihatnya namun fikiran melayang ke lain pabila teringatkan kata-katanya di tempat kerja tadi.

“Brayan juga seorang
yang manipulative."

Ya. Ayat itu tidak habis-habis berlegar-legar di kepala. Automatik aku teringat apa yang berlaku semasa kejadian cuba melarikan diri daripada Brayan dahulu. Bagaimana cara dia memperbodohkan orang sekeliling bahawa aku isterinya. Bagaimana dia mampu menitiskan air mata dalam masa yang singkat dan juga reaksi muka yang ditukar-tukar agar mereka yang melihatnya bersimpati.

"Kenapa tak makan?" Tegur Aryan, dia mengangkat muka memandangku. Semerta mematikan lamunan.

Aku menggeleng perlahan. Wajahku paling ke lain. "Tak Ada selera..."

Dia mengecilkan mata merenung wajahku mencari kejujuran. Kain napkin yang tersedia di atas meja dicapai lalu dilap pada bibirnya yang sedikit comot sebelum dia bangkit dari tempatnya menuju ke ruang kosong di sebelahku. Melabuh punggung di situ.

Bawah kerusiku ditarik mendekat. Terkejut aku dibuatnya.

"Eh awak buat apa ni?" Soalku, sempat lagi memandang ke sekeliling. Mujur tiada orang yang melihat.

"Muka awak tak nampak macam tak ada selera. Saya bukan seorang yang mudah tertipu. Saya pandai baca reaksi muka orang." Katanya lalu menarik pinggan spaghetti milikku kearahnya. Diceduk sedikit lalu disua ke arah mulutku.

"Buka mulut. Aaaa..."

"Aryan..." Perlahan aku menepis suapannya. Benar, aku bukannya tak ada selera tetapi aku tak rasa boleh makan dalam keadaan fikiran serabut sekarang.

Aryan mengeluh kecil. Dia meletakkan garfu tadi ke pinggan semula sebelum memusing menghadapku.

"Why? Tell me." Dia sedia memasang telinga untuk mendengar luahan daripadaku.

"Macam mana awak boleh wujud dalam diri Brayan?" Entah mengapa dalam banyak-banyak soalan, itu juga yang terpacul keluar dari bibirku. Aku memandangnya penuh harapan. Mengharapkan dia benar-benar bakal memberi jawapan.

Aryan menjuih bibir. Ada gelak tawa sinis dihujungnya. Namun kepala tetap terangguk-angguk menunjukkan dia akan menjawab.

"Saya wujud waktu dia sedang menangis seorang diri dalam bilik. Kami masih kecil waktu tu. Tiap-tiap hari saya nampak dia kena marah, kena pukul dengan mak bapak dia. Jadi saya cuba untuk buat dia gembira. Saya cuba untuk hapuskan derita dia..."

"Tapi kenapa awak dengan dia saling membenci kalau perbuatan awak seolah-olah baik?" Cantasku. Mulai curiga dengan ceritanya.

Sekali lagi Aryan tersenyum sinis.

"Sebab saya tak pernah sokong apa yang dia buat. Begitu juga dengan Brayan." Balasnya.

Aku mendiam.

"Well... you know? Bila seseorang sedang tertekan dan ditambahkan lagi terkanan apa yang akan jadi? Oh! Brayan pernah cerita tentang music box dia?"

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now