58

33K 2.8K 321
                                    

                      SEMASA perjalanan pulang ke rumah agam milik Brayan. Aku lihat rintik-rintik hujan mula turun sedikit demi sedikit mengena cermin kereta. Terasa kenderaan yang bergerak laju mula bertukar gear kepada perlahan. Keadaan jalan raya sewaktu basah agak licin, jadi pemandu lebih harus berhati-hati. Pokok-pokok pine disepanjang jalan turut bergerak-gerak apabila ditiup angin. Jelas bakal jadi hujan lebat tak lama lagi.

Sedang leka aku megamati rintik hujan ke luar cermin kereta, tiba-tiba terasa tubuh belakangku diselimut dengan coat tebal yang menghangatkan. Aku terpempan sejenak sebelum menoleh kepala ke arah Brayan yang duduk disebelah sedang tunduk menatap skrin telefon canggihnya.

"It's gonna be cold." Ujar Brayan tanpa memandang kearahku. Sebelah tangannya yang memegang pen lincah bergerak-gerak diatas skrin seperti sedang melakar sesuatu. Mukanya tampak serius dan fokus.

Namun, entah kenapa aku pula yang rasa serba-salah apabila melihat dia yang hanya mengenakan T shirt Turtleneck berwarna coklat gelap. Dia pun pasti akan kesejukan sama.

"Tapi inikan coat awak? Saya boleh aje tahan sejuk." balasku semula. Baru sahaja tanganku ingin menarik coat tebal itu dari tubuh tiba-tiba suara Brayan menjengah ke telinga. Semerta pergerakanku terhenti.

"Coat tu ada kesan air coklat tadi. Aku tak berapa nak selesa pakai walaupun ia dah kering. Jadi, pakailah."

"Betul ni?" Aku menyoal sekadar ingin memastikan dan lelaki itu hanya mengangguk kepala tanda benar. Kalau itu yang dikatakan, tak apalah... lantas aku jatuhkan tangan ke riba semula. Posisi kedudukan diperbetulkan sedikit agar lebih selesa. Coat yang berada ditubuh pun ditarik-tarik ke tengah.

Barulah aku rasa sedikit hangat.

Kemudian, aku dengar Brayan mendengus seolah-olah tidak puas hati. Sekali lagi perhatianku teralih kearahnya. Laju tangan dia bergerak membuka dashboard yang berada di belakang kusyen pemandu mencapai kotak kaca mata. Lantas, kaca mata petak berwarna hitam itu dikeluarkan lalu dipakai sebelum dia tunduk sambung melakar semula.

Dahiku automatik berlapis. Tak tahu mengapa, tapi aku rasa seperti ada yang tidak kena.

"Awak... pakai cermin mata?"

Tangan Brayan yang lincah bergerak di atas tab skrin semerta terhenti apabila mendengar teguran daripadaku. Lama dia diam tak bergerak. Matanya masih tumpu ke arah skrin yang bercahaya. Dia kaku.

Tatkala aku masih lagi memandangnya dengan penantian jawapan.

Kemudian, hujung bibir Brayan mengherot sedikit. Perlahan-lahan dia tegakkan badan. Bersandar pada belakang kusyen dengan tenang. Setelah itu barulah dia pusing kepala menghadapku dengan satu senyuman aneh.

"Aku ada silau." Jawabnya sepatah sambil menayang skrin yang bercahaya tinggi kepadaku.

"Oh..." Itu sahaja yang terluah dibibirku dengan kepala terangguk-angguk. Faham. Patutlah. Cerah sangat skrin telefonnya sehinggakan aku yang lihat pun rasa sakit mata. Tetapi bukankah cahaya pada skrin telefon boleh dikurangkan? Ah! Kenapa aku perlu fikir semua perkara tu? Mungkin dia kurang jelas melihat lakaran yang dibuat sebab itulah dia memperkuatkan cahaya.

"Kenapa? Kau fikir aku Aryan?" Soal Brayan, birai bibir sipi-sipi menyenget. Skrin dimatikan. Telefon canggih itu diletakkan ke tepi. Lupakan sebentar tentang kerja yang dia sedang lakukan dan kini dia mahu fokus kepada Nayra pula. Cermin mata turut ditanggalkan lalu dimasukkan ke dalam kotaknya semula.

Dia kembali menoleh memandangku. Merenung dengan anak mata hijau tuanya dengan pandangan tak beriak apa-apa.

Aku tersengih kecil. Tipulah kalau aku kata tak terlintas difikiran yang dia adalah Aryan.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now