81

28.7K 2.6K 465
                                    

                       “KENAPA muka awak tak happy bila saya dapat ambil alih?" Tegur Aryan apabila reaksi kosong daripada wajahku. Entah. Aku sendiri tak tahu mengapa aku tak gembira dengan berita ini. Bukankah tadi aku juga yang beria-ia percayakan Aryan? Sekarang, bila Brayan sudah pergi. Apa yang aku rasakan sekarang ialah satu kehilangan.

Kehilangan yang sangat menyakitkan biarpun tubuhnya masih berdiri teguh di hadapanku.

Aryan mendengus kecil. Anak mata dijulingkan ke atas meluat. Tak lain tak bukan, difikiran wanita itu cuma  tentang Brayan. Lantas kedua-dua belah tangannya memegang lenganku agar menatap matanya.

"Just forget about him. Dia tak layak pun untuk hidup! Saya janji Nayra. Saya akan jaga awak lebih baik daripada dia. Saya akan tunaikan apa sahaja yang awak nak. Dan yang paling penting..." Dia mendepakan kedua-dua belah tangan. Kononnya sedang bangga.

"No rules anymore!" Ucap Aryan. Setelah sekian lama, dapat juga dia menyebut ucapan itu.  Akhirnya, peraturan Brayan lenyap ditangannya. Tiada Brayan. Tiadalah peraturan. Dia boleh lakukan apa-apa sahaja. Setiap masa, setiap detik yang berganti tanpa perlu bertukar personaliti.

Bebas. Dia sudah bebas.

Namun wajahku tetap nampak muram. Mengapa aku rasa masih lagi terperangkap di dalam jerat musuh?

"Nayra..." panggilnya meleret. Sekali lagi dia menarik tubuhku memandangnya. Mata kami bertentangan. Namun jelas pandangan Aryan amat berbeza dengan cara Brayan memandangku. Sangat-sangat berbeza. Brayan memandangku dengan penuh rasa cinta tetapi Aryan...

Memandangku seperti ada keinginan yang lain.

"Saya tahu awak akan lebih percayakan saya. Siapa aje yang akan percayakan Brayan, kan? Dia tu cuma pentingkan diri. Asyik nak ikut cakap dia sahaja. Tapi saya janji... saya akan jadi yang lebih baik. I will love you forever and be faithful with you until you die in front of me."  Ujar Aryan, meluahkan ayat-ayat romantiknya. Ditekan ayat terakhir itu seolah-olah ingin aku ingat kata-kata itu sebagai sumpah janji daripadanya.

Namun entah mengapa luahan romantik itu seakan-akan ada maksud tersirat disebaliknya. Seram sejuk pula yang aku rasakan.

Aku masih lagi diam tak bersuara. Membuatkan Aryan mula hilang sabar kerana langsung tidak memberi respon.

"Sejak bila awak jadi bisu ni? Saya tengah cakap dengan awak, kan?!" Cengkaman pada lenganku terus diperkuatkan. Aku tersentak. Mata membulat terkejut dengan tindakannya.
Jantung terus berdegup laju. Riak wajah Aryan kini bertukar garang.

"Dia dah tak ada. Apa yang awak nak teringatkan lagi? Dulu awak jugakan cakap awak tak suka dia? Konon pening kepala tak tahu nak layan mana satu. Sekarang ni tubuh ni cuma saya seorang! Awak nak apalagi?!" Jerkah Aryan. Digoncang tubuhku berkali-kali memaksa aku untuk bercakap.

GULP!

Aku telan air liur. Emosi Aryan sudah tidak menentu sekarang. Aku perlu menenangkan dia semula. Tidak mahu tidak, aku harus lupakan Brayan sebentar dan fokuskan kepada Aryan pula.

"Cukup. Saya dah cukup dengan semuanya. Betul cakap awak, saya cuma kena layan awak seorang aje sekarang... dan lupakan Brayan." Ujarku dengan suara bergetar, takut. Terpaksa mengiyakan segala bicara Aryan.

Kemudian bibir Aryan tersenyum kembali. Terus reaksi wajahnya berubah puas. Tangan yang mencengkam lenganku juga turut bertukar lembut. Sesekali dia mengelus rambut panjangku lalu disebak ke belakang telinga.

"Macam inilah saya suka..." ujarnya.

Lantas aku memejam mata saat satu kucupan dihadiahkan pada dahiku. Biarpun tubuh yang sama tetap aku rasa perasaan yang berbeza.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now