Bab 57

34.3K 2.8K 191
                                    


                    DOMPET dibuka. Satu sen pun tiada. Haish! Rezza mengeluh. Digaru belakang kepala yang tidak gatal. Dia sudah berjanji dengan kawan-kawan untuk lepak malam ini. Kalau tiada duit, nak lepak macam mana? Buat malu sahaja! Lalu, dia terus melangkah keluar dari bilik menuju ke pintu dapur.

Melihat figura emaknya yang sedang duduk di meja makan sambil memicit kepala dengan muka berkerut. Dia datang menghampiri.

"Mak, duit aku habis!" Adunya. Dia melemparkan dompet kosong itu ke meja sebagai bukti.

Puan Fatimah mengeluh panjang. Tangan yang sedang memicit kepala dijatuhkan ke bawah sebelum dia menoleh memandang Rezza di sebelah.

"Kalau engkau tak ada duit, apa kena mengena dengan mak?"

"Lah! Engkau mak aku, kaulah kena bagi aku duit! Lagipun, bukan ke bulan lepas mak dapat duit banyak? Siap boleh shopping sakan lagi!" Ujar Rezza, siap mengungkit lagi kesenangan wanita itu semasa memiliki duit yang banyak. Tatkala Puan Fatimah hanya diam tak berkata apa. Dia tidak tahu bagaimana ingin terangkan. Tapi duit yang diberi oleh Puan Nora Elena tempoh hari sudah habis digunakan mengikut nafsunya. Sangkakan, wang sebanyak itu boleh bertahan selama bertahun-tahun. Malangnya, sekejap sahaja boleh habis jika dipegang oleh tangan yang tak pandai untuk berjimat.

Haih...

Dia menyesal.

Kalau dahulu, dia boleh berharap kepada Nayra untuk bekerja. Tetapi, sekarang Nayra sudah berada dalam jagaan orang lain. Khabar berita tentang wanita itu pun langsung tak kedengaran selepas dia diberi duit. Nak telefon pun, Puan Nora Elena sudah pesan mereka tidak ada apa-apa hubungan lagi.

"Duit semua dah habis."Keluh Puan Fatimah.

Rezza melopong serupa tak percaya.

"Dah habis? Biar betul? Cepatnya!"

"Memanglah cepat. Bukan mak seorang yang guna. Kau pun sama! Tak habis-habis minta duit. Sekarang, satu habuk pun tak ada tinggal! Kalau ada kakak kau, tahu juga dia nak cari kerja. Engkau? Tahu apa? Menyusahkan mak!"

Hendak terbelahak Rezza mendengarnya. Dia menunding jari ke muka sendiri.

"Aku pulak yang salah? Eh, siapa yang bodoh pergi jual anak sendiri dekat jantan berlagak kaya tu?" Hambur Rezza, tidak puas hati. Berdesing telinga emaknya mendengar tuduhan itu. Sudahlah dia sedang tertekan, makin ditambah pula kekusutan di kepala sampai otaknya rasa nak meletup.
Puan Fatimah mengetap bibir. Dia terus bangkit dari kerusi. Menghadap ke arah Rezza sebelum menjerkah.

"Aku tak jual dialah! Pembantu peribadi dia tu yang paksa aku untuk beri Nayra kepada dia! Kalau aku tak bagi kakak kau, kau dengan mak dengan adik beradik kau yang tak bersalah tu sama-sama berhimpit dalam kubur. Kau nak?!"

"Apa yang ada pada Nayra sampai jantan tu tergila-gilakan sangat? Setakat perempuan macam akak tu, tepi jalan pun boleh dapat banyaklah! Entah-entah jantan tu nak dia sebab nak jual? Jadikan pelacur. Lagilah dia dapat untung! Mak tu yang tak fikir panjang."

"Kalau aku tak fikir panjang masa tu sekalipun, apa boleh buat huh? Kau fikir mak kau ni ada pilihan lain daripada terima duit dia? Kalau betul pun kakak kau tu kena jual, dapat juga dia duit. Kita ni? Adik-adik kau tu semuanya mengadu dekat mak barang sekolah asyik tak cukup. Kau mampu ke tunaikan permintaan diaorang huh? Mampu?"

Rezza menjuih bibir. Kepala digeleng yang berkali-kali. Panas pula hati ini apabila Puan Fatimah cuba merendahkan-rendahkan dirinya. Tahulah dia bukan seperti Nayra yang gigih mencari kerja untuk sesuap nasi, tetapi orang tua dihadapannya sekarang pun dua kali lima sahaja dengan dia.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now