Bab 35

41.9K 3.6K 156
                                    

                      TATKALA pintu gerbang itu terbuka, secara perlahan kereta yang dipandu Elly menyelusuri masuk ke dalam kawasan perumahan Tuan Brayan yang luas itu. Tertelan air liurnya saat mengerling ke kiri dan kanan yang hanya dipenuhi dengan pokok-pokok besar. Tak ubah seperti sedang masuk ke kawasan rumah vampire. Berdebar-debar dia dibuatnya.

"Betul ke ini rumah Tuan Brayan?" Elly garu kepala yang tidak gatal. Was-was pula. Takkanlah Tuan Brayan tinggal ditempat sunyi ini. Tapi kalau nak ikutkan GPS, inilah tempatnya.

Kereta diberhentikan. Enjin dibiarkan hidup. Kemudian, Elly mengerling ke arah pintu utama rumah agam yang mewah itu. Kelihatan figura Mel terpacak berdiri di situ bersama beberapa pengawal. Jelas riak wajah Mel pucat gelisah. Lantas, Elly terus keluar daripada perut kereta.

"Mel!"

"Elly!" Mel terus berlari mendapatkan Elly. Kedua-dua belah tangan Elly digenggamnya. Lega hati apabila melihat Elly berada di depan mata.

"Thank you Elly! Thank you so much sebab you sudi datang sini. I tak tahu apa akan jadi kalau you tak datang."

"Tentulah aku akan datang. Kau kan kawan aku! Nayra mana?" Soal Elly, gusar. Sekilas dia menjenguk ke belakang Mel, tercari-cari kelibat Naura. Namun tiada. Hanya beberapa pengawal sahaja yang tercongok di pintu utama itu. Elly kembali memandang Mel.

Mel geleng kepala.

"Kita kena balik tanpa Nayra." Kata Mel.

"Wait... what? Tapi bukan ke..."

"Kita kena balik tanpa Nayra, Elly! You kena dengar cakap I!" tekan Mel, keras.

Kening Elly berkerut tidak faham. Mengapa pula mereka harus tinggalkan Nayra?

"Tapi kenapa? Nayra tu kan kawan kita? Kau tak baca je mesej yang aku bagi dekat kau semalam? Nayra seolah-olah nak kita bawa dia pergi daripada rumah ni! Tapi lepas kita dah sampai sini, kau suruh balik pula tinggalkan Nayra."

"I akan explain dekat you nanti tapi bukan sekarang yang penting kita kena pergi daripada sini."

"Nayra kan ada dekat dalam sana?"

"Enough Elly! Kita kena pergi. Jom!" Tanpa menunggu lama, tangan Elly terus ditarik menuju ke kereta. Tergesa-gesa.



     

                           SUNYI. Cuma jam berdetik sahaja kedengaran di telinga saat Nayra sedang menantikan kemunculan Brayan. Lama pula lelaki itu meninggalkan aku di dalam bilik. Entah apalah yang dia sedang lakukan kepada Mel. Aku harap sangat dia tak apa-apakan Mel setelah aku bersetuju dengan permintaannya. Dan harap juga lelaki itu tidak memungkiri janji.

Kreekk...

Kedengaran pintu bilik ditolak seseorang. Laju aku menoleh ke arah Brayan yang baru sahaja muncul. Ada senyuman gembira dibibirnya saat dia meluru menghampiri ke katil. Seolah-olah ada satu berita gembira buatnya.

"Awak dah lepaskan Mel?" Aku menyoal penuh serius.

"Like I said, I will always listen to you Nayra. Aku takkan mungkir janji jika kau pun tak akan mungkir janji kau."

"Mana buktinya yang awak lepaskan Mel?"

Sepasang keningnya terangkat ke atas.

"Kau nak tengok?"

Aku angguk kepala. Selagi tak lihat di depan mata, aku takkan sesekali mudah untuk percayakan si Brayan ini. Entah-entah, dia kurung Mel dekat bilik bawah tanah. Siapa tahu, kan?

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now