Bab 18

47.5K 3.7K 1.3K
                                    

                            JAM ditelefon sudah mula berdering dengan kuat. Menandakan pukul 6 pagi. Perlahan-lahan kelopak mataku terbuka. Rasa berat mata dan terlalu penat, tapi aku gagahkan diri untuk buka mata juga. Tangan meraba-raba dalam kegelapan. Mencari telefon bimbitku yang diletak di atas meja sisi katil.

Jam ditelefon aku matikan sebelum comforter tebal yang membaluti tubuhku dengan kemas ditolak ke tepi. Kemas? Aku seorang yang tidur lasak. Tapi comforter itu berada kemas di atas tubuhku seolah-olah aku tidak melakukan sebarang pergerakan semasa tidur. Mungkin sebab tidur atas katil mahal kut? Empuk punya pasal sampai tidur pun dah tak ingat apa-apa.

"Erghh..." Dari leher hingga ke bahu aku urut dengan perlahan. Lenguh.

"Kenapa lenguh semacam ni? Nak kata aku buat kerja, tak buat pun..." rungutku, perlahan. Sesekali aku gerakkan kepala ke kiri dan ke kanan membetulkan urat saraf. Mungkin aku tidur dalam posisi yang salah semalam sebab itulah bahu dan leherku terasa lenguh.

Setelah merasa lenguh itu semakin kurang, aku turun dari katil. Menapak ke arah Suiz lampu bilik. Sekali tekan, cerah seluruh ruang. Makin jelas penglihatanku sekarang. Sekilas aku pusing memandang cermin di meja solek. Sekelip mata sepasang kening berkerut.

Nayra melangkah dengan lebih dekat.

"Apa benda ni?" Nayra membelek-belek kesan merah dilehernya. Ada satu... dua... tiga? Aku mengira. Kesan kena gigit nyamukkah?

"Rumah besar macam ni pun ada nyamuk ke? Pelik..." Nayra mengumam sendirian.

"Dekat rumah aku pun tak ada nyamuk. Dekat sini boleh ada nyamuk? Haih... Maybe sebab dekat dengan kawasan pokok kut? Lepas ni aku kena beli ubat nyamuklah jawabnya." ujarnya, membuat spekulasi sendiri. Nayra geleng kepala. Kesan merah itu dilupakan. Biasalah kena gigit nyamuk. Dikampung pun dia pernah kena juga. Sememangnya kawasan yang dikelilingi dengan pokok-pokok besar ini ada nyamuk bersembunyi. Atau mungkin ada air bertakung di kawasan rumah ini. Nampak gayanya, aku kena periksa seluruh kawasan rumah dan buang mana-mana air bertakung yang aku jumpa bagi mengelakkan pembiakan nyamuk.

Ting!

Satu mesej masuk. Aku menoleh ke belakang. Telefon bimbit dicapai.

Good morning, Cik Nayra. Awak boleh mula bekerja sekarang jika tiada apa-apa masalah. Uniform kerja awak saya dah letak di dalam almari."

-Madam

Aku tersenyum kecil. Madam rupanya. Lantas jari-jemariku pantas menaip membalas mesejnya.

“Baik, Madam. Terima kasih."

Tak sampai beberapa minit aku membalas, satu lagi mesej masuk dari Puan Nora Elena.

"if you want to have breakfast, just use the kitchen. Gunakan aje barang dalam peti ais tu."

Aku mengangguk kepala. Prihatin sungguh Puan Nora Elena ni. Setelah tiada apa lagi yang aku ingin balas, telefon bimbit diletakkan ke atas meja semula. Kemudian, kain tuala pula dicapai lalu aku terus menapak masuk ke dalam bilik air yang tersedia di dalam bilikku.




                             SARAPAN aku pagi ini cuma roti bakar dan omelet. Cukuplah untuk membekalkan tenaga semasa membuat kerja. Usai bersarapan, cuci pinggan, aku terus bergerak ke tingkat tiga. Cadangku ingin kemas dari tingkat atas dahulu dan barulah tingkat paling bawah. Rasa nak tercabut lutut semasa mendaki tangga. Punyalah tinggi. Macam mana si Tuan Brayan tu boleh naik sampai ke tingkat atas? Kalau betul dia seorang yang sudah tua, aku tak rasa dia mampu naik tangga setinggi ini. Boleh semput!

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now