80

29.5K 2.7K 1K
                                    

TIK! TOK! TIK! TOK!

MASA masih lagi berdetik. Dan aku pula masih lagi belum tidur. Mataku pejam rapat. Tetap dengan lakonan yang sama.  Buat pertama kalinya aku rasa masa bergerak lambat untuk menuju ke siang hari. Bilik yang suram dan gelap gelita, sipi-sipi aku membuka kelopak mata melihat Brayan yang masih lena tertidur menghadap ke arahku.

Aku sendiri pun tak pasti apa yang ditunggu-tunggukan daripada tadi. Mungkin sebuah jawapan yang akan terbongkar malam ini.

Zrapp!

Cepat-cepat aku menutup mata. Tangan menggenggam di dalam selimut. Terkejut apabila Brayan tiba-tiba sahaja membuka mata. Mujurlah aku tidak menjerit, kalau tidak sudah tentu lakonanku habis setakat di sini sahaja. Dan tiba-tiba aku rasa katil ini bergerak-gerak seolah-olah dia sedang turun daripada katil.

'Dia buat apa?' aku hanya mampu menyoal di dalam hati. Sedikit demi sedikit aku membuka kelopak mata, curi-curi melihat ke arah Brayan yang kini sudah berdiri membetulkan pijama satin berwarna hitam yang dipakai. Kemudian, dia bergerak menuju ke arah pintu dan terus keluar.

KTAK!

Pintu ditutup rapat. Line clear! Terus aku membuka mata luas-luas. Tubuh yang sedang baring aku tukarkan ke posisi duduk. Kepala menoleh ke arah pintu yang tertutup. Ke mana dia nak pergi?

"Betul ke apa yang aku tengah buat sekarang ni?" Soalku kepada diri sendiri. Perasaan curiga semakin kuat. Hati berbolak-balik memikirkan sama ada aku harus turun melihat perbuatan Brayan atau duduk sahaja di sini. Dan tiba-tiba bicara Aryan bermain dikepala.

"Sebab air yang dia bagi pada awak tu, semuanya dah diletakkan ubat tidur. Supaya senang dia bangun pada waktu malam untuk buat kerja dia! Saya dah pernah cakap dekat awak Nayra, Brayan is manipulative person! Tapi ada awak percaya cakap saya huh? Semuanya awak lebihkan dia!!!"

Kepalaku angguk berkali-kali. Baiklah. Ini sahaja peluang aku untuk tahu sama ada kata-kata Aryan adalah benar ataupun cuma dusta semata-mata.

"Aku kena turun." tanpa menunggu lama, selimut terus diselak ke tepi. Kaki mula menyentuh lantai. Aku bangun dari katil. Buat seketika aku menarik nafas lalu dihembus agar diri menjadi tenang. Kemudian, barulah kaki mula menapak keluar dari bilik secara berhati-hati.

Laju kaki melangkah menuruni anak tangga. Mengejar langkah Brayan yang sudah jauh ke tingkat bawah sana. Hati semakin rasa tak enak.

Sampai sahaja ditingkat utama, kaki Brayan terus melencong ke arah tangga yang menuju ke bawah tanah. Aku semakin tidak keruan. Apa yang dia hendak lakukan di sana? Bilik yang dia larang daripada dulu sehingga sekarang untuk aku masuk. Entah-entah...
semua mayat yang dia telah bunuh disimpan di situ?

"Aku kena kerat tubuh salah seorang malam ni. Kesian Nayra tak dapat makan daging semalam... " gumannya seorang diri.

Membuntang mataku mendengarnya. Jelas! Aku masih belum pekak menangkap ayat yang keluar daripada mulutnya. Jujur, aku rasa hendak muntah sekarang juga.

"Awak cakap apa ni?" Tanpa sedar bibirku menyoal. Bergetar. Langkah lelaki yang sedang membelakangi aku itu terus terhenti. Sedikit pun tidak berkutik. Mungkin terkejut kerana aku berjaga kali ini. Sebelah kakinya yang hampir jejak ke tangga turut berundur semula. Tidak jadi ke bilik bawah tanah.

Brayan geleng kepala sebelum memusing ke belakang. Jelas reaksinya terkejut apabila melihat aku yang berdiri tercegat di hadapannya.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now