TAMAT

62.1K 3.8K 1.7K
                                    

                OPEN your eyes, Brayan. She's waiting." suara itu membisik berulang-ulang kali. Dalam samar-samar kegelapan, ada susuk tubuh yang sedang menunggunya ditepi. Menanti dia untuk membuka mata. Senyuman yang terukir dibibir itu seolah-olah menandakan semuanya telah tamat. Dia tidak perlu takut lagi untuk sedar ke alam nyata. Dalam keadaan yang masih lemah, perlahan-lahan kelopak mata Brayan terbuka. Susuk tubuh tadi hilang sekelip mata. Cahaya lampu yang menerangi ruang bilik buatkan matanya terasa sakit lalu tangan yang dipasang drip air itu terus diangkat menghalang silau cahaya menebusi ke mata.

"Nayra..." wajah isterinya pertama sekali muncul diingatan. Dahi berkerut. Cuba untuk ingat kembali apa yang terjadi. Sebaik sahaja bayangan api yang marak bermain dimata terus hati diserang rasa gelisah. Mata yang mengecil terus terbuka luas.

Tanpa memikirkan tubuh yang masih lagi sakit, dia terus bangun daripada pembaringan. Anak mata melingas ke segenap ruang bilik pesakit yang agak luas.

"Where is my wife?!" Soal Brayan begitu gelisah. Dia langsung tidak nampak kelibat Nayra di sini. Hanya seorang doktor dan beberapa jururawat peribadi yang sedang berdiri dihujung katil. Jelas mereka pun terkejut apabila tiba-tiba suara Brayan menyergah saat tersedar daripada pengsan.

Mukanya tampak pucat. Dalam keadaan muka dan badan yang penuh lebam serta luka. Sebelah tapak tangannya juga dibalut akibat torehan oleh Aryan. Apabila mereka tidak menjawab persoalannya, buatkan hati bertambah resah. Tanpa berfikir panjang, drip air yang melekat pada belakang tangannya cuba untuk ditanggalkan.

"Jangan, encik Brayan!" Halang doktor lelaki itu. Dia pantas bergerak mendapatkan Brayan yang masih duduk di atas katil. Menghalang perbuatan gila Brayan yang mungkin boleh menyebabkan kulitnya terkoyak.

"Jangan sentuh akulah! Aku nak jumpa isteri aku!" Bentak Brayan. Sesiapa sahaja yang cuba menghalang terus ditepis dengan kasar. Drip air terus dicabut. Pedih. Darah menitis-nitis ke lantai. Lantas dia menutup belakang tangan yang luka berdarah itu dengan sebelah tangannya yang berbalut. Kemudian, dia terus turun daripada katil.

Dengan kaki yang masih lagi lemah, dia melangkah keluar daripada bilik. Anak mata melilau mencari figura isterinya dalam suasana dipenuhi ramai manusia yang sedang lalu-lalang. Sedar ada mata-mata yang memandang pelik ke arahnya, dia tak peduli bahkan meneruskan langkah entah ke mana hala. Hanya mengikut kata hati yang menyuruhnya terus berjalan ke arah kanan.

"Nayra..." sambil dia memanggil, kepala turut bergerak-gerak mencari kelibat wanita itu. Sekejap toleh ke kiri, kedepan dan kemudian ke kanan. Satu demi satu wajah wanita yang bertembung dengannya diperhatikan ingin memastikan dia tidak terlepas pandang. Muka masih lagi berkerut menahan pedih ditangan.

Penat berjalan.

Brayan berhenti ditengah-tengah laluan. Mereka yang berjalan disekitarnya langsung tak mempedulikannya. Mata tetap melilau mencari. Tak ubah seperti kucing hilang anak.

"Brayan?"

Dalam suasana yang agak bising itu bagaikan senyap secara tiba-tiba. Hanya satu suara yang tajam menangkap ke telinga. Suara yang buatkan dia menjadi rindu dan risau dalam masa yang sama. Dia sangat yakin dengan suara yang baru sahaja didengar tadi. Brayan pejam mata sesaat sebelum perlahan-lahan memusingkan tubuh ke belakang.

Segala keresahannya hilang sekelip mata saat terpandang wajah yang turut sama mempamerkan riak risau sepertinya. Jujur, hatinya terasa amat lemah saat ini. Hendak menangis pun ada. Kesakitan ditangan seolah-olah telah sembuh serta-merta.

"Nayra..." Sekali lagi dia menyebut nama itu bersama senyuman lebar dibibir. Penuh bersyukur. Dia terus melangkah mendekati wanita itu. Sampai sahaja dihadapan Nayra, terus dia menarik isterinya ke dalam dakapan. Erat. Melepaskan segala rasa rindu yang membuak-buak.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now