Bab 22

43.9K 3.3K 297
                                    

PERMAIDANI yang kelihatan berhabuk di ruang tamu, disedut menggunakan vacum. Tolak dan tarik itulah yang aku ulang setiap kali menyedut habuk yang degil pada permaidani berwarna hitam ini. Aku bongkokkan sedikit tubuh saat ingin menolak vacum itu ke bawah sofa. Aku pasti di bawah itu mesti banyak sangat benda-benda kecil yang kotor. Tapi tak muatlah pula.

Aku tolak sedikit sofa itu ke tepi menggunakan kedua-dua belah tangan. Berat. Saat ingin kembali mencapai vacum, anak mataku menangkap sesuatu. Keningku automatik berkerut.
Perlahan aku tunduk mengutip sudu yang berada di lantai. Aku belek depan dan belakang.

"Kenapa sudu ni macam sudu waktu aku makan puding caremal tu ek?" Aku mula tertanya-tanya. Pelik. Entah mengapa hatiku saat ini berdebar lain macam.

"Atau semalam tu bukan mimpi?" Makin meremang bulu romaku ketika ini. Aku tatap sudu ditanganku itu lama-lama. Jika benar semalam itu adalah bukan mimpi, macam mana aku boleh berada di atas katil secara tiba-tiba? Takkan aku tidur berjalan kut? Mustahil! Nak kata sudu ni sudah lama berada di bawah sofa, tak berhabuk pun. Maknanya sudu ini masih baru.

Aku pandang sekeliling ruang di dalam rumah ini. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Hatiku makin gelisah. Bulu roma naik mencanak ke atas. Terasa seperti diriku diperhatikan dari jauh. Namun saat aku toleh laju ke arah yang aku rasa diperhatikan, tiada apa-apa pun di situ. Kosong.

"Terribly like terrible, she's the villain
One as sweet as caramel,
she's my saint
Think I'm getting butterflies,
but it's really
Something telling me to run away"

Aku terkejut saat nada deringku tiba-tiba sahaja berbunyi menandakan panggilan daripada seseorang. Haih, buat terkejut aku sahaja! Lantas, telefon aku keluarkan dari kocek seluar. Tertera nama Mel terpapar di skrin.

"Mel rupanya..." aku mengeluh kecil sebelum panggilan itu diangkat. Sudu itu aku letak diatas meja. Lupakan sekejap. Vacum aku matikan. Kemudian, aku melabuh punggung di atas sofa.

"Hello, my holla! Holly! Cikibom! Kau sejak dah ada kerja gaji tinggi tak call I pun ek?!" Suara Mel dicorong speaker. Aku hanya mampu ketawa.

"Ish, aku sibuklah! Bukan sengaja tak nak nak hubungi kau. Engkau pun satu, Mel! Call tiba-tiba, terkejut aku!"

"Alah, nak terkejut buat apa? Dalam rumah tu ada hantu ke?"

Aku kecilkan mata. Nasib baiklah Mel tak ada depan mata aku sekarang, jika tidak aku dah lama bakar si mulut celupar itu!
Sudahlah aku tengah takut sekarang ni. Jumpa sudu pun dah buat aku meremang tiba-tiba. Persoalan tadi pun masih belum terjawab.

"Macam mana kerja dekat sana, okay ke idok?" Mel bertanya. Tatkala aku mengeluh sambil sebelah tangan memicit kepala. Mataku asyik tumpu memandang sudu di atas meja. Pening. Pening memikirkan apa yang terjadi semalam. Aku cuba untuk ingat semula, tapi apakan daya aku tetap tak ingat seratus-peratus apa yang jadi.

Kenapa dengan diri aku ni?

"Nayra?" Mel memanggil namaku saat menyedari aku hanya diam sahaja tanpa menjawab soalannya.

"Ya, Mel?"

"You okay ke tidak? Kenapa senyap aje?"

"Entahlah, Mel. Aku baru jumpa sesuatu yang buat aku tertanya-tanya."

"You jumpa apa?" Soalnya, ingin tahu. Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now