APA ITU SPLIT PERSONALITI

30.4K 1.4K 116
                                    

Disebabkan ada beberapa pembaca THE RULES BRAYAN, yang tidak tahu apa itu penyakit split personality. Malahan ada yang menganggap penyakit ni tak wujud. Tapi sebenarnya memang ada di dunia nyata cuma kes ni tak banyaklah.

Manalah tahu ada penulis baru yang nak cari idea buat cerita split jugakan? Jadi mungkin ini boleh jadi sedikit sebanyak ilmu yang korang boleh dapat.





Jom start!




S

plit personality atau nama sebenar dia adalah Dissociative Identity Disorder (DID).

DID ni terjadi disebabkan masa kecil si mangsa mengalami trauma disebabkan penderaan fizikal dan mental terlalu kuat. Atau boleh jadi juga "keturunan". Tapi keturunan tu jarang sekalilah berlaku, lebih kepada trauma kepada masih kecil jadi muncullah identiti-identiti ni semua.

Sebab apa mereka muncul?

Diaorang ni ibarat nak selamatkan diri si mangsa. Saya gunakan BRAYAN lah sebagai contoh supaya senang nak faham.

Kehidupan Brayan waktu kecil dahulu tak seindah kanak-kanak yang lain. Selalu kena pukul dan sebagainya. Oleh sebab itu, Aryan muncul waktu dia berumur 10 tahun. Apa yang Aryan ni buat adalah dia bertindak menghapus derita Brayan.

How?

Dengan membalas dendam bagi pihak Brayan.





BERAPA IDENTITI YANG BOLEH MUNCUL?

Kalau tak teruk mungkin dua atau tiga. Tapi kalau penderaan dia waktu kecil dahulu terlalu membuatkan dia tertekan dan sebagainya boleh jadi lebih dari 12 watak dalam satu badan.



PERANGAI MEREKA SAMA KE?

M

asing-masing identitas BEREBZA. Bukan sahaja berbeza perwatakan malah boleh jadi beza umur, jantina, agama, gay, lesbian dan macam-macam lagi.

Even engkau tu normal suka dekat lelaki. Tiba-tiba dapat personaliti lesbian, memang kau takkan sedar personali kau tengah bercinta dengan mana-mana perempuan dekat belakang kau🗿.

Jadi siapa yang cakap bestnya ada Did, kau fikir masak-masak dulu ya👀

Dan anda takkan dapat kawal keinginan dia jadi macam yang kau nak.

Macam kau nak kawal orang lain, boleh ke? Takkan😏.

Silap-silap dapat penyepak dengan orang tu sebab kau control hidup dia😞

Sebab orang yang ada DID ni boleh jadi dia tak sedar langsung yang dia ada DID.   kerana bila Brayan  bertukar jadi Aryan, dia merasakan diri dia tu adalah Aryan. Dia dah lupa pasal Brayan.

Contoh, Brayan alah pada kucing. Tiba-tiba bertukar jadi Aryan, automatik dia dah tak ada alahan. Sebab apa? Sebab dia rasa dia jadi orang lain. Faham tak?

Apa yang Aryan buat belakang Brayan, Brayan langsung tak tahu.

Macam kau dengan kawan kau, kau tahu ke apa dia tengah buat sekarang? Adakah sama macam kau yang tengah baring atas katil? Tak. Mungkin dia tengah tengok tv. Berbezakan?

Dan BRAYAN sendiri boleh tengok Aryan depan muka dia macam tengok MANUSIA yang lain. Macam mana kau rasa sentuh kulit manusia, macam tu jugalah Brayan dapat rasa kulit Aryan.

Sebab itu masa scene berlawan dengan Aryan, ramai yang rasa kelakar sebab mungkin korang tak dapat bayangkan macam mana Brayan ni nampak Aryan dan rasakan sendiri kewujudan dia.


NAMA SETIAP PERSONALITI KITA YANG CIPTA ATAU SEBAGAINYA?

Nama setiap personaliti BUKAN kita sendiri yang cipta. Jangan haraplah nak letak nama aesthetic dekat setiap nama personaliti yang kau ada. Sebab mereka dah ada nama sendiri. Diaorang sendiri akan bagitahu kau, nama dia apa?

Contohnya dia bagitau kau nama dia Munah. Munahlah jawabnya.

Ada yang tanya saya, split ni dia ada letak nama sebenar kita ke dalam nama nama dia? Contoh nama Brayan. Personaliti pula nama Brayan Arman, Brayan Norman. Jawapannya TIDAK.

Sebab personaliti kau adalah orang lain. Nama takkan sama.




KALAU SPLIT BERBEZA AGAMA, DIKIRA MURTAD KE?

Disebabkan ada identiti yang berbeza agama. Saya ada dengar ceramah seorang ustaz, dia kata tak dikira murtad, sebab bukan kita sendiri yang niat nak terjebak dalam agama tu.

Personaliti tu sendiri yang lahir-lahir dah Kristian, dan kita pula Islam.

Sebaiknya kalau boleh kita ajak personaliti tu untuk sama-sama ikut agama kitalah. Boleh aje nak bercakap dengan dia, cuma kalau orang lain nampak, diaorang ingat kau
tak betullah sebab cakap sorang-sorang 😌

Tapi nak buat macam mana? Kita tak ada dalam situasi mereka yang ada penyakit mental.


APA UBAT UNTUK MERAWAT SPLIT PERSONALITI?

b

uat masa sekarang, apa yang saya tahu. Penyakit DID ni adalah penyakit yang paling payah nak diubati. Sebab apa? Sebab kalau dia hilang pun. Ada KEMUNGKINAN dia boleh boleh datang balik atau?

BERGABUNG dengan diri kau.

Contoh, dulu kau seorang yang penakut. Suatu hari tu, kau ingat personaliti kau dah hilang. Tapi tanpa kau sedar, kau dah tak ada rasa takut tu lagi. Sebab jiwa personali tadi dah sebati dengan kau.

Apa-apa pun ada beberapa jenis terapi yang boleh dilakukan:

-Cognitive Behavioral Therapy (CBT)
-Dialectical Behavioral Therapy (DBT)
-Eye Movement Desensitization and Reprocessing (EMDR)

Itu ajelah. Sekian terima kasih👍






THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now