Bab36

41.3K 3.6K 416
                                    

"My treasure..." Sepasang mata lelaki itu mengecil merenungku. Aku sudah teguk air liur. Kesat. Kenapa tiba-tiba sahaja Brayan panggil aku dengan panggilan My treasure? Sedangkan Aryan kata, Brayan takkan sesekali gunakan panggilan itu. Tapi, suara lelaki itu juga turut berubah. Sama seperti Aryan. Ah, semakin keliru!

Dia tiba-tiba mendekatkan diri, automatik aku menahan nafas apabila jarak kami terlalu hampir. Anak mata hijau tua itu melilau ke seluruh tubuhku daripada atas sampai bawah seolah-olah mencari sesuatu.

"Did he hurt you again?" Soal Aryan. Dia memandang wajah Nayra yang terdiam kaku. Menantikan jawapan.

Keningku berkerut tidak faham. Bingung tambah pula keliru apabila dia menggunakan 'he' bukannya 'me'. Seolah-olah dituju kepada orang lain. Aku geleng kepala perlahan dengan muka penuh tanda tanya.

Aryan mengeluh sambil rambut hadapan disisirkan ke belakang.

"Kenapa awak diam?" soal Aryan. Pelik apabila Nayra langsung tidak mengeluarkan sepatah kata sekalipun saat dia muncul.

"Ar... Aryan?" tergagap-gagap aku menyebut nama itu sekadar ingin memastikan.

Aryan senyum senget. "Yes, me. Kenapa?"

Aku tergamam. Dia mengaku dirinya adalah Aryan? Tapi mengapa watak Brayan tiba-tiba sahaja berubah kepada orang lain? Apa yang telah jadi? Aku tak faham. Selepas sahaja lelaki itu terpandang darah, terus sahaja wataknya berubah. Brayan sengaja main-main atau dia benar-benar sudah jadi orang lain? Bertubi-tubi soalan muncul di fikiranku saat ini. Pening.

Atau mungkin Brayan ada Dissociative identity disorder iaitu salah satu penyakit mental yang menghasilkan personaliti yang berbeza. Aku tidaklah arif mana tentang penyakit mental ini, tetapi setahu aku penyakit mental ini wujud didalam diri seseorang adalah disebabkan pengalaman traumatis yang berlaku di dalam hidup mereka. Salah satu contoh, penderaan sewaktu kanak-kanak.

Seingat aku, Brayan pernah kata jangan sesekali suka kepada Aryan. Bermakna dia larang aku untuk suka dirinya sendiri? Padahal dia yang memaksa aku untuk cintakan dia. Semakin keliru aku dibuatnya. Takkanlah Brayan bermusuhan dengan diri sendiri?

"Mana Brayan?" aku cuba menyoal tak ubah seperti pakar psikiatri. Ingin lebih meyakinkan diri bahawa lelaki ini mempunyai spilt personaliti.

Aryan jongket bahu.

"Mungkin belikan makanan untuk awak." jawab Aryan.

Sah! Lelaki itu memang ada DID. Dia langsung tak ingat apa yang pernah terjadi beberapa minit tadi.

"Jadi maknanya awak bukan kembar Brayan. Awak cuma watak split. Ta... Tapi kenapa awak cakap awak kembar dia? I'm confuse."

"Sorry. I'm not him. Brayan is Brayan. Aryan is Aryan. Don't compare me with him." tekannya, serius.

"Tak, awak Brayan. Awak cuma..."

"Aku Bukan Brayan!" Tengkingnya kuat membuatkan aku terus terdiam. Sepasang mataku membulat terkejut. Dia mencerlung penuh tajam. Seperti nak dibahamnya aku hidup-hidup jika aku mengulangi ayat itu sekali lagi.

Sedar bahawa dia tak sepatutnya meninggikan suara, Aryan mengeluh. Pandangannya berubah sedikit kecewa. Kepala ditunduk ke bawah.

"I'm so sorry. Saya tak ada niat nak marah awak. Tapi saya tak suka kalau awak gelarkan diri saya Brayan. Saya tak macam dia. Ya, memang saya berkongsi jasad dengan Brayan tapi itu tak bermakna saya adalah dia atau dia adalah saya. I hope you understand. Sebab itu saya cakap yang saya kembar dia. But don't worry, one day I will try to control this body. I will take off and Brayan will gone. Jadi senang sikit untuk awak jumpa dengan saya setiap hari." Ujarnya sambil menatap wajahku dengan senyuman lebar.

"Macam awak boleh muncul secara tiba-tiba?" Soalku ingin tahu.

Aryan menunduk memandang belakang tangannya yang terluka sebelum ditunjuk ke arahku. Keningku berkerut sedikit. Tak faham apa yang dia cuba sampaikan.

"Blood. Saya akan keluar kalau nampak darah walaupun sedikit. Tak kesahlah darah siapa sekalipun. Saya akan keluar. Tapi kadang-kadang kalau saya bosan terperangkap dalam badan Brayan, saya akan cuba cederakan diri saya sendiri." Kata Aryan.

Aku tak tahu nak balas apa. Terkesima dengan jawapannya. Seram pun ada bila dia kata akan keluar hanya bila nampak darah sahaja. Bermakna, seseorang itu harus cederakan diri sendiri untuk keluarkan watak Aryan.

"Jadi, kalau awak tak suka berada dengan Brayan dan nak saya yang jaga awak. Awak boleh cuba toreh lengan awak. Saya akan pastikan yang saya keluar. Saya pun dah lama teringin nak luangkan masa dengan awak. Selama ni, saya cuma mampu perhatikan awak sahaja. To be honest, I'm jealous when see you with Brayan."

"Awak... cemburu?" Aku sedikit bingung. Dia cemburu dengan diri sendiri?

Aryan mengangguk kepala.

"Yeah, I want you too but Brayan always stops me. Saya tak tahu kenapa dia takut sangat bila saya jumpa awak, mungkin sebab dia takut jika awak lebih sukakan saya daripada dia." ujar Aryan.

"Habis macam mana Brayan akan muncul semula? Dia akan muncul sendiri atau kena buat sesuatu sama seperti awak?" Soalku.

"Kadang-kadang Brayan boleh keluar sendiri. Tidak pun, awak kena buat sesuatu yang boleh buatkan saya sakit. But I know you will not do that. Right?"

Aku angguk kepala. Perlahan bibirku mengukir senyuman kecil. Buat apa aku nak hilangkan watak Aryan? Sekurang-kurangnya dia lebih baik daripada Brayan yang selalu menyakitkan hati. Lega sedikit apabila mengetahui Aryan menguasai tubuh badan Brayan buat seketika. Tak adalah aku terseksa lagi.

"Are you hungry?" soalnya dengan sepasang kening terjongket ke atas.

"Daripada semalam saya belum makan." beritahuku.

Aryan terkejut. Mulutnya terlopong seolah-olah tak percaya yang aku masih belum makan sejak semalam.

"Seriously? Macam mana dia boleh biarkan perut awak kosong? Awak mungkin boleh jatuh sakit. Brayan memang tak reti nak jaga seseorang yang penting macam awak. Kalau saya adalah owner badan ni, saya akan jaga awak baik-baik tak macam dia. Give me fifteen minutes, I'll cook for you." pinta Aryan lantas dia kembali berdiri, meluru ke arah pintu. Baru separuh pintu ditarik, Aryan memusing ke belakang memandangku.

"Kalau awak nak pergi mana-mana, panggil sahaja saya. I will come quickly, My treasure." Katanya dengan mengenyitkan sebelah mata sebelum berlalu keluar daripada bilik. Pintu ditutup rapat. Aku hanya tersenyum kecil. Senang dapat bertemu dengan Aryan buat kali kedua. Dia sangat baik.
Walaupun dia tetap Brayan, tapi personaliti mereka terlampau jauh beza.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now