69

29.5K 2.6K 255
                                    

                           “UWEKKK!!!" segala isi makanan di dalam perut dimuntahkan semula ke dalam longkang. Ditepuk-tepuk belakang tubuh Mel berkali-kali agar sisa muntah itu keluar semuanya. Sesekali Elly mengangkat muka melihat sekeliling. Mujurlah tiada orang di belakang restoran ini. Jika tidak pasti orang dah fikir kena keracunan makanan.

"Itulah kau! Semalam makan macam tak ingat dunia!" Herdik Elly, geram. Masuk kali ini sudah tiga kali juga Mel berlari ke belakang restoran disebabkan tekaknya yang terasa mual. Nak kata mengandung, lelakilah pula...

"Eh you diamlah! Daripada nak bebel baik masuk sahaja ke dalam sana! Tak payah nak... uwekkk!!"

"Ha tengok! Marah aku lagi! Marah!" Ditepuk belakang badan Mel itu lebih kuat. Haih, banyak pula muntahnya. Dah macam orang kena santau! Tergeleng-geleng kepala Elly. Dia lebih rela pandang ke tempat lain dari tunduk melihat ke longkang.

Tercungap-cungap nafas Mel selepas memuntahkan isi perutnya. Ya Tuhan, malapetaka apakah ini? Hampir kempis perutnya gara-gara semua ini.

"You tak rasa nak muntah ke?" Soal Mel. Dia toleh memandang Elly disebelah. Wanita itu nampak okay sahaja walaupun dia juga datang ke majlis semalam.

Elly geleng kepala. "Tak. Tapi tengok kau muntah, adalah juga rasa sikit-sikit."

"I rasa ni disebabkan makanan dekat majlis Tuan Brayanlah..." adu Mel.

Elly menjeling meluat. Sudah mulalah tu dengan spekulasi tak masuk akalnya. Majlis semalam bukan main mewah lagi. Takkanlah lauk-pauk yang dihidangkan di sana semuanya basi sampaikan Mel muntah hari ini. Sedangkan si Elly baik-baik sahaja. Tak ada pun sakit perut atau muntah.

"Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan lagi ek? Dapat tahu dekat Tuan Brayan tu, nahas kita! Dia jemput kita dah kira baik, kau nak fikir lain pula."

"Bukanlah. Tapi you tak pelik ke?" Mel kembali menegakkan badan setelah merasakan tiada lagi sisa makanan yang ingin dikeluarkan. Kening Elly berkerut sambil dia mendongak kepala seolah-olah bertanya apa?

"Dia tiba-tiba jemput kita. Itulah yang pelik." Ujar Mel. Menekan perkataan 'tiba-tiba' itu lebih kuat.

"Mana ada pelik. Dah Nayra tu kawan kitakan? Brayan jemput kawan-kawan dia, Nayra jemput kita. Apa yang peliknya?"

Mel mendengus geram. Susah sungguh bercakap dengan manusia yang tak layan movie trhiller psycho ni! Otak tak meluas berfikir seperti mana dia yang sedang overthinking sekarang. Selalu peka dengan setiap kejadian yang berlaku disekeliling.

"Orang misteri macam Tuan Brayan tu sekali kalau dah jemput manusia yang dia tak suka selalunya bersebab. Kadang-kadang dia nak balas dendam! Dia nak tunjukkan dekat Nayra yang... dia boleh aje hancurkan kita dekat depan Nayra. You faham tak?"

"Kau merepek apa ni?"

"Maksud I... entah-entah makanan semalam tu... dia ada letak racun?"

"Kalau dia letak racun, kau tak muntah lauk kau muntah darah." Bidas Elly.

"Ya tak ya juga... tapi daging sate tu..."

"Dah mulalah..." Elly picit kepala.

"Manusi..." belum sempat dia menghabiskan perkataan,Elly terlebih dahulu menekup mulutnya. Sudah! Dia tidak sanggup mendengar setiap pertuduhan yang keluar daripada mulut Mel lagi. Apa yang dia lihat semalam, Tuan Brayan sememangnya ikhlas menjemput mereka untuk datang. Tiada niat buruk.

"Cukup. Lebih baik kita sambung kerja daripada bercakap tentang suami orang."












TERSENGGUK-SENGGUK kepalaku menahan mengantuk di sofa. Sekejap aku dongak memandang jam di dinding yang seolah-olah tidak bergerak. Sudah lama aku duduk di sini. Tetapi asal buka mata sahaja, toleh ke arah meeting room berkaca itu aku masih lagi melihat Brayan sedang bercakap-cakap di hadapan penuh serius. Ah, Lama lagikah aku kena duduk di bilik yang agak sejuk ini?

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now