76

28.6K 2.5K 786
                                    

                  KRUKKKK...
    PERUT mula berkeroncong meminta untuk di isi. Dari pagi sampai ke senja dia tidak henti-henti berjalan mencari makanan. Adakala dia meminta simpati kepada manusia yang hidup senang diluar sana untuk memberinya sedikit makanan malangnya rayuan tidak dipandang. Makin dihalau pergi begitu sahaja.

Penat berjalan, akhirnya dia duduk di belakang lorong tempat dia berteduh dan tidur. Sekejap Puan Emelda mendongak memandang ke langit yang semakin gelap. Lebih gelap dari yang sebelum ini. Mungkin hendak hujan.

"Jangan sentuh aku! Pergi daripada sini... jangan tunjuk muka kau dihadapan aku lagi. Pergi!"

Kata-kata Brayan tengahari tadi masih terngiang-ngiang di kepala. Setiap kali dia teringatkan lelaki itu, rasa sesal mula mencengkam dada. Tanpa sedar matanya mula berkaca dan akhirnya air mata mengalir turun ke pipi.

Semerta, fikirannya mula menerawang jauh ke masa lalu. Seolah-olah ada kaca televisyen yang bermain di hadapan mata memaparkan detik-detik dia dihalau dari rumahnya sendiri.

"Kau kena pergi! Ini bukan tanah kau lagi! Jangan pernah sekali pun kau jejakkan kaki kau ke halaman ni lagi. Aku tak nak tengok! Aku tak nak dengar langsung jejak kau ke sini!" Bentak Brayan. Dia memasukkan beg pakaian milik Puan Emelda ke dalam teksi yang terparkir di hadapan rumah.

Tatkala kepala Puan Emelda sudah menggeleng laju. Tidak mahu pergi. Dia berlari kearah Brayan. Ditarik kedua-dua belah tangan anaknya agar memusing menghadapnya. Menatap mata yang kini sembab kerana terlalu banyak menangis. Namun, Brayan berpaling wajah ke lain. Tidak mahu melihat. Bibir diketap. Kuat. Cuba menahan perasaan.

"Ayan... Ak inaa aaf..." Dia merayu meminta maaf. Ditepuk-tepuk dada berkali-kali menunjukkan dia telah pun menyesal.

"Emua alah ak!" (semua salah mak) Kutuknya. Menyalahkan semua kesalahan atas dirinya sendiri.

Namun Brayan tetap menggeleng kepala. Kedua-dua belah tangan Puan Emelda ditepis. Kasar.

"Semuanya dah terlambat. Tak guna baru sekarang kau nak menyesal. Aku takkan mampu kembalikan masa. Kembalikan kehidupan normal kau. Aku dah tiada pilihan lain, kau memang patut pergi daripada sini."

"Ayan..."

Brayan mengeluarkan kad kredit yang disimpan didalam dompet. Lantas, tangan Puan Emelda pun ditarik lalu diletakkan kad itu ditapak tangannya. Digenggam.

"178811, itu nombor pin kad tu. Gunalah sampai habis. Aku pun tak adalah kejam mana untuk biarkan kau merempat. Janji kau takkan datang ke dalam hidup aku lagi. "Usai berkata begitu, Brayan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu dihempas tutup dengan kuat. Puan Emelda ingin mengejar, malangnya sekuriti yang berjaga di hadapan pintu lebih pantas bertindak menghalang dan menghalaunya pergi.

Tik! Tik!

Semerta bayangannya hilang tatkala rintik-rintik hujan mula jatuh mengena kad kredit yang dipegang. Segera dia mengesat air mata di pipi. Puan Emelda mendongak memandang ke langit sekali lagi. Hujan renyai mula turun membasahi bumi.

Dia mengundur sedikit ke belakang. Ada bumbung kecil yang mampu melindungi daripada dibasahi air hujan. Lutut ditarik rapat ke dada. Dipeluk. Kesejukan.

DUSH!

Terhinjut bahunya apabila sebungkus kuih pau tepat jatuh dikakinya. Dia yang memang sudah lapar terus mengambil tanpa berfikir panjang.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now