74

27.4K 2.5K 308
                                    

                        MEREKA berjalan dari satu galeri ke galeri yang lain. Berjalan sekejap dan berhenti sementara Brayan memberi penerangan tentang seninya kepada beberapa orang golongan VVIP itu. Ada yang menangkap gambar dan ada juga yang mencatit setiap ayat yang keluar dari mulut Brayan sebagai rujukan. Teo juga turut mengikuti. Berdiri di sebelah Brayan sebagai pembantu.

Akhirnya mereka tiba di bahagian yang terakhir. Bahagian arca patung. Mereka kelihatan kagum sejenak.

Brayan tunduk memandang jam dipergelangan tangan. Rasanya cukup sampai di sini sahaja.

"Okay. That's all for today.  You can walk around this museum if you want, take pictures and so on but please... don't touch it." Ujar Brayan, hujung ayat ditekan sebagai tanda amaran. Mereka mengangguk-angguk kepala tanda faham. Ada juga reaksi kecewa yang dipaparkan apabila mengetahui arca patung-patung di sini tidak boleh disentuh.  Selesai menamatkan lawatan, mereka pun bersurai.

"Bos!" Panggil Teo. Fail di dada dipeluk. Dia tersenyum menyeringai. Adalah tu nak disakatnya.

"Hmmm..."perlahan Brayan memberi respon. Kepalanya tunduk melihat skrin di telefon. Aplikasi yang menyambungkan rakaman  ke CCTV rumahnya dibuka, ingin melihat aktiviti apa yang Nayra lakukan di rumah.

"Bos tengok sebelah sana. Anak VVIP tadi." Bisik Teo. Matanya bergerak-gerak menunjuk ke arah satu sudut lukisan, ada seorang wanita berpakaian kemeja, siap memakai cermin mata hitam sedang berdiri disitu. Mengamati lukisan. Eh tidak! Buat-buat mengamati lukisan itu lebih sesuai. Dia ada perasan juga mata wanita itu curi-curi melihat ke arah Brayan semasa memberi penerangan tadi.

Brayan mengangkat muka melihat ke arah yang ditunjuk. Sekejap sahaja kemudian tunduk memandang ke skrin semula. Tidak berminat.

"Bos tahu tak, masa bos bagi penerangan tadi dialah yang terpaling fokus. Kalau bos jual lukisan bos dekat dia, saya jamin dia beli sebab nak dapat nombor bos." Bisik Teo. Mengekek dia ketawa.

Brayan menjeling meluat. "Kau fikir aku jual diri ke jual seni sekarang ni?"

"Alaa... gurau sikit tak boleh. Tahulah jaga hati isteri!" Teo mencebir bibir. Dia berpaling wajah ke lain.

Brayan buat-buat tak endah. Mukanya mula berkerut saat aplikasi yang sedang dibukanya tiba-tiba sahaja tersekat. Hendak kata tiada data, rasanya dah beli data paling laju tadi. Diketuk-ketuk skrin tadi seolah-olah bakal berhasil. Malangnya tidak. Sekadar hanya mencalarkan skrin sahaja. Bibirnya merengus penuh geram. Kalau ikutkan hati, mahu dihempaskan sahaja telefon yang rasakan tidak berguna ini ke lantai. Namun dia sedar, ada mata-mata yang bakal memerhati.

"Apahal telefon aku ni?!" Terketap-ketap giginya, tidak puas hati.

Teo terus mengalihkan perhatian kepada Brayan. Muka bosnya ditenung lama. Nampak seperti ada masalah yang disembunyikan. Bahkan sewaktu lawatan tadi dijalankan pun mukanya nampak tegang. Tak mesra seperti sebelum ini.

"Bos ada masalah ke sebenarnya?"

"Ada. Telefon ni."

Teo juling anak mata ke atas. Lain yang ditanya lain pula yang dijawab.

"Bukan masalah telefon. Maksud saya kehidupan bos dengan Nayra! Bos bahagia ke tidak dengan dia? Sebab semenjak saya tengok bos kahwin ni, muka bos macam nak telan orang tau! Cuba bagitahu saya apa masalahnya?" Soal Teo. Sedia mendengar jika lelaki itu ingin berkongsi cerita.

Kemudian Brayan mengeluh berat. Teo disebelah dipandang. Masih lagi menantikan luahan daripadanya. Lantas, telefon dijatuhkan ke bawah. Anak mata ditebarkan ke sekeliling buat seketika. Dan sekami lagi Brayan mengeluh. Nampak penat diwajahnya.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now