Bab 48

36.3K 3.1K 57
                                    

                           DIMEJA makan panjang itu sudah tersedia beberapa hidangan sebagai sarapan. Puan Nora Elena sendiri yang sediakan. Seorang diri. Kalau nak diikutkan, aku mahu bantu tetapi Madam pula yang tak benarkan. Katanya, sekarang aku bukan lagi pekerja di sini. Malah, bakal menjadi bos barunya tak lama lagi selepas mendapat status sebagai isteri kepada Tuan Brayan Alpha Herman.

Entah kenapa aku rasa kekok. Tak pernah seumur hidupku dilayan bagai puteri raja. Semua benda pembantu yang tolong buatkan.

Sedang ralit aku memerhatikan Puan Nora Elena yang sedang menyusun hidangan. Baru aku perasan, kelibat Brayan tak muncul-muncul. Rumah besar ini daripada tadi sunyi. Lelaki itu sudah keluarkah?

"Mana Tuan Brayan?" Soalku, setelah lama mendiamkan diri. Wajah Puan Nora Elena dipandang.

"Dia sudah keluar pergi ke tempat kerja."

"Bukan ke kepala dia masih terluka?" Tanyaku lagi. Puan Nora Elena mengangguk kepala, ada senyuman senget dibibirnya.

"Ya. Tapi Tuan Brayan bukan seorang yang suka jadikan alasan kecil untuk tak bekerja." Jawabnya, sebelum kerusi di sebelah kanan Nayra ditarik melabuhkan punggung di situ. Pinggan roti bakar bersama telur separuh masak ditolak kepada wanita itu.

"Silakan makan, Cik Nayra." Pelawa puan Nora Elena. Dia duduk tegak sambil menghadap Nayra yang masih belum menyentuh makanan.

Aku tersengih kekok. Rasa janggal pula apabila makan pun nak kena diperhatikan.

"Tak boleh ke kalau Puan layan saya macam biasa aje?" Aku bertanya lagi. Yang pastinya Puan Nora Elena, takkan pernah jemu untuk menjawab semula.

"Tentulah..."

Aku senyum senang.

"Tak boleh." Sambung Puan Nora Elena, serius buatkan senyuman dibibirku terus layu. Bibir dicebir. Mengharapkan dengan muka seposen aku ni boleh buatkan Puan Nora Elena ubah fikiran dan layan aku seperti hari-hari biasa sebelum ini. Namun, wanita itu tetap geleng kepala.

Pasti dia lebih mengutamakan arahan Tuan Brayan daripada aku. Haish, Brayan pun satu hal. Tak perlulah suruh Madam layan aku seperti dirinya! Hidup aku bukannya ada peraturan pun. Bebel Nayra di dalam hati. Geram pun ada.

Kring! Kring!

Tiba-tiba telefon rumah berbentuk antik  yang berada tidak jauh daripada mereka bergegar.

"Saya minta diri sekejap. Makan sementara saya jawab panggilan." Arah Puan Nora Elena, sebelum dia bangkit menuju ke arah telefon yang masih lagi bergetar. Aku hanya mengangguk kepala tanda akur. Tanpa mempedulikan Madam, hidangan yang berada di hadapanku dijamah.

Sebaik sahaja langkahnya sampai ke telefon rumah antik itu. Puan Nora Elena berhenti. Dia menoleh sekilas kearah Nayra, memastikan wanita itu benar-benar menjamah sarapannya. Setelah itu, barulah panggilan telefon itu diangkat.

"Puan Nora Elena a.k.a pembantu peribadi Tuan Brayan. Ada yang boleh saya bantu?" Dia memperkenalkan diri sebelum bertanya.

Lama Puan Nora Elena diam, seolah-olah sedang mendengar suara dari corong telefon itu sedang meluahkan sesuatu. Dapat aku menangkap, riak wajah Puan Nora Elena yang semakin berubah kepada simpati. Kepalanya juga terangguk-angguk seperti mengiyakannya.  Entah. Aku tak pasti apa yang suara dicorong itu sedang katakan sampai Puan Nora Elena mengeluh hampir berkali-kali.

"I'm so sorry for that, Puan Jas. Tapi saya memang tak tahu di mana dia berada. Mungkin dia pergi ke tempat lain tanpa pengetahuan puan?"

Curiga. Itu yang aku rasa sekarang. Tetapi, aku lebih ingin tahu siapa Puan Jas. Mengapa dia seolah-olah bertanya tentang keberadaan seseorang kepada Madam?

"Tuan Brayan tak ada kena mengena dengan dia selepas dia dipecat. Puan tak boleh tuduh Tuan saya yang bukan-bukan. Kalau tiada bukti, Puan boleh disaman semula."

Perasaan ingin tahu aku makin membuak-buak. Mahu sahaja aku tolak roda ini pergi ke sebelah Puan Nora Elena dan dengar semuanya. Tapi siapalah aku hendak masuk campur? Hanya mampu pasang telinga dari jauh.

"Saya tahu Puan sedang risaukan dia, tetapi kontrak diantara dia dan bos saya dah lama tamat. Jadi, apa-apa yang berlaku kepada dia selepas sahaja kontrak dah dibatalkan, tidak diambil kira melainkan dia masih berkhidmat di sini." Terang Puan Nora Elena.

"Ya. Memang Tuan Brayan pecat dia tanpa sebab. Tapi itu tak cukup bukti untuk Puan tuduh bos saya sebagai puncanya!"suara Puan Nora Elena naik satu oktaf. Jelas dia geram dengan seseorang yang tak faham bahasa di corong telefon itu.

"Tuan Brayan tiada di rumah. Puan tak boleh bercakap dengan dia sekarang. Kalau betul Puan nakkan kepastian, buat temu janji dan jumpa dia di syarikat. Faham?" Ujar Puan Nora Elena, begitu beremosi sekali sebelum ganggang telefon diletakkan semula ke tempat asal. Dia pejam mata sesaat sambil menarik nafas dalam-dalam lantas dihembus dengan perlahan. Menenangkan diri.

Kemudian, barulah dia melangkah duduk di sebelahku. Wajahnya kembali tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sekejap sahaja dia melupakan hal tadi. Siap boleh tuangkan jus limau kepadaku. Pasti Puan Nora Elena sudah terbiasa dengan kerjanya. Professional.

"Jemput minum, Cik Nayra." Pelawanya sambil menolak gelas jus limau kepadaku.

Namun, tak pula aku mencapainya. Wajah wanita tua itu dipandang dengan tanda tanya. "Siapa yang hubungi tadi?"

"Puan Jas. Emak kepada Encik Luthfi. Bekas pemandu Tuan Brayan yang pernah jemput Cik Nayra dulu."  Terangnya.

Dengar sahaja nama Luthfi, terus mataku meluas.

"Kenapa mak dia call Puan?" Soalku lagi.

Puan Nora Elena mengeluh terlebih dahulu. Lama dia mendiam. Dan aku pula yang berdebar-debar menanti jawapan. Dia memusing badan agar menghadap ke arahku, tetapi soalanku tidak terus terbalas. Bibirnya terbuka sedikit namun tak terluah. Seolah-olah apa yang hendak disampaikan terlalu berat buatnya.

"Luthfi..."

Aku masih menanti.

"Dia dah hilang."

Aku tergamam. Kaku. Tak bergerak. Pandangan mata Puan Nora Elena,  benar-benar serius. Tidak nampak yang dia cuba mempermainkan aku. Namun, entah mengapa aku susah hendak percaya. Lelaki yang aku rasa gagah itu boleh hilang? Cuma ada satu soalan yang belum terjawab, dia yang menghilangkan diri atau sebaliknya?

Tetapi, mengapa Puan Jas menelefon rumah ini terlebih dahulu. Mengapa bukan talian kecemasan yang menjadi pilihan utama? Apakah kejadian ini bukan kali pertama?

Aku. Mahu. Jawapan.


THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now