Bab 38

40.9K 3.5K 193
                                    

                       TERGAPAI-GAPAI tanganku cuba mencapai tombol pintu bilik air itu. Terasa terlampau jauh. Seksa sungguh menjadi orang sakit ini. Bilalah agaknya kaki aku akan sembuh seperti dahulu? Takkanlah aku hanya mahu berharap kepada Aryan seorang untuk menolong? Personaliti itu cuma akan keluar bila nampak darah. Bermakna setiap kali aku nak jumpa dia, kena lukakan diri sendiri.

Gila!

Memang gila.

"Manalah si Aryan ni? Dia tak dengar aku panggil ke ek?"soalku kepada diri sendiri. Entah-entah jeritan aku tadi tak cukup kuat. Yalah, aku sekarang berada di tingkat tiga. Dapur pula berada di tingkat satu. Kalau jerit sekuat hati sekalipun, belum tentu boleh dengar.

"Ar..." Baru sahaja aku ingin buka mulut memanggil nama itu sekali lagi, pintu bilik itu sudah dirempuh. Aku sedikit tersentak, laju pandanganku tertoleh ke arah figura lelaki yang berdiri di situ. Perlahan aku mengukir senyuman. Panjang umur! Belum panggil lagi dah sampai. Tak perlu akut bazir air liur panggil nama Aryan banyak kali.

"Maaf ganggu awak, Aryan. Boleh tak awak buka pintu bilik air ni untuk saya? Saya tak sampai." Rungutku.

Dia tidak menjawab. Sebaliknya, sepasang anak mata hijau itu merenung aku dengan penuh garang. Seolah-olah nak ditelannya aku hidup-hidup saat ini. Keningku berkerut, pelik. Mengapa Aryan pandang aku macam itu?

"Aryan?" Sekali lagi aku sebut nama itu. Entah mengapa suaraku sedikit bergetar.  Namun, tetap dia tidak menyahut.  Tatkala melihat lelaki itu mula meluru setapak demi setapak ke arahku, seluruh tubuhku rasa meremang secara tiba-tiba. Jantung berdebar laju. Kedua-dua belah tanganku sudah gelabah ingin memutar roda kerusi itu untuk mengundur ke belakang akan tetapi semuanya sudah terlambat.

Kini, lelaki itu sudah berdiri di depan mata. Dengan kedua belah tangannya yang mencengkam armrest kerusi roda itu, menahan daripada bergerak. Atau lebih tepat, melarikan diri.

Aku telan air liur. Kesat. Semakin laju jantungku berdegup saat anak matanya merenung ke dalam mataku. Lama. Dalam tak sedar, renungan itu membuatkan aku terpaku seketika. Sehingga terlupa segala-galanya.

"Why Nayra?" Soalnya dengan pandangan penuh hampa kepadaku. Sangat kecewa. Aku malah diam tak mengeluarkan sepatah kata. Tak faham.

"Kenapa kau panggil nama dia? Kenapa perlu dengan Aryan kau minta tolong sedangkan aku ada dekat depan mata kau sekarang ni!!" Suara Brayan semakin lama semakin meninggi. Terkejut aku saat kedua belah tangannya mencengkam lenganku dengan kasar. Tanpa sedar tubuhku sudah terangkat daripada kerusi roda dan ditekan tubuhku rapat ke dinding dengan kuat. Walaupun aku menjerit sakit, sedikit pun tidak memberi apa-apa kesan kepada Brayan.

Tak terasa kakiku injak ke lantai saat ini.

"Brayan..."

"Don't call my name now Nayra. You said you would follow all my rules!! Where's your promise?! Tell me!" Dia mendesak dengan gigi terketap-ketap menahan amarah di dada.

Kelu lidahku. Tidak tahu peraturan apa lagi yang aku langgar tanpa sedar sehingga membuat lelaki ini benar-benar mengamuk.

Melihat aku yang diam tidak menjawab, sekonyong-konyong Brayan mencorek senyum sinis.

"Atau kau ingat peraturan aku satu permainan bagi kau?"

"Tak... Tak... Brayan..." tenggelam-timbul suaraku begitu takut.

"Kau fikir kalau aku lepaskan Mel, dia sudah bebas huh? Aku boleh heret dia ke rumah ni semula bila-bila masa. Dan aku juga boleh bunuh dia tanpa dengar lagi arahan dari kau. Kau nak aku buat macam tu huh? I can kill him. I can kill all your family, if you want!"

"Awak jangan berani nak sentuh keluarga saya!" Lantas aku menolak tubuhnya. Kuat. Sehingga lenganku spontan terlepas daripada cengkamannya. Terus aku jatuh terduduk di atas lantai. Brayan juga tergenjak sedikit ke belakang.

"Apa kena dengan awak ni huh?!" Soalku sedikit menengking ke arahnya. Mataku sudah berkaca. Penat hendak memahami sifat sebenar Brayan. Apa yang aku cuba lakukan, semuanya tak kena! Gara-gara peraturan bodoh itu!

Brayan diam.

"Apa peraturan yang saya dah langgar? Saya sendiri pun tak tahu selepas tu awak nak hukum saya macam ni?! Kenapa awak perlu libatkan nyawa orang dalam hukuman awak? Kalau betul saya yang silap, hukum saya! Bukan orang lain! Itu perjanjian kita!"

"No. That's not what we promised."bidasnya. Menafikan kata-kata yang terlempar dari mulut wanita itu. Kepala digeleng berkali-kali sambil dia mengatur langkah menghampiri Nayra. Kemudian, Brayan duduk bertinggung dihadapanku.

Kepalaku mendongak memandangnya. Anak mata kami saling bertentangan. Namun, pandanganku saat ini penuh dengan kebencian. Bibirku ketap menahan geram.

"My rules is... you have to love me and only me in your heart. But Aryan is not me."

Aku mengeluh berat.

"Brayan... awak ada Split personality. Siapapun personaliti itu ia tetap awak. Habis takkan awak nak saya benci awak bila awak jadi orang lain?"

"Yes. Itu yang aku mahu."

"You're crazy." Sinisku. Satu-satunya peraturan paling pelik yang aku pernah jumpa. Mahu aku cintakan dia tapi dalam masa yang sama bencikan dia. Tak ke pelik itu namanya?

Malahan dia langsung tak kisah dengan sindiranku itu, siap tersenyum senget lagi.

"Yeah, I'm crazy because of you. So I don't mind."balasnya selamba. Sedangkan aku menjeling penuh meluat.

"Dan aku janji, aku takkan sakiti kau lagi. Jadi kalau kau langgar peraturan aku, bermakna orang lain yang akan jadi mangsa. See? I never played with my promises." Ujar Brayan dengan tersenyum menang.

"Ada aku tampar kau? Tumbuk kau? Tidak pun... cederakan kau lagi? Nahh... tak ada. Aku takkan sesekali mudah untuk cederakan orang yang paling penting dalam hidup aku. Walaupun kau dah lukakan tangan aku sehingga Aryan keluar, aku tak kesah. Cuma aku tak nak kau sesekali sebut nama Aryan depan aku mahupun belakang aku lagi. Kalau dia muncul sekalipun, Just ignore him. Understand?"

Aku diam tidak membalas apa-apa. Pandanganku lemparkan ke lain. Malas nak hadap wajah lelaki itu. Namun, Brayan tarik daguku perlahan menoleh menatap wajahnya semula. Aku ketap bibir.

Lama Brayan mengamati wajah Nayra. Kemudian, perlahan bibirnya mengorek senyuman nipis.

"Listen here, Nayra. I did all this because of you. Not me. I know Aryan is not safe for you. So I will try to protect you from him. And please..." Brayan tarik nafas dalam-dalam lalu hembus sebelum menyambung bicaranya.

"Don't hurts yourself just because you want to meet Aryan. Kalau Aryan kerap keluar, dia akan ambil alih tumbuh ni sampai bila-bila. Dan aku tak tahu apa yang akan jadi selepas itu." Ujar Brayan, berharap agar Nayra mengerti maksudnya.

"Sekarang, aku cuba untuk buang dia daripada hidup aku. Supaya kita boleh hidup macam pasangan biasa. Aryan muncul disebabkan tekanan hidup aku, jadi kau adalah ketenangan bagi aku, Nayra. You have to help me to drive him away from my life." Sambung Brayan, siinci pun anak matanya tak terkalih menatap wajah Nayra penuh mendalam. Kerana Brayan mahu apa yang disampaikan dari bibir, meluncur terus ke hati Nayra. Dia mahu Nayra betul-betul faham dan mengerti keadaannya sebagai seorang yang mempunyai penyakit mental.

Brayan mengeluh sekejap, sebelum tubuh Nayra diangkat semula letak ke atas kerusi roda.

Aku masih lagi diam tak mengeluarkan suara.

"Kau nak mandi?" Soal Brayan saat dia terpandang pintu bilik air spontan fikirannya teringat tentang Nayra yang tadi ingin meminta pertolongannya untuk membuka pintu. Mungkin Nayra ingin menyucikan diri. Yalah, semalaman wanita itu tidak mandi. Sudah tentu rasa tak selesa pada seluruh badan.

Aku hanya mengangguk perlahan.

Brayan turut angguk kepala.

"Okay, I will call Madam for you. Wait here." Brayan mengarah sebelum kakinya bergerak menuju keluar dari bilik. Dari sini, aku dapat mendengar suara garau Brayan yang terjerit-jerit memanggil Puan Nora Elena. Mungkin ingin meminta bantuan wanita itu untuk menguruskan aku mandi.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now