Bab 34

42.5K 3.4K 355
                                    

"LEPASKAN I! lepas!!" Jerit Mel, meronta-ronta ingin dilepaskan. Kasar sungguh cara dua orang pengawal ini mengheretnya menuju ke bilik Tuan Brayan. Sakit lengannya merasa kuku tajam yang mencengkam. Tapi apakan daya, dia tak sekuat dua orang pengawal berbadan tegap ini untuk melawan. Hanya mampu mengekor sahaja langkah mereka dengan keadaan terpaksa.

Buka sahaja pintu bilik yang bertanda B.A.H, terus tubuh Mel ditolak kasar hingga jatuh tersungkur menyembah permaidani berwarna hitam yang berada ditengah-tengah ruang. Sekali lagi Mel mengerang sakit.

"Erghh... kurang ajar betul mereka ni..." desis Mel, geram. Perlahan Mel mendongak kepala memandang ke arah lelaki tinggi lampai yang sedang membelek beberapa dokumen. Anak mata hijau lelaki itu tumpu melihat ke kertas sambil kaki diatur menuju ke tengah ruang. Sempat Mel mengerling sekilas mengimbas ke segenap ruang bilik yang begitu luas ini. Tak nampak macam bilik tidur. Tapi lebih kepada bilik bekerja kerana dia lihat di atas meja besar itu dipenuhi dengan fail-fail yang tersusun kemas.

Malahan Mel juga dapat menangkap ada beberapa skrin besar yang memaparkan rakaman CCTV disetiap penjuru rumah. Disudut galeri pula, bersepah gambar Nayra ditampalkan di situ. Bukan sahaja ada gambar Nayra, cawan plastik Starbucks yang bertulis nama Nayra pun ada tersusun kemas di dalam almari kaca. Bukan satu, bukan dua tapi banyak!

Obses sungguh lelaki ini kepada Nayra.

"You dah lama intip Nayra?" Mel kembali berpaling ke arah lelaki yang sudah melabuh punggung di atas sofa mahal. Betul-betul dihadapannya. Mel seolah-olah hamba pula yang sedang melutut kepada lelaki itu. Bibir diketap geram. Garang pandangan Mel kali ini.

"Sebelum dia kerja dekat Perfectionist Restaurant lagi aku dah intip dia. Dia sahaja yang tak perasan."

"Apa yang you nak sangat dekat dia sampai buat dia macam itu? You ada dendam dengan dia ke? Kalau dendam sekalipun tak perlu seksa Nayra sampai macam ini sekali! Dia bukan patunglah!"

"Siapa cakap aku nak seksa dia?" Riak wajah Brayan berubah serius. Dokumen ditangan dicampak ke atas meja kaca. Tepat anak matanya merenung tajam ke arah Mel.

"You buat sampai dia tercedera teruk macam itu, you ingat tak seksa ke?!" Nada suara Mel naik satu oktaf. Tidak puas hati dengan cara lelaki itu berbicara seolah-olah langsung tiada salah.

Brayan cebik bibir sambil bahu dijongket. "Well... aku tak ada niat pun nak cederakan dia. It was just an accident. Tak sengaja."

"Tak sengaja kepala hotak you! You fikir you siapa nak buat dia macam itu?! Orang gila!! Kalau I dapat you memang..." Hambur Mel, geram. Hendak sahaja dia bangun ingin menyerang Brayan namun dua orang pengawal itu terlebih dahulu menghalang. Mencengkam bahunya dengan begitu kuat sehingga Mel terpaksa duduk melutut semula.

Brayan tersenyum senget. "What you gonna do about it? Hit me? Kill me? Ceh..." Brayan menjuih bibir dengan muka mengejek. Kepala digeleng berkali-kali sebelum dia bangun dari sofa.

Kedua-dua belah tangannya diseluk ke dalam kocek seluar. Pandangan ditunduk sedikit memandang Mel yang masih lagi melutut.

"Sebelum kau bunuh aku, aku boleh bunuh kau dulu. Tak perlu tunggu nanti, sekarang pun aku boleh."

"Habis tunggu apa lagi? Bunuhlah kalau you berani!" Cabar Mel.

Brayan mencorek senyum senget sambil kepala digeleng.

"I can't. Aku takkan buat apa yang Nayra tak suka. Aku tak nak dia benci aku hanya kerana bunuh seorang lelaki pondan yang bagi aku tak ada apa-apa kegunaan langsung." Sinis Brayan.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now