65

29.5K 2.7K 410
                                    

"RASANYA tadi riuh sahaja berbual-bual. Tiba-tiba senyap? Am I look scary?" Tegur Brayan. Dia menapak langkah lebih dekat berdiri di sisiku. Dengan lembut sebelah tangannya merangkul pinggangku dari belakang lalu ditarik rapat ke arahnya seolah-olah ingin menunjukkan bahawa aku adalah miliknya seorang.

Sepasang mata hijaunya masih melekat ke arah Elly dan Mel. Menantikan bicara daripada mereka. Namun, masing-masing berpaling ke lain. Tak berani hendak bertentangan mata. Apatah lagi hendak membuka mulut tentang cerita tadi.

Mel gigit bawah bibir. Habislah! Dia sudah menjerit di dalam hati. Rasa macam nak pecut lari aje sekarang.

"Mel." Panggil Brayan.

Terus bergertar tangan Mel yang sedang memegang cucuk sate apabila namanya di seru. Alamak! Kenapa dalam banyak-banyak nama, dia pula yang diseru? Tuan Brayan dengarkah perbualan mereka dari A sampai Z tadi? 'Argh! Ini semua Elly punya pasal! Dekat majlis kahwin ini jugalah nak buka topik tentang isu itu.'

GULP!

Air liur ditelan. Kesat. Perlahan-lahan Mel beranikan diri mengalih muka, bertatapan dengan lelaki berbaju serba putih itu. Kacak tetapi menakutkan dalam masa yang sama.

"Ya... Ya?"

"Sedapkan sate tu?" Tegur Brayan, sambil memuncung bibir menunjuk ke arah sate yang dipegang.

"Sate?" Mel tunduk memandang cucuk sate ditangannya. Laju dia mengangguk kepala mengiyakannya. Nak tanya pasal sate rupanya! Lega sedikitlah hati ini. Lagipun, memang sedap pun! Kalau tidak, tak adalah dia tambah berkali-kali.

"Sedap." Ringkas Mel memberi komen.

Brayan tersenyum kelat.

"Ambillah lagi. Banyak daging sate yang aku beli. Nak bawa balik pun boleh?"

"Betul ke?!" Soal Mel teruja sampaikan tidak sedar nadanya ternaik sedikit. Dia menekup mulut. Memerah muka menahan malu yang tak terkata. Sedangkan Brayan mengangguk kepala mengiyakannya. Dia menoleh ke arah bahagian sudut pembakaran sate daging itu. Tetamu sanggup beratur panjang untuk mengambilnya. Ada yang sudah makan dan mahu ditambah lagi. Mereka nampak berselera.

Dia pandang Mel semula. "Baik pergi rebut sekarang sebelum sate habis." Cadang Brayan memandangkan sate di dalam bekas lutsinar itu kelihatan sudah tinggal separuh.

"Ya tak ya. I nak pergi grab satelah sikit! Tunggu sini tau Elly!" Ujar Mel. Tak tunggu lama, terus dia berlari pecut ke arah bahagian sate itu. Tak sabar ingin bawa balik rumah. Boleh juga berkongsi dengan ahli keluarga yang lain.

"Elly?"

"Huh?" Elly sedikit tersentak tatkala nama dia pula diseru. Mampus!

"Tak nak ambil juga ke?" Soal Brayan apabila melihat wanita itu hanya tercegat di situ. Sepasang kening Brayan turut terjongket.

Entah mengapa Elly rasa meremang ketika ini. Kepala yang tidak gatal turut digarunya. Berdiri di sini buatkan dia rasa tak senang duduk, lebih baik ikut Mel bungkus sate sekali!

"Err... nak bungkus jugalah! Bye, Nayra." Pamit Elly sebelum dia lekas berjalan laju menuju ke sana.

Tatkala aku pula sudah terpinga-pinga. Belum sempat buka mulut, mereka sudah pergi. Semuanya macam nak larikan diri kenapa? Baru sahaja aku nak ajak berbual lebih panjang. Ini sahaja peluang yang ada untuk aku luangkan masa bersama mereka namun mereka pula yang nampak sibuk dengan hal masing-masing.

Kemudian aku mengeluh kecil. Mukaku terus masam mencuka.

Brayan tunduk sedikit kepala melihat wajahku. Sebelah tangannya naik menyentuh pipi.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now