72

28.4K 2.6K 163
                                    

    TERBUKA sahaja pintu gerbang itu, kereta terus menyusuri masuk ke dalam. Diberhentikan betul-betul di hadapan rumah sebelum Pak Mat keluar membuka pintu penumpang di bahagian belakang. Dengan berhati-hati aku keluar bersama tongkat ditangan. Lantas, pintu kereta itu ditutup semula.

Aku masih tercegat di tepi kereta. Pintu utama kelihatan terbuka luas. Jarang sekali aku lihat Puan Nora Elena biarkan pintu dibuka lama-lama. Mungkin panas agaknya. Namun, fikiran aku mula melayang ke lain apabila teringatkan tentang Brayan. Entah ke mana lelaki itu pergi membawa diri selepas kejadian di restoran. Apa yang aku lihat, muka Brayan benar-benar menunjukkan emosi tadi. Sangat marah.

"Puan Nayra janganlah risau." Sampuk Pak Mat. Mengalihkan perhatianku kepadanya. Tahu-tahu sahaja aku sedang berfikir tentang Brayan. Tatkala aku hanya mampu tersenyum kelat. Bagaimana tidak risau jika aku telah membuat lelaki itu marah sehingga pergi begitu sahaja?

"Pak Mat dah kerja lama dengan Tuan Brayan tu. Dia kalau marah sekejap aje."

"Pak Mat tak pernah langgar peraturan dia. Sebab itu Pak Mat cakap macam itu." Bidasku.

Malah orang tua itu menggeleng menafikannya. "Mana ada. Pak Mat pernah langgar peraturan dia beberapa tahun dahulu iaitu masuk ke dalam rumah dia tanpa izin. Mula-mula memang dia akan menengking, marah... tapi selepas itu dia akan cakap elok-elok. Orang macam Tuan Brayan tu banyak masalah yang dia kena tanggung tanpa kita tahu."

Aku hanya diam tidak membalas apa-apa.

"Boleh jadi, peraturan yang dia buat semua tu untuk kebaikan kita juga. Dia lebih tahu apa yang terbaik." Ujar Pak Mat, menasihatiku. Terangguk-angguk kepalaku mendengarnya. Tidak boleh dinafikan ada juga betulnya kata-kata Pak Mat itu.

"Tapi... boleh saya tanya Pak Mat sesuatu?" soalku.

Orang tua itu mengangguk kepala, mengadah telinga menanti soalan. Lama aku diam. Memikirkan sama ada patut atau tidak aku bertanya soalan ini kepada Pak Mat. Namun, perasaan aku sekarang ini sedang membuak-buak inginkan kepastian. Tidak mahu tidak, aku harus bertanya juga.

"Pak mat kerja dengan Brayan sejak dia kecilkan? Maksud saya... bekerja dengan mak ayah dia dahulu?" Soalku. Orang tua itu mengangguk kepala mengiyakannya.

"Mana pergi mak dan ayah dia ya?"

"Dah lama mereka pergi daripada sini sejak syarikat korporat mereka jatuh teruk. Yang Pak Mat tahu, ayah dia dah meninggal kena langgar lari. Mak dia pula rasanya masih hidup. Tapi entah menetap di mana? Tuan Brayan memang tak nak ambil tahu langsung. Dulu pernah juga Puan Emelda datang ke sini merayu-rayu kepada Brayan untuk maafkan dia. Tapi..."

"Tapi apa?"

"Tuan Brayan yang tak nak jumpa."

Aku terdiam sejenak. Mengapa agaknya dia tidak mahu berjumpa?

"Masa mak dia datang ke sini, mak dia... boleh bercakap?" Soalku lagi.

Pak Mat geleng kepala.

"Dia bisu. Lidah dia kena..." kata-kata Pak Mat mati di situ. Dia baru sahaja tersedar sesuatu. Cepat-cepat Pak Mat geleng kepala melupakan ceritanya yang tadi.

Dibiarkan sahaja yang aku masih menanti sambungannya. Kena apa? Kena kerat seperti yang Aryan ceritakan? Mahu sahaja aku menyoalkan sekarang. Tetapi aku tidak mahu memaksa orang tua itu untuk bercerita.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now