Bab 4

57.5K 4.3K 207
                                    

                   AKU memandang kosong ke arah lelaki berkaca mata retak yang sedang membuat pembayaran di kaunter. Aku mahu membayar kos perubatan, tetapi lelaki itu berkeras untuk membayarkan bagi pihakku. Dari susuk belakang lelaki tinggi lampai itu, aku lihat dia seperti bukan orang calang-calang. Walaupun mukanya tampak innocent kerana memakai kaca mata petak yang besar seperti skema. Tapi apabila aku perhati wajahnya betul-betul, ia mengingatkan aku pada seseorang. Hampir sama wajahnya. Tapi aku tak berapa nak ingat.

Nayra termenung seketika. Entah mengapa tiba-tiba aku teringat muka Encik Yan iaitu special customer yang buat hal di restoran pagi tadi. Tapi muka lelaki itu lain sedikit. Rambut lebatnya menutupi dahi, dan agak serabai. Mungkin kerana pergelutan semasa di lorong tadi. Anak matanya juga cantik, berwarna hijau tua. Aku rasa dia mesti kacukan! Cemburu pula aku lihat. Bulu matanya juga melentik, kening tebal. Perfect! Itu lebih sesuai.

"Water?" Jauh Nayra termenung mengamati wajah lelaki itu tanpa sedar dia sudah muncul di hadapan dengan menghulurkan sebotol air mineral. Nayra tersengih sebeluma botol air itu dicapai.

"Sorry, Thanks." Ucap Nayra, menunduk malu. Lelaki itu sekadar tersenyum nipis. Dia melabuh punggung di sebelah kanan ku. Anak matanya tak henti bergerak menilik seluruh wajah wanita itu. Rasa tak selesa betul Nayra saat ini. Kenapa dia pandang aku macam tu? Sebaik saja terpandang kesan luka yang di dahi Nayra yang telah dirawat tadi, mata terus mengecil.

"Does it hurt?" soalnya.

"Huh?" Aku terkulat-kulat, tidak faham. Dia memuncungkan bibir, menunjuk ke arah dahiku yang terluka. Oh, dia tanya tentang luka rupanya. Nayra sekali lagi tersengih.

"Tak. Saya dah okay. Sikit je ni." ujar Nayra.

"Happy to hear that." balasnya dan tersenyum.

"Maaflah kalau saya dah menyusahkan awak. Sebab tadi tu saya ingatkan..."

"It's okay. It's my fault. Aku sepatutnya dah lawan diaorang dari mula lagi. Kalau tak, tak adalah kau terlibat sekali, bukan? Tapi nak buat macam mana? Aku terlampau takut. Aku tak kuat macam diaorang." Ujarnya dengan nada serba-salah. Lelaki itu mengeluh kecil. Manakala Nayra pula sudah berkerut. Tak kuat macam diaorang? Tapi apa yang aku lihat tadi, dia yang tumpaskan empat orang lelaki itu seorang diri.

"Tapi saya tengok awak kuat je?"

"Cuma kebetulan." Ringkas sahaja jawapannya. Nayra angguk kepala. Malas nak tanya lebih-lebih. Lagipun, aku bukannya kenal dia siapa? Suasana menjadi sepi seketika saat dua-dua mendiamkan diri. Rasa haus pula. Jadi aku buka penutup botol dan teguk air itu perlahan-lahan.

"Saya macam pernah nampak muka awak." Nayra kembali membuka topik setelah habis minum. Botol kembali ditutup. Dahi lelaki itu berkerut seperti tidak percaya.

"Really? Dekat mana?"

"Masa dekat tempat kerja saya. Pagi tadi. Ada lelaki tu nama... Yan. Orang panggil dia encik Yan atau... apa ek nama gelaran dia yang lagi satu tu?" Nayra garu kepala. Tak ingat. Otak cuba untuk memproses semula. Kurita... Ita... Macam mana nak sebut ek?

"loskurita del misterio tak silap." Sambungku. Dia ketawa.

"Kenapa awak gelak?"

"Do you mean l'oscurità del mistero?"

Nayra angguk. Ha, itulah dia.

"Ya. Itulah yang saya nak sebut tadi. Saya tak berapa pandai sangat nak sebut bahasa pelik-pelik ni." Ujarku, malu. Dia hanya ketawa kecil.

"Aku faham. Yeah, maybe sama sedikit muka aku dengan dia sebab..." Dia mendekatkan bibirnya ditelingaku. Mata Nayra membulat terkejut. Mengeras tubuh aku saat ini apabila wajahnya begitu dekat denganku. Botol ditangan aku genggam kuat-kuat.

"I'm his brother." Bisiknya dan kembali menjauh. Tak berkelip mata Nayra memandang lelaki itu. Abang? Berlapis dahi Nayra. Patutlah nak dekat sama mukanya dengan lelaki tadi. Dia membetulkan kaca mata yang sedikit longgar. Kasihan pula aku tengok apabila dia pakai cermin mata yang separuh patah itu. Nayra meletakkan botol air itu di tepi. Lantas, sebelah tangan menyeluk ke dalam poket mengeluarkan duit gaji yang diberi bos tadi.

Seratus lima puluh ringgit dihulurkan kepadanya. Lelaki itu tidak ambil. Malah memandangku dengan pandangan blur.

"What is this?"

"Duit? Takkan tak tahu? Belilah kaca mata baru. Saya kesian bila tengok awak pakai kaca mata yang dah retak tu."

"Oh, kaca mata ni..." dia menarik kaca mata itu turun.

GULP!

Aku telan air liur. Lebih kacak muka lelaki itu apabila dia menanggalkan kaca mata skema itu. Tergoda aku dibuatnya. Cepat-cepat Nayra menggeleng kepala. Astaghfirullah hal Azim!

"Murah je. Tak perlu sampai seratus lima puluh ringgit. Aku boleh beli nanti. Simpan je duit tu."

"Tak apalah, ambil je beli kaca mata yang baru. Nanti tak pasal-pasal awak tak nampak jalan pula."

"Rabun aku tak kuat mana pun. I still can see you now. Simpan sahaja duit tu. Aku tahu kau lebih perlukannya." ujar lelaki itu. Tangan Nayra yang menghulur duit ditolak perlahan. Tidak diterima. Nayra mengangguk perlahan. Nak paksa dia terima pun tak guna juga. Lantas, aku simpan semula duit itu ke dalam poket.

Sekilas dia menunduk memandang jam ditangan dan kembali memandang Nayra. "Aku rasa aku perlu balik sekarang. Aku ada kerja. Dan kau pun patut pulang ke rumah. Tak manis anak dara keluar waktu-waktu macam ni."

"Oh, ya tak ya. Baiklah. Awak pergilah dulu. Saya nak cari teksi dekat sekitar ni."

Lelaki itu mengangguk kepala tanda faham. Dia bangun dari kerusi. "Okay, take care. Harap kita boleh jumpa lagi selepas ni Cik..."

"Nayra. Nayra Rausa."jawabku, laju. Dia tersenyum.

"Beautiful name. I like it. Jumpa lagi Cik Nayra." Pamitnya serta memuji namaku. Nayra tersenyum seperti kerang busuk. Jarang orang puji nama aku cantik.

"Thank you." Ucapku. Dia mengangguk kepala sebagai tanda sama-sama. Lantas, lelaki itu terus beredar meninggalkan ruang menunggu di hospital itu. Kini, tinggal Nayra serta beberapa petugas di hospital. Kemudian, baru Nayra teringat yang dia lupa bertanya siapa nama lelaki itu tadi. Terus Nayra bangun dari kerusi dan laju menoleh ke tepi.

Malangnya, kelibat lelaki tadi sudah pun menghilang. Laju sungguh!

Nayra mendecik. "Ish, lupa pula nak tanya..."




THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now