Bab 42

41K 3.5K 569
                                    

                       DAUN pintu ditolak perlahan. Aryan mengintai ke dalam bilik. Nayra sedang nyenyak tidur. Helaan nafasnya juga nampak tenang. Seolah-olah baru sekarang dia dapat rehat dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Sekilas anak mata Aryan jatuh ke jam mahal yang mengelilingi pergelangan tangannya. Patutlah, sudah pukul 12 malam. Memang waktu semua orang tidur pun.

Aryan dekati katil. Jambangan bunga mawar putih itu diletakkan ke atas meja. Perlahan dia melabuh punggung di atas birai katil, tidak mahu Nayra terjaga daripada lena gara-gara dia.

"Beautiful..." lembut tangan Aryan mengusap wajah Nayra. Ada kala rambut Nayra yang sedikit serabai dibetulkan. Dia tak suka pada benda yang tak teratur. Perlahan bibir Aryan mengukir senyuman. Wajah Nayra diamatinya lama.

"Oh, damn..." Sebelah tangannya menyentuh kepala. Dia ketawa kecil.

"Aku hampir terlupa, badan ni bukan milik aku, Nayra. How can I be like Brayan? He can touch you always, love you, meet you everyday. Oh god, I really want to be Brayan. Forever." luah Aryan. Sekali lagi wajah Nayra diusapnya lembut. Sedar, hanya ini sahaja peluang yang dia ada untuk berada dekat dengan Nayra.

"Hanya kau sahaja penentunya Nayra... kau sahaja yang boleh buat sama ada aku atau Brayan yang akan kawal tubuh ni sampai bila-bila. Dan aku tahu..." Aryan dekatkan wajah. Anak mata hijaunya melirik ke seluruh wajah Nayra yang masih lagi terlena. Kemudian, Aryan tersenyum sinis.

"Kau pasti akan pilih Aryan." Sambungnya.

Terasa hembusan nafas hangat terkena pada pipi, kening Nayra berkerut seketika sebelum kelopak mata dibuka perlahan.

Terkejut  melihat wajah Aryan yang sangat rapat dengan mukanya membuatkan Nayra menolak bahu lelaki itu menjauh sebelum dia bangun dari pembaringan dan mengengsot rapat ke kepala katil. Comforter ditarik rapat sehingga ke dada. Nayra melarikan anak mata ke bawah. Pakaiannya masih lagi tetap berada ditubuh.

"Awak nak buat apa ni Brayan?" Dingin suaraku menegurnya. Anak mata tajam merenung ke arah lelaki itu.

"I'm Aryan, my treasure." Dia memperbetulkan tekaanku tadi.

Aku tergamam sejenak. Anak mata membulat terkejut seolah-olah tak percaya. Aryan? Daripada bawah hingga ke atas aku perhatikan pemakaiannya. Tak macam Aryan pun. Mungkin dia cuba untuk menipu aku?

Sekali lagi aku jegil tajam ke arahnya.

"What? Awak tak percaya? Saya ni Aryanlah. Saya keluar tiba-tiba aje hari ni. Saya pun tak sangka hari ni saya akan muncul sekali lagi. Mungkin hari ni hari bertuah saya?"

"Macam mana awak boleh keluar?"soalku, gaya seperti ingin menyiasat.

"Tadi ada orang terluka dekat office. That's why I'm here." Jawabnya dengan mengukir senyuman. Lama wajah Aryan diperhatikan. Ingin mencari kejujuran yang terselit diwajah lelaki itu. Tak ada nampak pun tanda-tanda dia menipu atau sebagainya. Benarlah, dia adalah Aryan.

Kemudian, aku angguk kepala. Nafas dihembus dengan perlahan. Lega. Kalau Aryan, terasa selamatlah sikit. Cuma kalau dapat tahu dekat Brayan, mungkin lelaki itu bakal mengamuk sekali lagi. Haih, mengapakah rumit sangat hidup di Brayan ni. Dalam banyak-banyak manusia dalam muka bumi ni, dengan diri sendiri juga nak bermusuhan.

"Kenapa awak diam? Awak tak suka bila saya keluar ke?" Tegur Aryan apabila melihat aku yang diam tanpa mengeluarkan sepatah kata.

"Bukan macam itu..."

"Habis tu?"

"Brayan. Dia tak suka bila dapat tahu yang saya jumpa awak." ujarku. Kepala ditunduk ke bawah. Memandang jari-jemariku yang tidak duduk diam mencubit antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, kedengaran lelaki itu mendengus penuh tak puas hati.

Aryan menjuling anak mata ke atas. Menyampah. Lagi-lagi nama Brayan juga yang disebut.

"Jadi awak diam sebab awak nak  turutkan arahan dia?" soal Aryan, nadanya sedikit berubah dingin.

"Saya tak tahu nak buat apa Aryan. Saya layan awak salah. Saya tak layan awak pun salah. Benda ni terlalu rumit untuk saya. Apa-apa pun, saya kena bencikan salah seorang daripada awak berdua."

"Yeah, that's right! You have to hate him not me!" Kerasnya. Aku tersentak. Bahu sedikit terhinjut saat mendengar suara Aryan tiba-tiba meninggi. Laju kepalaku menoleh ke arahnya dengan mata membulat seolah-olah tak percaya yang Aryan sedang memarahiku.

Tatkala Aryan yang menyedari perubahan suaranya dia terus sahaja mengeluh sambil meraup wajah. Menyesal. Mengapa dia sukar untuk mengawal kemarahannya?

"I'm so sorry, Nayra. Maksud saya... awak tak perlu bencikan saya. Awak kena bencikan Brayan sebab dia lagi membahayakan awak." Ujar Aryan, mengulangi semula ayatnya tadi dengan lebih lembut. Aku pula masih lagi tersesat di alam sendiri. Masih tak faham apa yang lelaki itu cuba sampaikan.

"Look, Nayra..." Aryan tarik nafas lalu hembus sebelum kembali bersuara.

"Brayan selalu sakitkan awak. Dan saya pula tak pernah sekalipun sakitkan awak. Look at you now, Nayra. Siapa yang buat awak macam ni? Tiada siapa melainkan Brayan. Awak tak perlu sangat ikut cakap dia. Dia tu bukannya betul sangat pun. Saya yang jaga awak... takkan awak nak benci saya hanya kerana dia?"

"Tapi Brayan adalah orang sebenar..."

"Habis saya ni apa Nayra?!" Suara Aryan kembali meninggi. Laju dia memotong kata-kataku.

Aku tergamam.

"Awak fikir saya ni cuma halusinasi Brayan huh? Saya cuma personaliti yang tak wujud? Macam tu? Awak jangan jadi macam orang lainlah Nayra! Kalau saya ni tak wujud, halusinasi, saya takkan boleh kawal tubuh ni macam ni lah!" Terus tangan Aryan menyambar pergelangan tangan kananku dengan kasar. Menarik aku sehingga terdorong ke arahnya. Rapat. Aku terjerit kecil.

Air liurku teguk. Kesat. Jantung semakin kencang bergegar saat melihat raut wajah Aryan yang bertukar merah padam. Kelat, masam mencuka menjelaskan kata-kata Nayra tadi telah mengguris hatinya'.

"Sa... Sakit Aryan. Awak nak buat apa ni?" Aku cuba menggunakan sebelah tanganku menolak tangannya yang masih mencengkam pergelangan tanganku dengan kuat.

"See? Saya boleh sentuh awak, saya boleh rasa saya sentuh awak! Itu bermaksud, badan ni bukan sahaja badan Brayan. Tapi badan saya!! Cuma saya tak ada hak seratus peratus untuk kawal tubuh ni setiap masa sahaja. Tapi saya janji Nayra... untuk awak saya sanggup buat apa sahaja. Saya akan pastikan tubuh ni saya akan dapat kawal sepenuhnya sampai Brayan pun takkan wujud lagi dalam dunia ni!"

"Apa kena dengan awak ni huh? Lepaslah! Awak kata awak takkan sakitkan saya, tapi masalahnya sekarang awak sedang sakitkan saya!"

"Sakit? Ini bukan sakit Nayra. Kalau saya nak buat awak sakit, bukan ini caranya. Saya tak perlu sakitkan awak dengan cara lukakan awak macam yang Brayan buat. Saya cuma perlu sakitkan emosi awak aje, nak tahu macam mana? Dengan cara saya ragut maruah awak!"

PAP!!

Laju tanganku menampar pipi Aryan. Kuat juga bunyi yang terhasil. Kebas rasa tapak tangan. Aku pasti kuat penanganku itu sehingga kepalanya turut tertoleh ke arah kiri. Nafasku turun naik menahan amarah. Apa yang dia katakan tadi memang sudah mencapai limit kesabaran aku!

Tapi sikit pun lelaki itu tidak berkutik setelah ditampar. Perlahan sebelah tangannya naik menyentuh pipinya yang merah sebelum anak mata hijau itu melirik penuh garang kearahku.

Seluruh tubuhku sudah menggigil takut. .

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now