83

32.4K 2.8K 787
                                    

                     “KAU nak lari pergi mana huh? Tiada tempat yang kau boleh lari dalam rumah ni, Nayra..."

Aku cuba pekakkan telinga daripada mendengar kata-katanya. Kaki tetap diayun laju menuju ke arah pintu utama. Aku harus keluar daripada dalam rumah ini! Sempat aku menoleh ke belakang melihat ke arah Aryan yang masih meniti anak tangga dengan tenang. Seolah-olah sengaja dia melambatkan langkah kononnya aku takkan boleh lari daripada si dia.

Terburu-buru aku memulas tombol pintu utama. Dan apabila ia ditarik seakan-akan tersekat ditengah-tengahnya. Aku menjadi semakin panik. Kenapa tak boleh buka pula ni?!

Ada gelak tawa jahat dari belakang menjengah ke telinga.

"Aku bukan macam Brayan yang bodoh biarkan kau senang-senang terlepas keluar." Sinisnya.

Ah, nampaknya Aryan lebih pantas bertindak daripada aku! Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari naik ke tingkat atas. Tanganku tak berhenti berpaut-paut kepada pemegang tangga daripada jatuh tersungkur. Sesekali kepala menoleh ke belakang, melihat Aryan yang masih lagi selamba berjalan. Siap memandang aku dengan satu senyuman yang penuh mengejek. Tidak panik seperti aku. Jantung berkocak panas, seolah-olah menanti masa untuk terpelanting keluar. Perut terasa semakin senak kerana berlari. Namun aku gagahkan juga diri untuk lari sampai ke bilik.

"Kau cuma bazirkan tenaga sahaja, Nayra. So just be calm like me... " tenang dia berkata namun kedengaran sangat sinis ditelingaku.

Masuk sahaja ke dalam bilik. Pintu terus dikunci. Aku mengundur beberapa tapak ke belakang, menjauhi pintu. Masih dengan debaran yang sama. Air mata tak berhenti mengalir.

DUM! DUM! DUM!

Terhinjut bahuku saat pintu bilik itu tiba-tiba sahaja bergegar dengan kuat. Macam nak roboh. Aryan mengetuk pintu daripada luar.

"Nayra, jangan buat saya macam ni... buka pintu ni. Saya merayu dekat awak." Pujuknya, lembut.

Sesekali aku lihat tombol pintu terpulas-pulas dengan sendirinya, jelas lelaki itu masih cuba untuk membuka pintu. Aku diam tidak bergerak. Kaki masih lagi menggigil. Tangan juga tak berhenti menggeletar. Biarpun pintu terkunci dengan sempurna, hatiku tetap dapat merasakan sesuatu yang tak enak bakal berlaku. Namun aku tetap yakinkan diri, lelaki itu tidak boleh masuk ke sini. Biarlah terkurung sampai bila-bila, aku sanggup mati dalam bilik ni daripada keluar menghadap sang singa yang menanti mangsa di luar sana.

"Kita bincang baik-baik. Tak perlu menyorok dalam tu lagi... saya tak makan manusia pun, Nayra... Please..." Dia berkata lagi. Tangan masih mengetuk pintu dan memulas tombol dengan serentak. Laju. Seolah-olah kesabarannya sudah tinggal tipis, tunggu masa hendak meletop menjadi naga.

"I'm not gonna do anything to you, my treasure. I love you... really love you... Open the door now, please..."  Aryan merayu lagi.

DUM!!!

Tangannya menumbuk pintu dengan kuat. Hampir sahaja aku menjerit mendengarnya, terus kedua-dua belah tangan naik menekup mulut.

"HEI, KAU PEKAK KE?! AKU SURUH KAU BUKAKAN?!" Jerkah Aryan. Digoncang pintu itu dengan kasar sekali memaksa untuk aku membukanya. Sekali lagi pintu diketuk dengan kuat. Lebih banyak. Sehingga nak pecah telinga aku menahannya.

"Kau memang sengaja nak cabar akukan, Nayra? Aku cuba untuk layan kau baik-baik tapi kau buat aku macam tunggul! Kau fikir Brayan boleh selamatkan kau huh? Dia tu dah mampuslah! Sampai bila-bila pun dia takkan kembali! Kau kena hidup dengan aku, Nayra! Mati pun dengan aku!"

"Awak gila, Aryan... Awak dah gila!!!" Jeritku daripada dalam. Tidak tahan lagi dengan apa yang dia telah lakukan. 

Sekonyong-konyong bibir Aryan tersenyum sinis. Gila? Siapa kata dia gila?

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now