Bab 63

31.8K 2.6K 289
                                    

SATU lagi sudu serbuk Milo dimasukkan ke dalam cawan. Dengar sahaja jag jerang air itu berbunyi nyaring menandakan air telah pun masak. Laju kepala Brayan toleh ke belakang. Lantas dia melangkah mendapatkan jaga air panas itu, Suis ditutup sebelum kembali ke tempat dia melakukan kerja tadi. Sedikit demi sedikit air panas dituang ke dalam cawan secara berhati-hati.

"Eh, Tuan Brayan kenapa tak tunggu saya sahaja yang buatkan?" Tegur Puan Nora Elena yang baru sahaja muncul di dapur. Dia pantas bergerak menghampiri Brayan yang sedang mengacau air. Baru sahaja dia ingin menarik cawan ditangan lelaki itu, Brayan terlebih dahulu menjauhkannya.

"Aku boleh buat sendiri. Nayra penat dekat atas. Dia nak air." ujar Brayan, langsung tidak menoleh memandang muka Puan Nora Elena. Sibuk mengacau air Milo itu sehingga sebati. Apabila dia rasa Milo itu kurang pekat, dicapai pula tin susu cair yang terletak kemas di kabinet lalu dituang sedikit.

Puan Nora Elena tidak melawan sebaliknya membiarkan sahaja lelaki itu dengan kerjanya.

"Macam mana perasaan Tuan hari ni dapat luangkan masa bersama Cik Nayra?" Soal Puan Nora Elena, sekadar untuk hilangkan rasa sunyi di dapur.

"I'm happy." ringkas dia membalas. Ada senyuman terpacul dibibir. Tak lama. Sekejap sahaja.

"Dia suka dengan rekaan baju yang aku buat." Sambung Brayan.

"Really?"

Brayan angguk kepala mengiyakannya. Setelah siap mengacau air Milo, dia pun memusing badan ke sebelah menghadap Puan Nora Elena. Cawan Milo panas di atas kabinet sudah berada ditangan. Tunggu masa hendak dibawa ke bilik Nayra.

"Madam dah beli barang dapur?" Soal Brayan pula. Mengubah topik perbualan. Dengan pantas Puan Nora Elena mengangguk kepala.

"Dah. Saya siap dah susun barang dekat dalam peti ais lagi."

"Daging pagi tadi?" Satu lagi soalan keluar dari bibir Brayan.

Puan Nora Elena terdiam buat seketika. Keningnya berkerut sedikit tidak berapa faham.

"Maksud Tuan?"

"Aku arahkan kau buang dekat tong sampah luar. Kau dah buatkan?"

"Oh..." Puan Nora Elena baru sahaja teringat. Tentang itu rupanya. Wajah lelaki itu dipandang sebelum lambat-lambat kepalanya mengangguk. Tajam anak mata Brayan merenungnya saat ini.

"D... Dah. Tuan jangan risau, saya ikut sahaja semua arahan Tuan."

"Baguslah kalau kau ikut cakap aku. Aku bukannya apa, aku tak nak rumah ni busuk bau makanan yang tak habis. Sebab itu aku suruh buang dekat luar." Ujar Brayan, sengaja dia beritahu sebabnya dia mengarahkan Puan Nora Elena membuang sisa daging tidak habis itu ke tong sampah di luar rumah. Tidak mahu wanita tua itu curiga. Atau... mengesyaki yang bukan-bukan.

Puan Nora Elena sekadar mengangguk kepala. Namun tetap ada sesuatu yang berlegar-legar di kepalanya. Selagi tak tanya, selagi itulah dia rasa dibelenggu dengan persoalan itu.

"Tapi tuan... boleh saya tanya sesuatu?" Soal Puan Nora Elena, memberanikan diri untuk bertanya.

Brayan jongket kedua-dua belah kening seolah-olah bertanya 'apa dia?'.

"Kenapa Tuan Brayan hidangkan daging sedangkan masih ada dua ekor ikan dalam peti ais?" Soal Puan Nora Elena. Entah mengapa saat matanya bertentangan dengan lelaki itu, seluruh nadinya rasa macam terhenti. Gugup.

Namun, Brayan masih lagi boleh tersenyum senget. "Ikan tu dah busuk. Takkan kau nak aku hidangkan lauk busuk tu dekat Nayra?"

"Oh, macam itu rupanya..." ada sedikit rasa lega apabila mendengar jawapan dari mulut bosnya sendiri.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now