82

28.8K 2.7K 584
                                    

                    “NAYRA..." meleret dia memanggil nama itu. Anak mata turut bergerak melilau mencari empunya badan. Tetap tidak disahut. Ditingkat atas sudah diperiksa, dibilik pun sama namun kelibat Nayra langsung tidak kelihatan. Langkah Aryan terhenti di hadapan tangga yang menuju ke bilik bawah tanah. Firasatnya kuat mengatakan wanita itu telah menceroboh masuk ke dalam sana.

Seperti yang dirancang. Dah agak, Nayra akan termasuk ke dalam jeratnya. Sipi-sipi bibir Aryan tersenyum senget.

"I know you'll go down there..." gumamnya. Di kepala sudah terbayang apa yang terjadi di bawah sana. Tentu wanita itu sudah panik. Sekilas anak mata melirik ke arah pintu utama yang terbuka luas. Pintu itu perlu dikunci terlebih dahulu.

Lantas, dia bergerak ke arah pintu utama.

"Pak Mat!" Panggil Aryan.

Pak Mat yang berada di dalam pondok sekuriti terus keluar apabila namanya diseru. Terhegeh-hegeh dia berlari mendapatkan Aryan yang menunggunya di tengah pintu.

"Ya, Tuan?"

"Kunci pintu ni daripada luar." arah Aryan sekali lalu kembali melangkah menuju ke tangga. Tatkala kening Pak Mat berkerut tidak faham. Mengapa pula dia harus mengunci pintu daripada luar?  Namun arahan tetap arahan. Dia harus akur juga tanpa membantah. Akan tetapi dia harus tahu juga sebabnya.

"Kenapa Tuan suruh saya kunci pintu?" Soal Pak Mat.

Kaki Aryan terpasung semula ke lantai. Dia tidak berpaling. Sebaliknya, hanya tersenyum penuh sinis.

"Kunci aje. Jangan buka selagi saya tak suruh buka." Tekan Aryan dan kembali menyambung langkah.

Mendengar lelaki itu membahasakan dirinya ialah 'saya' sudah cukup membuatkan dia faham siapa yang sedang bertakhta ditubuh itu. Pak Mat mengangguk kepala tanda menerima arahan. Tanpa menunggu lama, pintu di kiri dan kanan pun ditarik ke tengah. Rapat. Dikunci menggunakan rantai besi.

Aryan terus meniti satu demi satu tangga menuju ke bilik bawah tanah dengan tenang. Bibirnya masih tak lekang dengan senyuman yang penuh maksud misteri yang hanya dia sahaja fahami. Sampai sahaja dihadapan pintu kayu. Tombol pintu cuba dipulas.

Tersekat.

Sah!

Ada seseorang yang sudah masuk ke dalam bilik ini. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Menghasilkan ruang yang kecil dan kemudian...

DUM!

Sekali tendang saja, pintu kayu itu ternganga luas. Lantas dia melangkah masuk ke dalam. Anak mata melingas ke seluruh ruang yang agak luas tetapi dipenuhi barang-barang miliknya. Sunyi. Kelibat Nayra tidak kelihatan sama sekali. Akan tetapi tidak cukup untuk menipunya, bau wangian bunga dapat dihidu walaupun sedikit.

Dia menghampiri meja. Alatan tajam yang kemas tersusun dipandang. Biarpun ia disusun sebaris dengan teratur, tetapi matanya tetap dapat menangkap perbezaan kedudukan sebelum bilik bawah tanah ini ditinggalkan. Pisau yang senget sedikit, dibetulkan semula.

Dia seorang yang sangat sensitif pada perkara yang tidak kemas. Jadi, mana mungkin dia boleh meninggalkan keadaan alatan tajam ini dalam keadaan senget walaupun cuma sedikit.

Melainkan... ada yang tidak sengaja melanggar meja ini tadi.

Aryan senyum senget. Kedua-dua belah tangannya ditopang pada meja sambil dia mengeluh perlahan.

"Dah lama bilik ni tak diceroboh orang. Tak sangka, hari ini saya ada tetamu istimewa." Ujarnya seolah-olah sedang bercakap bersama seseorang yang telah ceroboh masuk ke biliknya. Dia pasti, orang itu masih berada di sini. Bau ketakutan dapat dihidunya dengan jelas.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now