79

26.8K 2.4K 94
                                    

                        TOK! TOK! TOK!
PINTU bilik bos diketuk beberapa kali oleh Mel sebelum dia diberikan arahan untuk masuk. Tak sabar ingin ambil duit gaji untuk bulan ini. Selepas itu, bolehlah dia beberlanja sakan nanti. Masuk sahaja ke dalam bilik kerja, dia terus duduk di kerusi berhadapan lelaki yang sedang mengira duit itu.

"Nah, ini gaji awak untuk bulan ni." Beberapa keping duit bernilai seratus dihulurkan kepada Mel. Lambat-lambat Mel mencapainya. Dia mengira terlebih dahulu ingin memastikan sama ada cukup ataupun kurang.

"Eh?" keningnya berkerut pelik saat ada lebihan duit dari gaji yang sepatutnya. Lantas Rm300 itu yang lebih itu dihulur semula kepada encik bos. Mungkin lelaki itu tersalah kira, dia pun tidak mahu berdiam diri sahaja dan makan menggunakan wang haram.

"Bos terlebih bagi ni." ujar Mel. Sedangkan lelaki itu menggeleng kepala. Huluran duit ditangan Mel ditolak perlahan.

"Tak. Memang saya nak bagi lebih pun."kata bos.

Terus melopong mulut Mel mendengarnya. Muka masih lagi berkerut. Betul ke ini bosnya? Selama bekerja di perfectionist restaurant, tak pernah-pernah lagi bos menaikkan gaji mereka semua secara tiba-tiba. Ini tak lain tak bukan, mesti bersebab!

"Are you serious, bos? Bos nak saya buat apa-apa ke sampai naikkan gaji?" Soal Mel, curiga. Membuatkan lelaki dihadapannya itu tergelak kecil. Kepala bosnya menggeleng lagi.

"Tak. Sajalah saya nak bagi lebih. Tiba-tiba saya teringatkan pekerja lama. Nayra."

"Bos jangan macam-macam..."Mel terus mengecilkan mata. Sudah lama Nayra meninggal perfectionist restaurant, baru sekarang hendak teringat? Siap dah jadi isteri orang kaya lagi. Jangan bos tiba-tiba kata dia teringat sebab rindu sudah!

"Dia dah jadi isteri Tuan Brayan tau?" Sengaja Mel mengingatkan bosnya tentang status Nayra yang sudah pun bergelar isteri.

"Saya tahulah."

"Habis tu? Kenapa bos bagi saya duit lebih sebab teringatkan Nayra? Bos nak saya intip dia macam cerita drama tu? Huh? Lepastu saya yang kena belasah? Ish, tak naklah!"

"Awak ni memang kuat berangankan, Mel? Sejak bila saya cakap saya nak awak intip Nayra? Saya bagi lebih, sebab saya teringat waktu Nayra bekerja di sini dahulu. Saya teringat sebab kenapa saya pecat dia sedangkan waktu itu dia memang perlukan duit..."

"Sebab apa? Saya memang dah lama nak tahu kenapa bos pecat dia tiba-tiba? Sebab bos pecat dialah, dia ke rumah Tuan Brayan tu!"

"Dia memang layak duduk sana berbanding dekat sini." Ujar bosnya.

Mel mengerut kening, tidak berapa faham. Mengapa pula begitu?

"Nayra pernah tanya saya, kenapa dia selalu Kena buang setiap kali bekerja di mana-mana tempat? Tapi sebetulnya bukan dia yang kena buang dari sini. Malah saya yang kena buang dari jadi bos kepada dia."

"Sorry, bos. Saya masih lagi tak faham." Sampuk Mel. Entah mengapa dia jadi blur sangat malam ini. Bicara bos pun berbelit-belit, tak bolehkah straight to the point sahaja?

Bos mengeluh berat.

"Sebenarnya... Tuan Brayan tu tak berapa setuju dengan gaji yang saya beri dekat Nayra sebelum ini. Dia nampak Nayra bekerja bersungguh-sungguh, walaupun gaji yang ditawarkan tak sama dengan hasil kerja keras dia. Sampaikan Tuan Brayan sanggup bagi saya duit lebih untuk serahkan kepada Nayra. Tapi... saya yang ambil semua duit tu. Saya yang tamak. Sebab itu setiap kali Nayra bekerja, dia akan diberhentikan. Bukan sebab salah dia, tapi salah bos macam saya yang lebih kira keuntungan untuk diri sendiri berbanding gaji pekerja lain." Keluh bos.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now