59

35.2K 2.8K 227
                                    

                      SEKILAS Rezza mendongak kepala melihat ke langit yang gelap, hujan dari petang masih lagi belum berhenti. Adakala berselang-seli dengan bunyi dentuman guruh yang sangat kuat. Kilat saling sambar-menyambar,  bagaikan sebuah cerita yang menyeramkan. Dimana malam itu adalah malam terakhir buat si malang. Sesekali dia terasa ada angin kuat menyapa ke tubuh, sejuk sungguh. Mujur dia mengenakan jaket berwarna merah. Tidaklah terasa sangat dingin malam hari ini.

Rezza tunduk sekejap melihat jam tangannya. Sudah pukul 11:30, namun kelibat yang menjanjikan kedatangannya masih lagi belum muncul-muncul.

Cis! Dia berdecik penuh sinis. Kalau dia tipu aku, tahulah apa aku nak buat! Bisiknya di dalam hati.

"Kamu nak pergi mana malam-malam buta ni? Hujan lebat dekat luar tu pun kau masih nak keluar lepak huh?" Sampuk suara Puan Fatimah di pintu. Memandang Rezza yang daripada tadi berdiri tercegat di halaman rumah sambil mencekak pinggang.

"Ah, mak tak payah ambil kesahlah. Pergi masuk rumah tidur lebih baik!" Balas Rezza acuh tak acuh. Matanya masih melihat ke arah jam ditangan. Haish! Lambat lagi ke?

"Ikut suka hati engkaulah!" Puan Fatimah menjeling. Malas dia hendak ambil tahu lagi. Lantas, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat bagi menghalang angin luar masuk ke dalam.

Seminit...

Dua minit...

Tiba sebuah kereta Mercedes benz berwarna hitam di hadapan rumah. Rezza yang sedang mencekak pinggang segera menjatuhkan tangan ke bawah. Kepalanya terdongak-dongak melihat ke arah kereta yang terparkir di situ. Ingin melihat si pemilik.

Perlahan-lahan cermin belakang yang gelap itu turun secara automatik. Jelas menampakkan seorang lelaki memakai hoodie berwarna hitam sedang menggerak-gerakkan jari telunjuknya seolah-olah menyuruh dia masuk ke dalam kereta.

Rezza tersenyum senget.

"Sampai pun." Tak tunggu lama, dia terus berlari anak ke arah kereta tersebut. Ditutup kepala dengan kedua-dua belah tangannya agar hujan tidak mengenanya. Pintu penumpang dibahagian belakang dibuka sebelum dia masuk.

Cermin gelap itu kembali tutup semula.

Dia duduk bersebelahan dengan lelaki yang memakai hoodie tadi.

Malah lelaki itu hanya pandang ke hadapan tanpa menoleh. Cermin pandang belakang itu ditenung dengan maksud. Cukup membuatkan si pemandu yang melihat faham akan maksud yang diberikan.

"Jalan." Dia memberi arahan.

Kemudian, kereta Mercedes benz itu pun bergerak perlahan-lahan menjauhi perkarangan rumah teres itu. Apabila sudah semakin menjauh, barulah tudung hoodie dijatuhkan ke bawah. Kini, Rezza boleh nampak dengan jelas seraut wajah yang tidak beriak mesra. Tiada senyuman.

Tuan Brayan. Inilah dia.

Namun, tak sampai sesaat kening Rezza berkerut. Rasa-rasanya macam pernah jumpa.

"Wait, kau ni..." Jari telunjuk menunding ke arah muka lelaki itu. Dia cuba untuk ingat seboleh-bolehnya. Tak silap, orang  inilah yang pakai kaca mata acah-acah nerd itu di Starbucks. Nampak sahaja macam nerd, sekali mengamuk hilang segala kaca mata yang dipakai.

"Kita pernah jumpa dekat Starbucks kan? Kau pernah belasah aku sebab Nayra. Betulkan?" Rezza mula meneka.

Dia tidak menjawab. Bahkan, hanya menoleh ke luar cermin kereta mengamati rintik-rintik hujan yang semakin lebat.

Kemudian Rezza menjuih bibir. Kalau dah diam itu, betullah.

"Sah! Memang kau! Wah... dalam diam kau intip kakak aku ek? Kaya rupanya kau ni. Siap boleh beli kakak aku lagi. Hebat! Hebat! Orang kaya macam kau ni memang gunakan duit sebaik-baiknya."

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now