Bab 9

53.4K 3.9K 987
                                    

                     NAYRA memeluk tubuh sambil pandangan dilemparkan ke luar tingkap bas. Saja dia memilih tempat duduk di bahagian paling belakang kerana lebih luas dan selesa. Sedang dia terpesona melihat pemandangan di luar, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan dari seseorang. Nayra tersentak. Bahunya sedikit terjongket ke atas kerana terkejut. Lekas dia menyeluk tangan ke dalam beg, mengeluarkan telefon bimbit yang masih lagi bergetar kuat.

"Mak?" Tanpa menunggu lama, panggilan diangkat.

"Hello, Nayra. Kamu dekat mana?" terjah suara Puan Fatimah laju dari corong speaker. Kening Nayra berkerut. Dah kenapa pula dengan mak aku ni?

"Nayra dekat dalam bas ni. On the way nak balik ke rumah. Kenapa, mak?"

"Oh, baguslah. Sajalah mak nak tahu kamu dekat mana sekarang. Yalah, kamukan anak mak. Jadi mak kenalah tahu kamu pergi mana dengan siapa. Zaman sekarang ni bukannya elok sangat untuk anak dara macam kamu tu keluar seorang diri." Ujar Puan Fatimah. Bukan main lagi ayatnya. Tatkala Nayra pula yang berasa hairan. Sejak bila pula Puan Fatimah ambil berat tentang dia? Sebelum ini, jangan dikata keluar rumah, kena culik pun belum tentu maknya tahu!

Kenal sangat dengan perangai mak. Nayra buat-buat tak tahu sahaja. Layankan aje lah. "Mak nak apa sebenarnya ni?"

"Apa punya soalan kamu tanya ni, Nayra? Mak nak apa? Kamu ingat mak ni call kamu bila susah aje ke?" soal Puan Fatimah agak sedikit dingin. Nayra hanya tersenyum sinis. Selalunya macam itulah, getus Nayra di dalam hati.

"Kamu tak payah nak risau sangatlah Nayra. Mak tak akan tanya pun pasal duit kamu kali ni sebab mak tahu kamu tu dah diberhentikan kerja, kan?"

"Macam mana mak tahu?" Nayra sedikit terkejut. Matanya membulat. Setahu aku, aku tak bagitahu sesiapa lagi yang aku dah diberhentikan kerja. Hanya Elly dan Mel sahaja yang tahu termasuk bos. Takkanlah bos pula yang hubungi mak beritahu yang aku dah diberhentikan? Ah, sudah... pasti selepas ini aku akan kena bebel dengan mak. Nayra gigit bibir. Sebelah tangannya sudah mengetuk kepala dengan perlahan menghukum diri sendiri.

"Err... Mak, pasal kerja tu... nanti Nayra tahulah nak cari dekat mana. Sebenarnya bukan Nayra tak nak bagitahu mak tapi... Nayra cuma tak nak mak risau aje. Insyaallah, masih ada kerja kosong dekat luar sana yang Nayra boleh cari..."

"Eh, tak apa... tak apa. Dah bukan rezeki kamu nak buat macam mana, kan? Mak fahamlah." Cantas Puan Fatimah. Nayra terdiam. Tak apa? Benarkah apa yang aku dengar sekarang?

Dahi Nayra berkerut. Makin pelik dengan perwatakan Paun Fatimah kali ini. Tiba-tiba sahaja bertukar menjadi seorang mak yang faham tentang situasi seorang anak. Jika tidak, sebelum ini dihambur sahaja Nayra bagai nak rak apabila tahu yang dia telah diberhentikan. Ini mesti ada sesuatu...

"Betul ke ni? Tak apa?" Soal Nayra seolah-olah tak percaya.

"Ish, betullah! Buat apa mak nak bebel dekat kamu pasal kerja? Bukan salah kamu pun, kan? Lagipun, ada betulnya juga cakap kamu tadi. Masih banyak peluang kerja dekat luar sana. Macam orang gaji ke... kan?"

Ha, ini makin pelik. Orang gaji? Mak tahu ke tentang surat tawaran tu atau sekadar main-main teka?

"Orang gaji? Mak pun tahu Nayra bukan pandai sangat bab-bab mengemas ni..."

"Eh, apa salahnya? Kalau tak tahu, kena juga ambil tahu. Kita ni perempuan, kerja kemas-mengemas ni dah tak asing dari kita lagi Nayra. Kenapa? Kamu ada dapat mana-mana tawaran kerja ke yang mak tak tahu?" Soal Puan Fatimah, seolah-olah sedang memancing Nayra untuk memberitahu perkara yang wanita itu sembunyikan.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now