Bab 40

45.4K 3.6K 505
                                    

                     MELIHAT kereta Buggati Veyron berwarna hitam menyelurusi masuk ke ruang hadapan sebuah bangunan korporat yang dibina tinggi itu. Semua pekerja disitu jadi kelam-kabut dan tak tentu arah. Siap ada yang mengarah-arah seperti seorang ketua memberi arahan dengan begitu tegas. Ada yang disuruh berbaris dengan kemas berdekatan dengan pintu masuk. Pekerja cleaner pula disuruh mop lantai serta sapu sehingga bersih. Bukan seorang yang melakukan kerja pembersihan tetapi lima! Itupun, belum tentu bersih dimata bos cerewet mereka. Biarpun dimata mereka bangunan dalam korporat ini terletak dengan kemas, tetapi tidak bagi lelaki itu.

Berita mengejut yang pada mulamya menyapa ke telinga pembantu peribadi terus merebak ke satu orang demi satu orang sehingga ke pekerja paling bawah tentang perjalanan Tuan Brayan yang sedang menuju ke tempat kerja. Tak ubah seperti virus ia merebak, laju sungguh! Sehingga mereka tak sempat menyiapkan diri untuk menyambut seseorang yang mempunyai pangkat besar itu. Apa nak jadi, jadilah! Semua ini berlaku secara mengejut.

"Tuan Brayan." Sapa sekuriti itu dengan senyum mesra saat pintu pemandu itu dibukanya. Malahan Brayan langsung tak balas apa-apa. Mukanya serius saat melangkah keluar daripada perut kereta. Secarik senyuman pun tiada. Kunci kereta dibaling ke arah sekuriti itu, lekas sekuriti itu menyambut. Mujur dapat tangkap!

"You know your job, right?"

"Baik, Tuan. Saya pergi parking sekarang." Tanpa menunggu lama, lelaki yang bekerja sebagai sekuriti itu terus masuk ke dalam perut kereta. Mengambil alih tempat pemandu lantas pacuan empat roda itu dipandu ke tempat parkir kereta Khas milik Tuan Brayan sahaja.

Kemudian, Brayan mencapai cermin mata hitam yang tersangkut di poket bajunya lalu dipakai sebelum langkah diatur menuju ke pintu masuk. Tatkala pintu kaca itu automatik terbuka, kelihatan pekerja-pekerjanya sudah berbaris dengan kemas di kiri dan kanan  dan hanya membiarkan laluan ditengah-tengah kosong. Menyambut kehadiran Brayan tak ubah seperti seorang raja.

"Selamat datang Tuan Brayan!" Sapa mereka serentak lalu menunduk hormat.

"Just go do your work." arah Brayan, mereka mengangguk tanda menurut arahan. Lantas, mereka pun bersurai pergi melakukan kerja masing-masing. Hanya seorang sahaja yang masih tercegat dengan tersengih menayang gigi. Teo. Personal Assistant ditempat kerjanya.

"Don't smile at me like that. People will think I'm 'gay' with you." tegur Brayan dengan suara dinginnya. Terus muncung bibir Teo.

"Habis takkan saya nak buat muka ketat macam bos?"

"More better." Acuh tak acuh Brayan membalas sebelum kakinya kembali melangkah menuju ke arah lift VVIP. Teo yang tertinggal di belakang, terkocoh-kocoh mengejarnya. Fail hitam dipeluk erat di dada.

"Kenapa bos datang kerja tiba-tiba? Bukan ke bos kata bos nak bercuti 3 tiga minggu untuk dapatkan barang istimewa yang bos kata limited tu?"

"Dah dapat dah pun." jawab Brayan lalu menekan butang Lift itu.

Kening Teo terjongket ke atas.

"Wow, cepat?"

"I'm Brayan. I can't wait too long." Pintu Lift terbuka lantas Brayan terus melangkah masuk. Begitu juga dengan Teo. Baru nak buka mulut memberi arahan, Teo terlebih dahulu menekan butang tingkat 40 seperti sudah biasa dengan kerjanya.

"Ada apa-apa yang jadi semasa aku tak ada di sini beberapa hari?" Soal Brayan ingin tahu.

"Ada."

"Apa dia?"

"Puan Emelda ada datang sini. Dia cari Tuan."

"For what?"

"I don't know. Maybe hal personal yang saya tak boleh nak masuk campur." Kata Teo.

THE RULES: BRAYAN [Complete]Where stories live. Discover now